Surah Al-Insyirah ini ialah sebuah surah yang dapat memberi ketenangan kepada hati dan mententeramkan jiwa. Surah ini juga amat terkenal untuk mempermudahkan urusan serta diberi segala kebaikan baik di dunia mahupun di akhirat.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa membaca Surah Al Insyirah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku”.

Sudah jelas bahasa mereka yang membiasakan dirinya membaca serta menghafal surah Al-Insyirah ini, nescaya Allah akan permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dipermudahkan rezekinya. Bukan itu sahaja malah Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Antara fadhilat membaca surah Al-Insyirah ini adalah:

Ads

1. Barang siapa membaca Surah Al Insyirah 7 kali selepas solat fardhu, nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan dipermudahkan oleh Allah akan rezekinya.

2. Barang siapa membaca Surah Al Insyirah 9 kali selepas solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkannya daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

Ads

3. Sesiapa yang membaca Surah Al Insyirah 40 kali selepas solat fardhu selama tujuh hari berturut-turut, nescaya dikurniakan oleh Allah kepadanya kekayaan.

4. Barang siapa membaca Surah Al Insyirah sebagai wirid pada tiap-tiap lepas solat fardhu, nescaya hilang dukacitanya dan dikurniakan oleh Allah akan rezekinya dengan beberapa banyak.

Ads

5. Sesiapa sering membaca Surah Al Insyirah nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas.

Maksud setiap ayat Surah Al-Insyirah:

Dilapangkan Dada, Dimurahkan Rezeki Dan Diberi Kebaikan, Rahsia Membaca Surah Al-Insyirah.
Sumber gambar: Lautan Biru

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

  1. Bukankah kami telah melapangkan bagimu, Dadamu (wahai Muhammad dengan mengisi petunjuk dan hidayah)
  2. Dan Kami telah meringankan daripadamu : Bebanmu (menyiarkan Islam)
  3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan pelbagai kemudahan dalam melaksanakannya)
  4. Dan Kami telah meninggikan bagimu : sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)
  5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
  6. Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
  7. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh) maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)
  8. Dan kepada Tuhanmu saja tempat engkau memohon. (apa yang engkau gemar dan ingini).

Semoga kita dapat membaca serta menghafal surah ini untuk memperoleh kebaikan dari-Nya, dah dipermudahkan segala urusan, baik di dunia mahupun di akhirat. Selamat beramal!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI