Selepas sebulan berlangsungnya majlis pernikahan, selebriti terkenal tanah air iaitu Neelofa dikenakan kompaun kerana tidak mematuhi standard operasi piawaian (SOP) bagi membendung penularan wabak covid-19 sewaktu berlangsungnya majlis tersebut.
Menerimanya dengan hati terbuka, pengacara Next to Neelofa itu menganggap ia suatu pengajaran buat dirinya selain mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memudahkan urusannya.
Ads
“Assalammualaikum. Seperti yang telah diberitakan, ya, saya sudah dimaklumkan tentang kompaun yang dikenakan terhadap saya dan Haris.
Ads
“Saya menerima dengan hati yang terbuka dan menjadikan kompaun ini sebagai satu pengajaran untuk menggunakan kebenaran merentas negeri atas tujuan yang telah dipersetujui oleh pihak berkuasa dan juga peringatan buat saya dan semua yang terlibat pada majlis kahwin saya untuk sentiasa menitikberatkan soal kepentingan SOP.
Ads
“Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama yang baik dalam menguruskan kes saya. Saya ingin meminta maaf sekali lagi jika kes ini memberi sedikit masalah kepada kelancaran kerja-kerja harian kalian. Terima kasih.” jelasnya.
Berdasarkan perincian kompaun seperti yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi Kuala Lumpur, ACP Mohamad Zainal Abdullah, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor perlu membayar kompaun RM20,000 bagi dua kesalahan.
Menurut Mohamad Zainal, kesalahan pertama dilakukan Neelofa ialah tidak mematuh SOP di majlis pernikahan beliau dengan PU Riz atau nama sebenarnya, Haris Ismail di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dengan kompaun sebanyak RM10,000 tanpa diskaun dibenarkan.
Kompaun RM10,000 lagi dikenakan ke atas beliau kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri manakala kesemua ahli keluarga Neelofa seramai 20 orang pula dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 seorang yang berjumlah RM30,000.00.
Kelaziman buat kebanyakan orang untuk membuang sisa makanan yang tersekat pada gigi menggunakan pencungkil gigi. Peralatan yang mudah kerana ia tidak memerlukan apa-apa kaedah untuk mengeluarkan makanan yang ada pada celah-celah gigi.
Namun begitu, ia bukanlah satu cara yang bagus untuk diamalkan selalu. Ianya sama sekali tidak disarankan oleh mana-mana doktor gigi jika anda seorang yang suka menggunakan pencungkil gigi.
Bukan Cungkil Sisa Makanan Tapi Memudaratkan Kesihatan Gigi
Dilaporkan oleh Hellodoktor, Academy of General Dentistry ada membuat kajian yang menunjukkan penggunaan pencungkil gigi baik tetapi perlu berhati-hati. Tetapi, kebanyakan doktor gigi tidak menyarankan pengunaannya dalam kehidupan harian.
Ini kerana tisu gusi boleh tertembus dan mengakibatkan bakteria mudah masuk dan berlakunya jangkitan. Jika anda pengguna pencungkil gigi, sudah pasti doktor gigi akan mendapati kerosakan pada gusi semasa pemereksaan gigi.
Cara yang sesuai untuk membersihkan gigi dengan betul!
Gunakan floss adalah cara yang terbaik kerana ia boleh mengeluarkan sisa makanan dan menghilangkan plak berbahaya yang tersembunyi pada gigi. Ia juga membantu mencegah kerosakan gigi, penyakit gusi dan nafas berbau.
Bagi mereka yang alami artritis atau kesukaran mengendalikan floss di sekitar mulut bolehlah menggunakan pemegang. Ikut keselesaan anda, seseorang doktor gigi mungkin boleh cadang peralatan khas seperti:
spiral brush – terutama sekali buat mereka yang punyai fixed bridges
water flosser (floss air) – alat floss gigi di rumah yang hanya guna aliran air yang disasarkan untuk mengeluarkan plak dan sisa makanan di antara gigi.
Masalah gusi atau gigi yang agak teruk perlulah segera dapat rawatan pada doktor. Baik cegah sebelum dirawat kerana anda mungkin sudah terlambat ketika itu!
Pemberian cahaya mata adalah sebuah penantian yang didambakan oleh setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Anak menjadi bukti cinta serta menambah erat kasih sayang antara pasangan suami isteri.
Pelakon dan usahawan, Mia Ahmad atau nama penuhnya Samihah Ahmad Baderi, 35, telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga, pagi semalam. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh suaminya iaitu, Mohd Izham Tarmizi, 32, melalui laman Instagram.
“Assalamualaikum. Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan baby girl anak ke 3 kami,1.25am pagi tadi (Selasa).”
Suami Mia yang juga merupakan penjaga gol Sri Pahang FC tersebut tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih buat semua yang telah mendoakan kesihatan isterinya itu.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakannya. semoga dipermudahkan uruskan kalian semuanya” tulisnya.
Hasil tinjauan Hijabista, peneraju utama Hati Perempuan(2015) dilihat memuat naik video anak keduanya iaitu Iris dua hari lalu. Mia akui ‘beremosi’ mengenangkan hari tersebut merupakan hari terakhir puterinya bergelar seorang ‘adik’. Maklumlah, lepas ini kena tukar status kepada seorang kakak!
“Last day jadi ’adik’ harini… InshaAllah esok title kakak dah dia.. Mommy emotional lah…
“Ya Hafiz Ya Muhaimin.. Yang Maha menjaga dan Mengawasi, daku serahkan anak-anakku, keluarga ku, seluruh isi bumi untuk dijaga dan diawasi oleh Mu.” tulis Mia.
Menjengah ke ruangan komen hantaran yang dimuat naik oleh Izham, rata-rata netizen, rakan artis serta pemain telah membanjiri dengan ucapan tahniah serta mendoakan kesihatan mereka. Bahkan, hantaran tersebut kini telah meraih lebih 19K kesukaan.
“Syukran alhamdulillah..TAHNIAH buat keduanya & lil princess welcome to the world cucunda..doa baby & mom sihat sjhtera & sntiasa dlm lindungan Allah SWT & menjadi anak yg solehah berjaya dunia akhirat..Amin”
“Tahniah Izham dan Mia dapat cahaya mata ketiga semoga dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat..”
Alhamdulillah, Hijabista turut mengucapkan tahniah buat Mia dan suami, tidak lupa untuk mendoakan agar zuriat yang dilahirkan menjadi anak yang solehah kelak dan berjaya dunia akhirat.
Terdahulu, Mia telah berkahwin dengan Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017 serta dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sayf Issa yang berusia 4 tahun dan Iris yang kini berusia 2 tahun.
Sebut sahaja nama Sherry Alhadad, pasti hijabi familiar dengan pengacara serba boleh yang juga mempunyai ‘sense of humor’ yang tinggi dan sering menghiasi kaca tv dengan telatah ‘tak kering gusi’ serta personaliti menyenangkan yang dimilikinya tidak kira ketika mengacara mahupun berlakon.
Bagaimanapun, pemilik nama penuh Sharifah Mariam Syed Abdullah Al Hadad ini mendedahkan bahawa karakter sebenar dirinya dahulu agak pemalu, terutamanya untuk memulakan perkenalan dengan mana-mana lelaki baharu di dalam kehidupan miliknya.
Atasi Rasa Rendah Diri Dengan Personaliti Santai Dan Kelakar
Menurut Sherry perasaan rendah dirinya juga selalu menghantui dirinya dalam memulakan sesebuah perhubungan.
“Mungkin saya tak cukup cantik. Kebiasaannya, kita sudah tahu kritiria wanita cantik itu bagaimana. Bentuk badan yang ideal pula bagaimana. Saya selalu rasa yang saya tak tergolong dalam kelompok itu.
“Jadi, bila saya tahu yang saya ini tidak konvensional cantik, faktor lain yang boleh saya ketengahkan agar orang menyukai saya adalah dengan melalui personaliti.
“Sebab itu saya lebih suka berkomedi agar saya lebih senang untuk didekati dan mendekati. Bila berkenalan dengan mana-mana lelaki, saya akan rasa rendah diri dan tak cukup dari segala aspek,” katanya.
Akui Kadangkala ‘Rasa Sunyi’ Jodoh Masih Belum Tiba
Dalam pada itu, Sherry tidak menafikan dirinya agak sunyi apabila belum berkesempatan untuk dipertemukan dengan teman hidup.
“Ada kalanya, memang rasa sepi juga. Kadang-kadang bila kita penat dan nak meluahkan kepada seseorang tapi orang itu tiada.
“Kita pun dah berusia dan sudah tentu kita nak mencari teman hidup tapi belum jumpa lagi,” ulasnya lagi.
Katanya lagi, kesibukkan kerja juga turut menjadi antara kekangan untuk memulakan sesebuah perhubungan.
“Memang ada keluarga dan kawan-kawan yang cuba kenalkan saya dengan lelaki. Yang direct message saya di Instagram pun ada.
“Ada yang cuba dekat tapi saya pula sibuk dengan kerja. Itu pun masalah juga,” kongsinya lagi.
Sherry Sudah Bersedia Jalani Kehidupan Berkeluarga
Sherry turut mendedahkan dirinya tidak gentar untuk menjalani kehidupan berkeluarga meskipun banyak hal-hal melibatkan penceraian berlaku sejak kebelakangan ini.
“Sebagai seorang yang single, kadang-kala saya jadi tempat untuk mengadu nasib tentang keluarga atau pasangan. Malah, mereka juga ada bertanya, selepas mendengar masalah mereka, saya masih ada niat nak kahwin ke?
“Namun, saya selalu positif. Pada saya, setiap orang itu punyai pengalaman yang tersendiri. Saya tetap mahu berkahwin. Saya pun mahu merasai pengalaman kahwin saya sendiri.
“Sudah tentu saya mahukan perkahwinan yang bahagia hingga ke akhir hayat. Namun, ketika ini belum rezeki saya lagi. Saya bertuah kerana semua orang mendoakan saya bertemu dengan jodoh yang baik,” akhirinya.
Sekadar info, artikel ini adalah artikel olahan semula dari Media Hiburan
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...