Pemergian pengasas produk kecantikan iaitu Faziani Rohban memang mengejutkan dan ditangisi semua. Walaupun bukan semua di antara kita yang mengenalinya secara rapat, namun keperibadiannya yang baik membuatkan dirinya disenangi semua.
Bagai mengubati kerinduan semua, gambar yang dimuat naik oleh anaknya iaitu Irdina Hakim Jasman, 16, atau lebih mesra dipanggil Gegirl melalui akaun instagramnya @dnarfaziani memang jelas mengingatkan semua kepada arwah ibunya kerana gayanya yang saling tak tumpah seperti Faziani.
Walaupun raya tahun ini tidak seberapa bermakna bagi gegirl, but here’s I’m still want to wish selamat hari raya aidilfitri maaf zahir & batin.
Actually this dress not mine, ni sepatutnya adalah baju raya pertama bonda untuk harini dia memang inginkan baju raya dia untuk tahun ni simple jer and baju gegirl yang lain… but gegirl pilih untuk pakai baju dia supaya dapat lepas rindu uols dekat arwah tengok Faziani Junior ni, ehk tapi sama sangat ker @faziani_rohban & dnarfaziani???
kredit: instagram @dnarfaziani @rizmanruzaini