Diperkayakan Dengan Bahan Berkualiti & Halal, Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria Mampu Menyucikan Najis Mughallazah

Share

Mesti sebelum ini ramai yang merasakan proses sertu itu sukar untuk dilaksanakan serta turut keliru mengenai perbezaannya dengan samak. Buat pengetahuan semua, sertu adalah bersuci daripada najis mughallazah (anjing & khinzir) yang terkena pada pakaian, badan atau tempat iaitu 7 kali basuhan dengan air mutlak dan salah satunya adalah air bercampur tanah.

Perbezaan samak dan sertu

Samak pula adalah menyucikan kulit haiwan (selain anjing dan khinzir) yang hendak digunakan dengan cara membersihkan sisa daging, bulu, kotoran dan lain-lain yang melekat di kulit dengan menggunakan air atau bahan-bahan lain.

Kekeliruan ini sering terjadi kerana melalui sudut bahasa, samak dan sertu mengandungi makna yang sama iaitu membersihkan najis mughalazah dengan air dan tanah.

Penjelasan lebih lanjut oleh Dr. Irwan Mohd Subri, Pengarah Institut Fatwa dan Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui video ini dapat membantu hijabi mengatasi kekeliruan ini.

Produk suci mendapat sijil halal JAKIM

Kini, anda pasti tidak akan berasa sukar lagi untuk melakukan sertu kerana Skrub Mandian Sertu Antibakteria daripada Safi ini akan membantu anda untuk menyucikan najis mughallazah dengan mudah.

Ia merupakan produk baharu dengan 100% keyakinan menyucikan najis mughallazah terutama sekali buat umat Islam di Malaysia yang mempunyai masalah dalam proses sertu khususnya untuk mendapatkan sumber tanah liat yang bersih dan suci untuk menyucikan najis mughallazah.

Dirumus dengan

100% sumber tanah liat asli berkualiti tinggi dan halal seperti habbatus sauda dan ekstrak bidara, Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria ini telah mendapat persijilan halal oleh JAKIM dan kaedah sertu ini telah disemak dan disahkan sendiri oleh Institut Fatwa dan Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Segalanya mudah dengan skrub mandian Safi

Mudah saja cara penggunaannya. Pertama, pastikan anggota badan yang terkena najis mughallazah telah dibersihkan daripada zat najis tersebut. Kemudian, campurkan Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria dengan air mutlak dan sebatikan hingga air menjadi keruh bagi basuhan pertama.

Seterusnya, ikuti basuhan anggota badan dengan air mutlak sebanyak 6 kali.

Wow, memang mudah jadinya bila ada produk sebegini! Nak bawa melancong ke mana-mana pun senang. Kini, anda tidak perlulah berasa ragu lagi untuk sertu di mana jua kerana anda boleh ‘Wash Wash Tanpa Was Was!’

Layari www.safi.com.my, laman Facebook SAFI  serta Instagram @safimalaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya. Anda juga boleh segera dapatkannya melalui pembelian atas talian di laman Shopee. Memang mudah!



Published by
Team Hijabista