Kecoh di media sosial apabila penyanyi dan Chef Selebriti terkenal, Dato’ Dr Fazley Yaakob memanggil isterinya, Datin Azrene Ahmad dengan gelaran ‘Adik Sayang’. Tidak melatah dengan situasi ini, Dr Fazley kemudiannya menjelaskan dalam status yang dimuat turut juga di laman sosialnya kenapa memanggil isterinya bukan honey, sayang ataupun panggilan manja lain.
Menurut Dr Fazley, beliau memanggil isterinya itu dengan panggilan ‘Adik Sayang’ kerana dia merupakan anak bongsu dalam keluarga dan mereka memang memanggil dirinya adik.
Ketika beliau bertemu isterinya itu, Datin Azrene di Albert Hall, London sewaktu beliau sedang menguruskan konsert Datuk Siti Nurhaliza, dan ia merupakan cinta pandang pertama.
Isterinya itu baru berusia 18 tahun dan secara kebiasaannya akan memanggil dengan panggilan Adik. Malah isterinya juga turut memanggil dia dengan panggilan Abang. Apatah lagi menurutnya, mereka lebih bersikap tradisional dari segi panggilan.
Dan secara kebetulan juga arwah bapanya turut memanggil ibunya dengan nama Dik Mi. Apabila hubungan sudah semakin rapat, Fazley lebih senang untuk terus memanggil Azrene itu dengan nama manja Adik Sayang dan Abang Sayang buat dirinya.
Ternyata panggilan ini terus kekal walaupun kini sudah hampir 13 tahun bercinta dan mempunyai 4 orang cahayamata. Jadi inilah sebab sebenar mengapa pemilik Suka Sucre Bistro ini lebih senang memanggil isterinya dengan panggilan berkenaan.
Dr Fazley turut terpanggil menjelaskan kekeliruan netizen hingga menimbulkan perdebatan di laman sosial miliknya semalam.
Sebelum tu sempena sambutan hari ibu juga, beliau turut tidak lupa memberi ucapan pada isterinya yang merupakan ibu kepada 4 anak mereka.
Menurutnya selama 13 tahun melayari kehidupan besama penuh keindahan walaupun ada kedukaan tersendiri. Baginya isterinya itu seorang ibu yang serba lengkap dan penyayang buat anak-anak mereka.
Walaupun pernah mengalami keguguran sebanyak 10 kali dan ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui. Malah isterinya itu tekad bersabung nyawa melahirkan zuriat mereka,.
Di kesempatan itu juga Dr Fazley turut mengucapkan hari ibu kepada ibunya dan juga ibu mertua, wanita yang pernah suatu masa menjadi wanita pertama negara.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM FAZLEY YAAKOB & AZRENE AHMAD