Meskipun berhijab, kesihatan dan kecantikan rambut tetap perlu dijaga. Antara masalah yang sering dihadapi oleh ramai wanita tidak kiralah yang berhijab atau tidak ialah
masalah rambut gugur.
Jika masalah ini dibiarkan dan tidak dirawat maka lama-kelamaan ia akan semakin serius. Natijahnya, rambut akan menjadi semakin nipis dan lebi teruk lagi, ada bahagian rambut yang botak.
Berhijab bukanlah alasan untuk tidak menjaga rambut. Walau pun rambut berbalut kemas dengan hijab, kita tetap perlu menjaga rambut. Bayangkan rambut apabila tidak dijaga, apabila buka sahaja tudung, rambut mengerbang macam hantu kak Limah.
Bagi primadona terkenal, Erra Fazira, dia juga tidak terkecuali daripada mengalami masalah rambut. Akui Erra, sama seperti hijabi yang lain, antara masalah yang dihadapinya ialah masalah rambut gugur.
“Kita akan tahu yang kita menghadapi masalah rambut gugur apabila melihat banyak rambut gugur di bilik mandi selepas mandi. Selain itu selepas membuka tudung, kita akan lihat banyak rambut gugur, Keadaan lebih ketara apabila menyikat rambut, kita akan lihat rambut banyak melekat pada sikat,” jelas Erra.
Ibarat bulan jatuh ke riba, pemenang trofi Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) sebanyak tujuh kali sejak 1994 ini telah dilamar oleh jenama Faith Fleur yang memasarkan set rangkaian produk rambut.
Selepas mencuba produk tersebut selama lebih sebulan, Erra akhirnya bersetuju menerima lamaran syarikat tersebut kerana mengakui bahawa produk itu sangat serasi dengannya.
Hampir tiga dekad bergelar anak seni hingga pernah diberi jolokan primadona filem Melayu, pemilik nama penuh Fazira Wan Chek, 46, antara yang terus diberi kepercayaan mewakili jenama sesebuah produk.
Kontrak setahun dengan pilihan setahun lagi itu bermula Jun lalu dipersetujui ibu kepada Engku Aleesya ini selepas meyakini jenama yang sudah bertapak sejak tahun 2017
“Saat kali pertama diberi tempoh percubaan menggunakan rangkaian produk ini awal Jun lalu, saya rasa seperti jatuh cinta lagi.
“Ramuan dan baunya yang wangi terus menambat hati saya. Dua kali menggunakan rangkaian produk terdiri daripada tonik, serum, pewangi, pelembap rambut dan syampu, saya sudah dapat merasai perbezaan ketara.
“Paling utama, rambut saya sejak kebelakangan ini kerap gugur kerana beberapa faktor seperti usia dan bertudung sudah mula berkurangan.
“Dulu kalau mencuci rambut dengan syampu, rambut memang akan penuh di lantai bilik mandi. Begitu juga di sikat rambut akan penuh rambut gugur terkumpul. Tapi sekarang saya tidak risau lagi dengan adanya Faith Fleur di sisi,” katanya
Bagi pelantun lagu Hanya Di Mata ini, dia percaya dan optimis rangkaian produk Faith Fleur ini akan terus terbang tinggi dengan kualiti dimiliki.
Apatah lagi jenama berkenaan juga berani menyunting Erra menjadi duta pertama di kalangan artis untuk wakilan produk mereka.
“Sesuatu yang saya sendiri bangga terhadap produk ini ialah ia buatan Malaysia dan dihasilkan bumiputera.
“Malah saya diberitahu mereka juga akan terus menerbitkan pelbagai rangkaian produk lain pada masa akan datang.
“Faith Fleur sudah ada kelompok peminatnya selama ini. Moga dengan pelantikan saya ini sebagai duta mereka akan terus membuatkan jenama ini melebarkan pengaruhnya dengan lebih luas,” kata Erra.
Mengenai pelantikannya, pengacara program bual bicara Mingguan Wanita di Astro ini percaya rezeki itu tidak pernah salah alamat.
“Pada akhirnya saya percaya ia berbalik kepada soal rezeki. Soal aktif atau tidak atau persaingan dengan artis generasi baru itu semuanya bersifat subjektif.
“Apabila rezeki berpihak kepada kita, maka disambutnya dengan hati yang terbuka. Sekaligus mensyukuri nikmat diberi.
“Untuk masih dipandang relevan hingga diberi kesempatan menjadi wakil jenama produk, saya berterima kasih kepada mereka yang memberi kepercayaaan,” katanya.
Pelakon filem Polis EVO 2 ini ketika ini hanya memenuhi komitmen mengacara.
“Saya masih mengacara di Mingguan Wanita untuk musim kedua. Macam kerja lakonan semua dapat diselesaikan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan lagi.
“Jika ada tawaran berlakon yang kena dengan waktu dan bersesuaian kelak, saya sedia mempertimbangkannya lagi
“Selebihnya masa saya banyak bersama anak di rumah ,” katanya
Sementara itu, Faith Fleur adalah produk penjagaan rambut yang dikeluarkan oleh Ctymary Resources Sdn Bhd. Ia diusahakan pasangan suami isteri, Siti Mariam Abd Samad (pengasas) dan Halim Bahadorisam (pengasas bersama)
Syarikat ini ditubuhkan pada 10 Februari 2017, bertempat di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor. Satu lagi cawangan di Bintulu, Sarawak pada awal bulan September 2018.
Maksud Faith ialah kesetiaan manakala Fleur diambil dari perkataan France iaitu bermaksud bunga.
Faith Fleur merupakan syarikat yang khusus dalam pengeluaran produk penjagaan rambut yang terdiri daripada syampu, pelembab rambut, serum, pewangi rambut dan tonik.
Seperti yang diketahui umum, rambut merupakan aset penting bagi setiap manusia. Oleh itu, ia memerlukan penjagaan yang rapi dan teliti.
Formula produk Faith Fleur sesuai untuk semua peringkat umur, lelaki dan wanita. Produk Faith Fleur adalah Halal dan Mesra Wuduk.
Selain itu, produk ini dapat menghapuskan kutu, melembutkan rambut, membaiki rambut rosak, bebas kimia berbahaya seperti Paraben, SLS & dan Sabun serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Pemilihan Erra Fazira sebagai duta baharu dilihat mampu mengangkat jenama Faith Fleur ke peringkat lebih tinggi.
Erra telah mengikat kontrak setahun dengan pilihan sambungan setahun lagi selepas meyakini jenama yang sudah bertapak sejak tahun 2017 lagi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI