Selain rawatan rutin mencuci wajah selepas menggunakan solekan, masker juga penting untuk memastikan wajah kekal berseri dan bercahaya. Ramai pengguna sosial kini yang berkongsi cara membuat masker menggunakan bahan alami. Bukan sahaja jimat, ia juga selamat untuk kulit. Salah seorang adalah Esyima Zamri yang berkongsi cara membuat masker anti-penuaan menggunakan tiga bahan mudah ini. Jika diamalkan secara konsisten kulit bukan sahaja bersih tetapi juga menjadi licin.
Bukan itu sahaja, kegunaan lain masker ini mampu membuatkan kita tampil awet muda. Tambahan pula masker ini sesuai dipakai oleh mereka yang mempunyai garis halus pada wajah. Kalau tak percaya jom cuba buat perkongsiannya.
Hari ini Syima nak share masker anti-penuaan yang paling Syima suka guna. Mudah sahaja. Hanya perlukan 3 bahan. Serbuk koko,Yogurt dan madu.
Yogurt jika disapukan pada diwajah, ia akan membersihkan dan menyebabkan kulit menjadi licin.
Madu pula bertindak sebagai anti-septik semulajadi . Madu bukan sahaja menembusi kulit untuk menghidrat, tetapi juga melawan bakteria yang menyebabkan jerawat dan penyakit kulit yang lain.
Serbuk koko pula sangat berkesan untuk memudarkan radang dan kesan hitam disebabkan oleh sinaran matahari . Juga baik untuk memudarkan garisan halus pada wajah.
Ketiga ramuan ini, apabila digabungkan, akan menghasilkan masker anti-penuaan, anti-jerawat, anti-minyak yang sempurna!
Yang ada masalah garis halus diwajah wajib try tau. Best kalau umur tahun 32, tapi orang ingat 22 tahun kan?