Dahulunya Pernah Hidup Susah, Dimurahkan Rezeki Hingga Bina Empayar Sendiri Berkat Hargai Pasangan.

Share

Kata orang cinta sejati adalah cinta yang bukan bersandarkan harta semata-mata tetapi lebih kepada rasa sayang yang sudah dipupuk sekian lama. Cinta seperti ini yang akhirnya akan kekal hingga ke jannah. Seperti perkongsian lelaki ini, Muhammad Hariz di laman sosial facebook apabila mengucapkan selamat ulang tahun ke 10 perkahwinan mereka. Mengimbau perjalanan kisah cinta mereka memang banyak onak dan duri yang terpaksa dihadapi.

Dulu dia hanyalah insan biasa yang tidak punya apa-apa, namun isterinya tetap kekal bersamanya hinggalah sekarang. Ternyata wanita ini yang diiktiraf menjadi tulang belakang kepada kejayaan yang dikecapinya kini.

Kini dia berbangga kerana mampu membina empayar bisnes sendiri dan wanita ini tetap setia berdiri di bekalangnya. kisah kesetian mereka ini boleh dijadikan inspirasibuat pasangan lain di luar sana. Janganlah disebabkan sudah berjaya melupakan terus insan yang selama ini banyak berkorban untuk memperoleh apa yang dimiliki sekarang.

DULU BUKAN SAPA-SAPA

Happy Anniversary yang ke 10 isteriku. Semoga hubungan kita ini kekal hingga ke akhir hayat.

Alhamdulillah, sy sgt bersyukur dikurniakan wanita sehebat wanita ini. Dulu sy bukan sape2 pun, harta pun takda apatah lagi rupa, yang ada hanyalah cebisan2 ayat yang manis. Kahkahkah!

Saya ingat lagi, pinjam kereta ayah sy yang dia jarang naik (sebab dah uzur), pegi isi minyak pastu nak start kereta tu semula dah tak hidup. So ramai yg datang memberikan bantuan utk hidupkan kereta tu. Sy malu gilaaa masa tu dah la bawa awek nk dating pastu menyusahkan pulak tapi sy tgk dia okay je, takde nak merungut ke, malu ke.. Dia just cool & ubah topik perbualan supaya sy tak stresss dan lupakan perasaan malu tu.

PERNAH DIUJI NAIK KERETA ROSAK

Yang td tu masa zaman sekolah, pastu masa kami sambung belajar dekat Kuantan tu sy diuji dengan hanya mampu pakai kereta yang usianya tua & selalu rosak.. Masa perjalanan nak balik ke Kota Bharu, kereta ni buat hal ‘overheat’ so berhenti la tepi jalan dekat Cherating untuk tunggu towing datang pickup. Tggu dalam sejam lebih towing pun datang pickup & dia dgn sy naik towing tu sekali balik ke Kuantan semula (x jadi balik KB) . Dia tak ada pun marah pasal kereta tu & tak malu pun naik towing walaupun orang towing tu drop depan kedai makan yang ramai giler student kolej perhatikan kami. Hahaha

Dia tak pernah sesekali merungut kesusahan sy, dia hanya beri sokongan je pada sy untuk terus maju. Tak pernah perkecilkan kebolehan sy, sebab tu sy hargai dia sangat2. Syukur sgt2..

KISAH CINTA MEREKA

Dulu kami kenal masa kena jadi pelakon dalam drama bahasa inggeris di sekolah. Watak kami masa tu kena jadi pasangan suami isteri.

Walaupun kami sekelas tapi kami hanya bercakap masa melontarkan dialog dalam lakonan tu sahaja. Dekat luar tak pernah bercakap pun sesama sendiri.

Tak pernah bercakap tiba2 couple. Haaaaa? Pelik bukan? Itulah kami… Macam ni, masa sy tau dia single sy terus minta pertolongan kawan perempuan sy untuk usha dia utk sy. Malam tu sy pun start sms dia mitak couple & alhamdulillah diterima dengan baik.

Kami bercinta dalam sms je. Dekat sekolah kami tak bercakap & bertegur pun sebab sama2 malu. Nak bercakap dengan @aininsofieya bukan senang tau, macam2 teknik sy cuba tp gagal. Hahaa

Abis waktu sekolah pun kami hanya main sms je la. Cakap fon pun tak, selama 4 bulan kami hanya main sms je. Tiba2, 31/08/08 dia call sy. Hahaha terkejut gila.

SEKARANG BERJAYA CAPAI IMPIAN

Alhamdulillah kehidupan kami semakin lama semakin bertambah baik selepas kahwin pada tahun 2014 dan dikurniakan puteri sulung dalam hidup kami. Anak itu rezeki kan? Dari tak ada apa2 & dulu kami selalu dipandang rendah oleh kawan2 sekeliling, sekarang kami telah banyak mengecapi impian kami yang pada masa dulu kami rasa macam mustahil sgt2.. Kawan2 yg dulu pandang rendah tu, skrg cuba merapat kembali.. Tak apa kami maafkan mereka, sebab mereka lah kami jadi kuat berusaha. Skrg kami hanya rapat dgn org yg ada ketika kami susah shj, sebab kami mmg menghargai org yg ada ketika kami dlm kesusahan.

Sy dapati apa yang menjadikan hidup kami semakin hari semakin baik adalah kami selalu support each other, dalam hubungan kami selalu ada give and take. Gaduh2 tu biasa, tak gaduh tak boleh jugak nanti boring hubungan tu. Kalau nak cerita pahit manis percintaan kami memang panjang dan bykkkkk sgt, hanya orang yang rapat shj yg tahu. Dan jugak orang yang dah biasa follow kami akan tahu perkembangan hidup kami ni macam mana…

DIA WANITA HEBAT

Alhamdulillah, skrg byk benda kami berdua telah kecapi. Dari Zero to Hero & Heroin. From Nothing to Something. Siapa yg follow kami tahulah perkembangan life kami.

Sy sgt bersyukur dikurniakan wanita sehebat wanita ini. Dia byk support sy, dia byk support keluarga dia & keluarga sy. Dia seorang wanita yang kuat even byk sgt2 masalah keluarga menimpa beliau. Siapa pernah baca story dia, mesti akan tau peritnya jadi dia.

Selain dari ibubapa sy, dia juga adalah sumber kekuatan sy. Tanpa dia, mungkin hidup saya tak boleh pegi sejauh ini.

HARGAILAH PASANGAN KITA

Hari tu sy pernah bagitahu, ayat ini amat tepat dalam hidup sy.

“ Perempuan diuji bila Lelaki tidak mempunyai apa-apa, Lelaki diuji bila dia mempunyai segalanya “

Jadi, sesiapa yang mempunyai pasangan tu hargailah mereka, walaupun sekarang kita diuji dengan segala masalah bantulah pasangan kita dengan sebaiknya. InsyaAllah tuhan akan bantu kita pula. Tak percaya, cubalah!

Isteri yang bahagia itu rezeki, suami yang bahagia itu rezeki. So kalau nak murah rezeki cuba2lah bahagiakan pasangan anda.

Sape syg pasangan dia? Cerrr tag, sy cabar awk kalau betul2 syg dia. Huhu

SUMBER: FACEBOOK MUHAMMAD HARIZ

Published by
SH