DIKECAM Kerana BERTUDUNG Singkat, WANY HASRITA Akui Kesilapan & BERJANJI Akan Kekal ISTIQOMAH

Share

Penyanyi yang dikenali menerusi lagu Menahan Rindu ini sememangnya tampak manis dan ayu dengan imej muslimah yang dibawakannya. Jarang sekali kita lihat Wany Hasrita tampil dengan gaya yang keterlaluan dan menjolok mata. Meskipun sudah beberapa tahun berada di dalam industri hiburan tanah air,  Wany tetap istiqomah dan tidak lari daripada imej yang dibawanya sejak hari pertama bergelar seorang penyanyi.

Cuma, baru-baru ini heboh di laman sosial memperkatakan tentang tudung Wany Hasrita yang dikatakan semakin pendek dan tidak menutupi bahagian dada di dalam satu gambar yang telah dipost di Instagram miliknya. Difahamkan pada ketika itu, Wany Hasrita sedang menjalani satu sesi fotografi untuk sebuah iklan.

Rata-rata netizen menegur pemakaian Wany itu dan ada yang menganggap bahawa Wany sudah lupa diri kerana semakin popular. Tidak mahu membuat sebarang spekulasi, Hijabista telah menemu bual Wany ketika bertemu di majlis pelancaran produk Jellyta by Wany Hasrita yang diadakan di JW Marriot Kuala Lumpur.

Wany sendiri mengakui kekhilafan yang dilakukan olehnya dan memohon maaf kepada netizen di luar sana. Malah, Wany sangat bersyukur kerana orang di luar sana dan para peminat begitu mengambil berat tentang pemakaiannya. Tambah Wany lagi, insyaAllah selepas ini dia tidak akan mudah menurut arahan yang bertentangan dengan dirinya. Jika orang suruh singkat-singkatkan, dia akan labuh-labuhkan.

Cuma, Wany memohon doa para peminat agar dirinya terus kekal istiqomah. Apa pun, Hijabista doakan agar segala urusan Wany dipermudahkan. Terbaru, Wany baru sahaja melancarkan produk kecantikan dan kesihatan iaitu Jellyta. Jellyta mengandungi bahan yang berkhasiat dan lazat seperti kurma, buah delima, saffron, madu dan L-Cysteine.

Sesuai untuk lelaki dan wanita, Jellyta sesuai untuk anda yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan berkedut. Jellyta juga sesuai diambil oleh individu yang bekerjaya dan sentiasa sibuk kerana ia berbentuk sachet yang mudah dibawa ke mana-mana sahaja.

Foto: Instagram Wany Hasrita

Published by
Naqiyatul Uzma