Wow memang hebat! Hijabi ini sememangnya telah berjaya memecahkan persepsi negatif terhadap gadis berhijab apabila berjaya menyertai pertandingan meluncur ais peringkat antarabangsa. Siapa kata hijabi tidak mampu beraksi dan melakukan aktiviti-aktiviti lasak?
Berasal dari United Arab Emirates (UAE), Zahra Lari, gadis berusia 22 tahun ini merupakan hijabi pertama yang bertanding di peringkat antarabangsa dalam sukan luncur ais di temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan.
Tampil bertudung dengan skirt labuh dan berseluar longgar, aksi Zahra memang memukau dek kerana ketangkasannya dan tidak keterlaluan Hijabista katakan bahawa Zahra mampu mencabar para peserta yang lain.
Impian Sejak Usia 12 Tahun
Zahra Lari mula meminati dan memasang impian untuk menyertai aktiviti luncur ais selepas menonton filem Disney bertajuk ‘Ice Princess’ ketika berusia 12 tahun. Demi memastikan dirinya berjaya mencapai impiannya itu, dia sanggup melakukan apa sahaja dan komited dalam usaha memantapkan kemahirannya meskipun perlu bangun seawal jam 4.30 pagi untuk berlatih sebelum pergi ke sekolah.
Cabaran Yang Perlu Dihadapi
Berasal dari negara Islam yang konservatif, bapa Zahra sememangnya tidak bersetuju apabila dia ingin bertanding dan percaya bahawa ia bertentangan dengan budaya dan tradisi mereka. Keputusan bapanya itu sedikit sebanyak menghalang kebolehannya pada usia remaja.
Ibu Zahra sendiri mengakui mengambil masa yang agak lama untuk memujuk suaminya demi memberi izin kepada anaknya untuk menyertai sukan tersebut. Apatah lagi dengan kostum yang menjolok mata.
Walau bagaimanapun, keadaan berubah selepas bapanya sendiri melihat Zahra dapat beraksi dengan begitu baik sekali. Malah, keyakinannya semakin bertambah selepas melihat kostum yang digayakan tidak terlalu menjolok mata. Malah, ayah Zahra kini merupakan penyokong utamanya!
Matlamat
Zahra Lari mengakui bahawa sentiasa komited erana dia percaya bahawa luncur ais merupakan kombinasi seni dan sukan. Semangat dan minat yang tinggi dalam sukan luncur ais membuatkan dia sentiasa fokus untuk mencapai matlamatnya dan dalam masa yang sama turut mengabaikan segala negativiti dan halangan yang mendatang. Antara matlamatnya termasuklah mewakili UAE pada Sukan Olimpik Musim Sejuk.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI