Diet timun merupakan antara langkah mudah bagi anda yang mahu amalkan cara diet yang sihat. Anda boleh melihat sendiri hasilnya dalam masa seminggu ataupun 10 hari. Bahan utama dalam diet ini tentunya timun dan dalam masa yang sama, anda juga perlu bergerak aktif secara fizikal.
Anda boleh mengambil timun seberapa banyak yang anda mahukan tetapi lebih baik anda makan ketika sedang lapar. Timun baik untuk tubuh badan kerana ia merangsang metabolisme, membantu pencernaan dan membersihkan usus.
Selain itu, timun juga membantu tubuh untuk menyingkirkan air yang berlebihan. Ia memang sesuai untuk detoksifikasi penuh, menghilangkan jerawat dan membersihkan kulit muka anda.
Jadi, tidak hairanlah jika kebanyakan masker mengandungi timun di dalamnya.
PLAN PEMAKANAN
Mulakan diet timun anda dengan rancangan pemakanan ini:
SARAPAN
Beli yogurt rendah lemak tanpa gula dan tambah 200 gram timun yang dihiris. Campurkan kedua-dua bahan ini. Sekiranya masih terasa lapar, anda boleh memotong dua biji buah pic atau sebiji epal dan makan buah tersebut.
TENGAH HARI
Untuk makan tengah hari, anda perlu makan sebiji besar salad timun dan beberapa keping roti kering. Dari semasa ke semasa, anda boleh juga mencuba resipi ini untuk menambah rasa dalam makanan anda:
- 2 biji kentang
- 300 gram buah-buahan segar
- Minuman: teh, kopi tanpa gula
- Timun
Caranya adalah dengan merebus atau membakar kentang, mengikut selera anda. Makan bersama beberapa keping roti gandum dan timun yang dihiris. Kemudian sebagai snek, anda boleh memotong beberapa biji buah segar dan membuat salad buah. Untuk minuman, anda boleh minum kopi atau teh tanpa gula.
Resipi lain yang boleh anda cuba ialah:
- 3 keping roti gandum / 2 biji kentang
- 150 gram tuna / 2 biji telur atau 15 gram daging putih
- Timun
Sama ada anda memilih kentang atau roti, terpulang kepada selera anda. Anda boleh juga memakannya dengan beberapa tuna dan timun yang dihiris. Jika anda tidak suka dengan rasa tuna, panggang daging putih tanpa minyak dan makan dengan telur rebus.
Cucumber Shake
Minum shake timun. Tiada jumlah yang terhad. Ini bahan-bahan yang anda perlukan untuk membuat cucumber shake:
- Beberapa helai sayur bayam
- 20 gram badam dan walnut
- 1 biji epal
- Halia
- 1 biji timun
Campurkan epal, timun, dan bayam di dalam mesin pengisar dan kisarkan. Tidak perlu kupas kulitnya. Kemudian, tambahkan sedikit halia dan kacau sehingga sebati.
Hiaskan gelas anda dengan beberapa buah walnut dan badam dan segera minum shake tersebut. Sekiranya anda membiarkan minuman terlalu lama, ia mungkin kehilangan sifat penyembuhannya.
Cucumber shake ini kaya dengan mineral dan vitamin seperti Vitamin A, magnesium, serat, Vitamin K, Vitamin C, kalsium, Vitamin B, besi, Vitamin E, dan sebagainya.
DINNER
Untuk makan malam anda tidak perlu makan banyak makanan yang berbeza, anda hanya perlukan 300 gram buah-buahan yang anda suka dan buat salad buah.
Untuk Keputusan Terbaik
Sekiranya anda mahukan hasil terbaik hanya dalam masa 7 hari, anda perlu melakukan diet yang lebih ketat. Untuk sarapan pagi, makan sahaja yogurt dengan 200 gram timun dan buah. Untuk makan tengah hari, makan hanya satu pinggan besar salad timun dengan sekeping roti kering. Untuk makan malam pula, anda mesti makan salad buah sahaja.
SUMBER: HM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI