Penyanyi yang memenangi Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke 36, Aina Abdul baru sahaja melancarkan muzik video raya terbarunya semalam, Gema Raya.
Muzik video yang diarahkan oleh Mohd Hisham Saleh itu sudahpun mendapat jumlah tontonan melebihi 50 ribu tontonan di Youtube hanya dalam beberapa jam sahaja dilancarkan. Bukan sahaja melodi dan irama lagunya yang mengasyikkan seolah menggamit memori berhari raya, malah rekaan busana yang digayakan oleh Aina Abdul dalam muzik video ini juga turut mendapat perhatian ramai.
Sentiasa hadir dengan rekaan yang serba avant-garde, kali ini menerusi muzik video Gema Raya, busana yang mendapat perhatian ialah rekaan baju kebaya tradisional yang sarat dengan hiasan wang di seluruh permukaan busana ini.
Rekaan dari jenama yang tidak asing lagi dalam industri fesyen tempatan, Wan & Mary ini mendapat perhatian ramai apabila ada yang melabelkan busana itu sebagai ‘ATM Bergerak’.
Ads
Menurut Wan, salah seorang pereka Wan & Mary, duit yang digunakan itu bukanlah duit sebenar. Tetapi ia adalah sampul duit bercetak seperti wang ringgit RM 10.
“Kami gunakan lebih dari 200 keping sampul duit raya yang cetakannya seperti RM 10 untuk menghiasi keseluruhan baju kebaya Aina itu,” kongsinya.
Ads
Tambahnya lagi, idea asalnya hanyalah untuk menghasilkan rekaan kebaya tradisional yang mempunyai sedikit unsur peplum dalam rekaannya. Namun untuk menjadikannya lebih menarik, mereka menambah hiasan sampul wang RM 10 itu.
“Kami mengambil masa lebih kurang tiga hari sahaja untuk menyiapkan rekaan busana ini. Alhamdulillah, Aina juga amat terbuka dengan idea ini dan menerima baikmengenai rekaan busana kebaya itu,” ujarnya lagi.
Ads
Muzik video Gema Rayaarahan Mohd Hisham Saleh boleh ditonton di saluran Youtube bermula dari semalam. Menampilkan Aina sebagai Aina, Lyana Taufek Ariffin sebagai kakak dan Hayati Ibrahim sebagai Mak, pastinya sambutan Syawal kali ini lebih meriah dengan alunan melodi Gema Raya!
Seperti biasa anda bangun pagi dan melakukan rutin harian anda. Selepas mandi, anda sedang bersiap, tiba-tiba mulut anda rasa masin yang amat melampau! Ibarat anda telan air laut!
Rasa masin yang terjadi di dalam mulut boleh terjadi pada mana-mana orang sahaja. Bagi individu yang mengalami masalah ini, mereka akan merasakan ketidakselesaan dari semasa ke semasa, bahkan, makan masa minggu atau sebulan.
Setiap masalah pasti ada pucuk pangkalnya, sudah tentu anda ingin tahu dari mana i berpunca. Melalui artikel ini, anda akan mengetahui lebih lanjut mengenai sebab-sebab juga penyelesaian bagi masalah ini supaya kita mendapat lebih penjelasan tentangnya.
Lepas makan makanan yang masin, seperti kerepek, ikan bilis dan lain-lain, sisa makanan yang tinggal di dalam mulut akan tertinggal dalam beberapa saat. Namun, ada terdapat kejadian di mana rasa masin ini terjadi dalam kadar masa yang lama. Ia pulak terjadi setibanya anda bangun dari tidur dan juga ketika anda makan makanan yang tidak ada rasa masin. Kondisi ini boleh terjadi untuk menunjukkan masalah kesihatan badan.
Masalah anda yang mengalami rasa masin di mulut pasti akan membuatkan anda rasa tidak selesa. Anda juga telah menggunakan pelbagai cara untuk menghilangkan rasa sensasi yang tidak enak itu, tetapi ia masih lagi rasa yang sama. Menurut hellosehat, ada antara punca kenapa rasa masin ini terjadi, antaranya:-
1. Mulut kering
Orang yang mengalami masalah seperti mulut kering akan sering merasakan satu sensasi seolah-olah ada bola-bola kapas di mulut yang terasa masin. Gangguan mulut ini selalunya terjadi pada mereka yang kerap merokok atau boleh juga terjadi pada mereka yang makan ubat-ubat tertentu yang memberikan kesan sampingan. Gejala lain yang terjadi juga adalah:-
Rasa melekit di dalam mulut
Nafas jadi berbau
Tekak sakit
Suara menjadi serak
Masalah mulut yang rasa masin ini boleh di atasi dengan mudah apabila anda mula mengambil kadar air yang mencukupi untuk kekal hidrasi. Anda juga boleh mengunyah gula-gula getah untuk melegakan simptom dan merangsang pengeluaran air liur. Hal ini kerana ia membantu mulut anda untuk kekal dalam keadaan lembap dan dapat mengurangkan sensasi rasa masin dalam mulut.
2. Dehidrasi atau kurang minum air
Salah satu punca yang membuatkan mulut terasa masin adalah dehidrasi! Apabila badan anda kurang dan tidak mencukupi air seperti yang sepatutnya, paras garam dan air dalm badan akan menjadi tidak seimbang. Maka, air liur yang terkeluar akan mula menjadi masin dan semakin masin. Selain dari itu, dehidrasi juga boleh mengakibatkan masalah lain seperti:-
Anda terlalu dahaga
Jarang membuang air kecil
Warna air kencing anda menjadi gelap atau keruh
Selalu letih
Kerap pening
3. Gusi berdarah
Rasa masin yang terjadi dalam mulut juga boleh berpunca di sebabkan rasa logam di dalam mulut yang boleh juga di panggil sebagai dysgeusia, atau erti kata lain penyimpangan sensasi rasa. Keadaan mulut atau nafas yang ada berbau zat besi boleh mengganggu seseorang individu yang menyukarkan mereka untuk rasa makanan dan minuman.
4. Jangkitan mulut
Gusi yang berdarah jika tidak di rawat akan menyebabkan satu jangkitan yang di panggil periodontitis. Gejala penyakit ini akan menyebabkan seseorang individu itu alami perkara seperti:-
Lidah terasa masin
Nafas berbau
Gigi anda boleh tercabut
Gusi akan bernanah
Jangkitan pada mulut sebenarnya tidak merbahaya selagi anda ambil langkah berjaga-jaga unutk merawatnya. Jika tidak, anda mungkin akan mengalami masalah yang lebih teruk di mana ia boleh merosakkan gigi dan membawa kepada komplikasi penyakit gusi.
5. Lendir dari hidung
Lendir dari hidung yang terlalu banyak boleh menyebabkan anda menelan lendir itu di bahagian belakang tekak. Apabila lendir mula bercampur dengan air liur di dalam mulut, rasa masin akan mula terasa pada lidah. Anda juga berkemungkinan akan mengalami masalah hidung tersumbat, hidung berair, dan kesukaran untuk bernafas.
Jadi jika anda ada masalah seperti ini, anda boleh cuba untuk kekalkan kadar air yang mencukupi dan pastikan anda sentiasa hidrasi. Jika ia masih berlarutan, anda boleh terus berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang sepatutnya.
Sempena Tahun Baru Cina, PUSPAKOM melancarkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma atau nama singkatannya VVI (Voluntary Vehicle Inspection) sambil memberi peluang kepada anda untuk memenangi hadiah lumayan sepanjang tempoh kempen bermula hari ini hingga 20 Januari 2023!
Dengan tanda pagar #drivesafenoregrets PUSPAKOM ingin mengingatkan orang ramai khususnya pemilik kenderaan persendirian yang ingin pulang ke kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina supaya memastikan kenderaan mereka berada di tahap kondisi yang terbaik sebelum memulakan perjalanan.
Orang ramai boleh mendapatkan Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela atau dengan nama singkatan VVI (Voluntary Vehicle Inspection) secara percuma ini di mana-mana cawangan PUSPAKOM seluruh negara (kecuali cawangan Taman Bukit Maluri, Shah Alam dan Pasir Gudang) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan membuat janji temu di www.mypuspakom.com.my atau aplikasi mudah alih MyPUSPAKOM.
Demi kemudahan orang ramai, PUSPAKOM turut mengerah Unit Pemeriksaan Bergerak bagi menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma kepada orang ramai di beberapa lokasi terpilih seperti berikut:
NO
TEMPAT
TARIKH
MASA
1
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi
12 Januari 2023
9.00 pagi – 4.00 petang
2
Lotus’s cawangan Kepong
14 Januari 2023
9.00 pagi – 4.00 petang
3
Wisma DRB-HICOM
16 Januari 2023
9.00 pagi – 4.00 petang
4
Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak
17 Januari 2023
9.00 pagi – 4.00 petang
5
Lebuh Ayer Keroh, Melaka (Berdekatan pintu gerbang, Ayer Keroh)
19 Januari 2023
9.00 pagi – 4.00 petang
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail; Kempen VVI percuma ini bertujuan untuk membantu orang ramai mendapat maklumat tentang kondisi kenderaan mereka melalui pemeriksaan kenderaan menggunakan peralatan berkomputer supaya mereka dapat melakukan penyelenggaraan yang sewajarnya sebelum pulang ke kampung halaman sempena Tahun Baharu Cina.
”PUSPAKOM amat menitikberatkan kepentingan keselamatan kenderaan dan menjadikan pemeriksaan kenderaan percuma ini sebagai tanggungjawab korporat kami sebagai badan pemeriksaan kenderaan yang dilantik kerajaan. PUSPAKOM juga berhasrat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan kenderaan melalui pemeriksaan terutamanya ketika musim perayaan yang kebanyakan pemilik kenderaan melakukan perjalanan jauh”, ujar Shukor.
”Berlainan dengan pemeriksaan kenderaan yang ditawarkan oleh sesetengah syarikat. VVI PUSPAKOM melibatkan 25 item pemeriksaan yang menggunakan alatan berkomputer yang dikalibrasi setaraf dengan alatan yang digunakan oleh negara maju seperti Perancis, Belgium dan Sepanyol yang mengikut standard piawaian antarabangsa. Pemeriksaan ini lebih tertumpu kepada aspek keselamatan iaitu melibatkan pemeriksaan brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, bawah dan atas kenderaan, cermin gelap dan lain-lain lagi”, kata Shukor lagi.
Suami nak tengok penampilan seorang ‘Puan Amirah’ berbanding Mira Filzah, figura yang cukup sinonim dengan gaya moden, malah menjadi ikut-ikutan hijabi dari gaya hijab hinggalah gaya pemakaiannya. Pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah mengakui dia bukanlah pakar dalam berfesyen dan hanya menggayakan apa yang selesa sahaja.
Menerusi program bual bicara bersama Xtra, Mira berkata selepas mendirikan rumah tangga, suaminya, Wan Emir Astar turut memberi teguran mengenai penampilannya.
“Bagi saya apa yang simple dan selesa itu dah menunjukkan saya tetapi bila saya pergi ke sesebuah acara saya juga akan guna khidmat penata gaya.
“Sekarang yang bagi pelepasan Emir lah. Dia selalu kata dia nak tengok penampilan seorang ‘Puan Amirah’ berbanding Mira Filzah. Dia ada bertanya “make up ada macam Puan Amirah tak hari ini”. Jadi dia faham penampilan saya macam mana.
Gaya tudung Puan Amirah
Membezakan penampilan demi tuntutan kerjaya dan penampilan bersama suami, Mira Filzah faham akan situasi itu. Suami adalah orang yang penting membimbing kita selepas ibubapa, jadi tiada msalah untuk Mira faham dengan permintaan Wan Emir.
“Kadang-kadang saya nak keluar, dia akan tegur “tudung bagi nampak macam Puan Amirah sikit”. Jadi saya pun faham maksud ‘Puan Amirah’ itu seperti mana yang dia mahukan,” katanya.
Penampilan ketika hamil pernah dikritik! Kongsinya dalam temu bual itu, Mira tidak memuat naik sebarang penampilannya ketika hamil sebelum ini kerana berikutan wajahnya yang cengkung.
“Ketika dalam proses awal kehamilan, saya tak suka post dalam media sosial ketika itu muka saya sedikit cengkung. Saya makin kurus ketika itu, muka cengkung, berat badan pun lambat naik walaupun saya tidak mengalami muntah-muntah.
“Sampaikan saya muat naik gambar di media sosial, ada netizen kata “kenapa cengkung sangat ni? Tak bahagia lah tu. Dalam hati saya ketika itu geram dan sebab itu saya tak suka media sosial ketika itu. Jadi benda sebegitu yang buat saya stress.
“Tapi syukur suami saya seorang pendengar yang baik. Saya rasa setiap kali saya luah sesuatu kepada dia, saya puas,” katanya.
Terdahulu, Mira Filzah mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir pada 3 September 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Wan Khair Amir kini berusia hampir 7 bulan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: XTRA
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!