Selepas membintangi filem Buya Hamka, Laudya Cynthia Bella dilihat tidak lagi aktif dalam dunia hiburan. Dia kini lebih sibuk dengan perniagaan fesyen dan kecantikannya.
Biarpun sibuk dengan perniagaan, Laudya Cynthia Bella tetap mencuri perhatian ramai dek kerana pakaiannya yang kelihatan semakin mengikut syariah.
Cara bertudungnya juga kini berbeza dengan ketika mula-mula dia ‘berhijrah’.
Hijabista kongsikan 8 outfit terkini Laudya Cynthia Bella: –
Laudya Cynthia Bella semakin kerap memakai abaya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dia dilihat banyak mengenakan abaya hitam dalam penampilannya.
Hitam masih menjadi pilihan utama Laudya Cynthia Bella tetapi untuk gaya ini ia dipadankan bersama warna putih.
Ini pula penampilan Laudya Cynthia Bella dengan abaya berwarna serba coklat termasuklah tas tangannya. Cantiknya!
Laudya Cynthia Bella juga sering memakai pakaian berwarna coklat atau krim.
Penampilannya juga manis dengan jubah berwarna coklat dan tudung bercorak warna lebih terang daripada pakaiannya.
Dengan abaya hitam, Laudya Cynthia Bella nampak syariah dengan tudung yang menutupi dada.
Laudya Cynthia Bella juga kelihatan cantik saat menyarungkan jubah berwarna hijau yang digabungkan dengan tudung bercorak krim.
Warna biru yang digabungkan dengan warna krim juga boleh menjadikan penampilan Laudya Cynthia Bella kelihatan sangat ‘mahal’.
Kredit Foto: Instagram Laudya Cynthia Bella
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini