‘Dikurniakan Isteri Yang Baik Hatinya…’- Neelofa & PU Riz Titip Ucapan Indah Sempena Anniversary Pertama

Share

Meraikan ulang tahun pertama perkahwinan dengan bahagia, pasangan selebriti terkenal, Neelofa dan PU Riz saling menitipkan ucapan yang indah buat satu sama lain di laman Instagram.

Menikmati makan malam yang indah bersama, Neelofa berharap agar Tuhan memberkati perkahwinan mereka berbahagia selalu.

Doakan agar Allah sentiasa memberi keberkatan ke atas perkahwinan kami dan meletakkan hubungan ini dalam kebaikan selamanya.

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan suamiku ( ucapan selebihnya, saya bisik di telinga suami sebab dia sorang je yang boleh tahu apa saya luahkan) #gitew

Selain itu, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail turut meluahkan kata-kata indah buat isterinya yang tersayang dan memanjatkan rasa kesyukuran kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah dikurniaNya.

Syukur pada Allah
Dikurniakan isteri yang Baik hatinnya
Banyak lagi yg nak ditulis tapi takpe ku titipkan dalam doaku.

Tidak ada perkara lain yang diharapkan melainkan perkahwinan ini diredhai-Nya

Sekali lagi الحمدلله ya Allah

Di samping itu, Neelofa telah berkongsikan beberapa momen di saat mereka menikmati makan malam istimewa bersama di ruangan Instastories. Biarpun kelihatan ringkas, namun ia terasa begitu romantis dan eksklusif.

Buat pengetahuan semua, Neelofa dan PU Riz telah dinikahkan pada 27 Mac 2021 di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Mereka juga telah dikurniakan seorang cahaya mata yang dinamakan Muhammad Bilal yang baru sahaja lahir pada 29 Januari lalu.

Published by
Team Hijabista