Dari pengalaman peribadi, operasi telefon lancar setakat ini. Dengan apl yang dimuatkan hampir serta-merta. Ini juga disebabkan oleh sistem proses mudah alih Exynos 1380 yang menguasakan Samsung Galaxy A54 5G dan membolehkan pemuatan aplikasi pantas dan berbilang tugas.
Samsung Malaysia melancarkan Galaxy A33 berharga RM1499 (128GB) dan Galaxy A53 pada harga RM1849 (256GB) tahun lepas. Harga Galaxy A34 dijangka meningkat sedikit kerana Samsung Malaysia menyenaraikannya dengan storan 256GB.
Kedua-dua model baharu menggunakan reka bentuk yang serupa dengan siri Galaxy S23, bermakna tiada lagi modul kamera belakang yang dinaikkan, hanya lensa kamera yang hampir rata dan sedikit melengkung.
Ads
Selain itu, Samsung juga telah mengeluarkan lensa potret, hanya meninggalkan tiga kamera belakang.
Galaxy A54 mengekalkan paparan Super AMOLED HD Penuh 6.4 inci 120Hz. Prestasi utama di dalamnya dinaik taraf kepada cip Exynos 1380 bersama-sama dengan 8GB RAM dan sehingga 256GB storan. Kad microSD disokong untuk ruang storan tambahan.
Lubang kecil di hadapan skrin menempatkan kamera hadapan 32 MP. Di bahagian belakang, ia dilengkapi dengan kamera utama 50 MP, kamera ultra lebar 12 MP dan kamera makro 5 MP.
Ads
Bateri mempunyai kapasiti 5000 mAh dan menyokong pengecasan melalui USB-C dengan 25 W. Kepala pengecasan tidak termasuk dalam skop penghantaran, ia mesti dibeli secara berasingan. Ia juga masih kalis air IP67 dan kalis habuk.
Galaxy A54 dilengkapi dengan sistem bunyi stereo dengan teknologi Dolby Atmos. Ia menggunakan sistem pengendalian OneUI 5.1 berdasarkan Android 13 dan Samsung menjamin 4 kemas kini OS dan keselamatan 5 tahun untuk telefon ini.
Ads
Imej pada Samsung Galaxy A54 5G adalah jelas dan terang dalam pencahayaan yang baik, dan subjek menonjol dengan jelas. Telefon pintar ini mempunyai persediaan tiga kamera belakang dengan kamera utama 50 megapiksel, kamera ultra lebar 12 megapiksel dan penderia kedalaman 5 megapiksel.
Nantikan ulasan penuh kami tentang A54 5G, yang akan dikeluarkan dalam beberapa hari akan datang untuk pengalaman penggunaan yang lebih nyata. Tetapi buat masa ini, jika anda masih di atas pagar dan tidak sabar menunggu ulasan keluar supaya anda boleh membuat keputusan, dapatkan sahaja. Positif jauh melebihi negatif dan memandangkan tanda harga RM1899, kami boleh mengatakan ini adalah pembelian yang anda tidak akan menyesal.
Secara keseluruhan, tanggapan pertama saya tentang Samsung Galaxy A54 5G adalah positif, tetapi saya belum menguji semua ciri lagi. Jadi nantikannya dalam ulasan kami yang mendalam!
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tweet yang dimuat naik oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr Mohamad Zulkifli Al-Bakri di laman Twitter mencuri tumpuan ramai apabila dia mengucapkan tahniah kepada Erra Fazira di atas pernikahannya.
Walau bagaimapun, individu yang bernama Erra Fazira itu bukanlah pelakon filem Mr. Cinderella itu seperti yang disangka ramai sebaliknya secara kebetulan mereka memiliki nama yang sama.
Upacara pernikahan itu juga telah berlangsung dengan lancarnya di pejabat JAWI tadi dengan mengikut peraturan SOP yang telah telah ditetapkan.
Menurut Dr. Zul, beliau juga rasa terkejut pada awalnya apabila mendapat tahu mengenai nama pengantin tersebut.
Di kesempatan itu, Dr. Zul juga turut mendoakan agar ikatan yang dibina pasangan ini akan diberkati dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
“Ingatkan pelakon filem Sembilu tu”
Ramai netizen yang terhibur dengan gurauan Dr. Zul itu dan terkejut pada awalnya dengan tweet itu kerana menyangkakan primadona filem Malaysia itu yang berkahwin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pengacara televisyen kegemaran semua iaitu Dayah Bakar ini tidak pernah lokek dengan senyuman. Sentiasa dilihat sebagai seorang yang ceria, Dayah berkongsi tip bagaimana untuk terus kekal positif dalam hidup.
Bagaimana cara Dayah mengatasi cabaran dalam industri ini?
“Bukan mudah untuk Dayah tapi Dayah selalu fikir pasti ada orang yang lagi sukar jalannya. Cabaran untuk terus kekal relevan, bagaimana hendak jadi approachable. Tapi yang pasti, Dayah tak pernah berniat nak bersaing dengan orang lain, Cuma mahu menjadi versi diri yang lebih baik sahaja. It’s all about me.
“Pastinya Dayah pernah berhadapan dengan rejection, failure dan pengharapan tapi gagal. Jadi hos ini kena selalu pergi ujibakat macam kerja lain yang perlu menghadiri temuduga. Ada masa dapat, ada masa tidak. So, you must keep on going kerana ada jalan yang lebih sukar di hadapan. Bukan meminta, tapi haruslah bersedia,” jelas pelantun lagu Imamku ini.
Jika dilihat karakternya yang sangat bubbly dan ceria, ianya ternyata sama di realiti dan bukan dibuat-buat. Jelas Dayah ianya satu benda yang menarik apabila ramai orang yang berpendapat sedemikian.
“Dayah bersyukur bila orang kata begitu. Ia seumpama you will get what you see. Saya bukan buat ini untuk menghasilkan persona yang berbeza. Jadi, saya rasa seronok apabila orang dapat menghargai dan menerima diri saya yang sebenarnya,” ujarnya yang lahir pada bulan Ogos ini.
Ketika ditanya mengenai rutin kecantikan dan kesihatan, Dayah ternyata mempunyai pandangannya yang tersendiri mengenai hal ini.
“Ini isu yang penting sebab sekarang ini ramai wanita yang mempunyai inferiority complex termasuklah Dayah. Dayah bukannya rasa cantik dan sempurna sepanjang masa. Ada juga insecurity tersendiri. Sebenarnya, sangat penting untuk seseorang itu rasa yakin dan bagus tentang dirinya sendiri.
“Kalau rasa badan itu malas, pergilah bersenam. Dayah sendiri ada anjurkan aktiviti yang diberi nama ‘Fit Sis’. Dayah lakukan ini supaya mereka di luar sana rasa seronok untuk bersenam. Jangan fikir cantik itu hanya apabila flawless dan kurus sahaja. Yang penting hati itu haruslah cantik.
“Kalau cantik seperti model sekalipun, tapi hati itu sentiasa negatif, anda tak akan bahagia. Kesihatan itu nombor satu begitu juga dengan kecantikan dalaman. Melaluinya, anda boleh sebarkan kebahagiaan. Selain itu, makanlah secara sederhana. Jangan terlalu ekstrim. Ilove food! Tapi kita kenalah berpada-pada seperti mana ajaran Islam yang mementingkan keserdehanaan.”
Penyanyi baru yang sedang meningkat naik, Iman Troye, berkongsi kisahnya bergelut dengan masalah anxiety dan stres yang dihadapi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
Jelas pelantun lagu Teman itu, dia tidak menyangka keterujaannya untuk masuk ke alam universiti terpaksa ditangguhkan kerana pandemik covid-19 yang melanda dunia pada saat ini.
“Youth Comes But Once In A Lifetime” – kata pepatah ni is one of my favourite. But being a teenager nowadays banyak cabarannya, lagi lagi during Covid-19 pandemic and kita semua terpaksa duduk dekat rumah. For half a year this year, iman felt like my life was stagnant for a while.
When first PKP started, Iman tengah tunggu result SPM and i was really looking forward to start my life in university. But banyak planning tergendala kejap. Truth be told, rasanya semua seperti Iman, rasa sangat sangat risau and takut with the uncertainty at that point of time.
Bagi merawat masalah yang dihadapinya, Iman banyak meluangkan masa bersama keluarganya supaya perasaan stresnya itu hilang buat seketika. Dia juga gemar meluahkan isi hatinya di dalam diari bagi memberikan motivasi dan kekuatan pada diri sendiri.
Untuk kurangkan anxiety and stress, Iman banyak spend time dengan family with activities like masak masak together, gardening, main board game and karaoke kat rumah. Iman dapat stop from feeling stress and anxious for awhile.
For my own daily affirmation and self-healing pula, Iman suka menulis. I like to write my thoughts down in my diary. Sebelum tidur, Iman akan tulis at least one thing yang Iman rasa grateful on that day. Tulis dalam diary ni banyak tolong Iman untuk self-reflect and from there, I boleh motivate myself untuk terus kuat and move forward.
Korang pulak macam mana? What do you do to self-reflect and how often korang buat? Cuba share dengan Iman, i would love to know!
For those that are facing the same problem and need help, you guys can check out MIASA Malaysia.
#realtalk
Sebenarnya, ramai di antara kita yang berdepan dengan masalah anxiety dan stres tanpa kita sedari. Jika anda juga mengalaminya, luahkanlah masalah itu pada ahli keluarga atau teman rapat dan segeralah dapatkan bantuan daripada mereka yang pakar. InsyaAllah, segala kekalutan dapat diselesaikan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...