Penghijrahan dengan memakai hijab bukanlah suatu yang boleh dipaksa. Andai kata hati belum bersedia untuk bertudung, melakukannya seakan ‘melepas batuk di tangga’ walaupun tahu menutup aurat itu wajib. Bagi pelakon Wawa Zainal juga turut mengalami perasan sama apabila dipaksa berhijab oleh suaminya, Aeril Zafrel.
View this post on Instagram
Syurga Bawah Telapak Kaki Suami
Menurut Wawa, dia berhijab tujuh tahun lalu ketika baru berkahwin. Dia sebenarnya mengakui tidak rela berhijab dan telah dipaksa oleh suaminya. Namun begitu, selebriti berlesung pipit dalam ini teruskan juga berhijab kerana baginya syurga isteri itu dibawah telapak kaki suami.
“Pada mulanya memang kena paksa dengan Aeril untuk berhijab. Saya sebenarnya tak rela untuk memakai tudung lagi ketika itu. Tetapi lama kelamaan kita punya redha itu datang sendiri.
“Ia tidak seperti dipaksa dan rela untuk mengenakan hijab dengan sempurna. Dalam tempoh itu Wawa dan boleh terima (berhijab). Sepanjang tempoh tujuh tahun berhijab memang ada naik turunnya iman kita itu.
View this post on Instagram
“Tetapi apa yang penting kita harus kekal istiqamah dan pastikan juga persekitaran kita juga bergaul dengan orang-orang yang betul.
“Kalau kita bergaul dengan mereka yang sosial, yang boleh menghasut ke arah bukak tudung, lebih baik dijauhkan,” ujar Wawa yang semakin cantik penampilannya sejak berhijab tujuh tahun lalu.
View this post on Instagram
Gaduh-Gaduh Manja
Dalam pada itu, ketika ditanya rahsia menjaga kerukunan rumahtangga setelah hampir tujuh tahun berkahwin, Wawa tidak menafikan hubungan mereka ada pasang surutnya.
“Hubungan kami seperti juga pasangan suami isteri lain. Tidak terkecuali pernah bergaduh manja dan ada kalanya tidak sependapat dalam hubungan. Tetapi itu semua kami anggap seperti asam garam kehidupan berumah tangga.
View this post on Instagram
“Sebagai perempuan jangan terlalu perbesarkan hal remeh temeh. Macam saya dulu, suka besarkan isu walaupun benda itu remeh temeh. Tetapi selepas kenal Aeril, dia jenis seorang yang penyabar dan penyayang. Jadi saya banyak belajar dari ksesilapan.
“Kami dulu kahwin muda, jadi masa awal perkahwinan saya seorang yang suka cari pasal benda-benda remeh. Tapi sebenarnya perkara itu boleh sekat pintu rezeki. Dan bagi mengekalkan hubungan sedia ada ini, kematangan dalam berumahtangga.
“Itu sahaja rahsianya untuk kekal hingga jannah. Bila keluarga okay, tiada pergaduhaan, rezeki senang masuk macam air,” tambahnya memberi nasihat kepada wanita di luar sana supaya tidak perlu cepat melenting dalam sesuatu perkara.
7 Tahun Kahwin Dikurnia Tiga Cahaya mata
Wawa dan Aeril Zafrel berkahwin pada 2013 dan kini bahagia dikurniakan dua orang cahayamata, Ahmad Fakhruddin Ahtar, 6 tahun, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4 tahun sebagai penyeri rumahtangga.
View this post on Instagram
Pasangan sehati sejiwa ini ditemui bersempena kempen Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gambatte Systema di One Utama Petaling Jaya. Aeril dan Wawa dilantik sebgai duta bagi kempen Kesedaran Pemeriksaan Kesihatan Gusi untuk Bantu Menambah Baik Kesihatan Oral Rakyat Malaysia, Kolaborasi dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia.
Kempen ini telah dilancarkan oleh Dr. Norliza Mohamed yang bertanggungjawab sebagai menanggung tugas Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian, sempena Hari Kesihatan Oral Kebangsaan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI