Apabila melihat berat badan semakin bertambah, pastinya kaum wanita akan berusaha mencari jalan untuk menurunkannya dan cuba kembali pada bentuk asal. Pelbagai cara digunakan sama ada moden atau tradisional. Malah ada juga yang sanggup mengambil pil pelangsing badan yang tidak diketahui keberkesananya. Sebenarnya cara paling mudah adalah dengan hanya mengamalkan makan telur rebus sebagai menu diet. Jika diamalkan dalam pemakanan harian, insya-Allah berat badan anda akan kekal langsing  seperti yang diimpikan.

Disediakan jadual seminggu untuk menu diet telur rebus ini. Pastikan anda mengikutinya untuk mendapat hasil yang berkesan.

Diet Telur Rebus, Cara Paling Mudah Untuk Kurus & Ini Menu Dicadangkan Untuk 7 Hari Seminggu

Apa yang penting sekali dalam mengamalkan diet adalah kena berdisplin dan komited dengan apa yang dirancang.

Isnin

Sarapan-Buah-buahan & 2 biji telur rebus

Makan Tengah hari: 1 biji epal hijau & roti gandum penuh

Makan Malam: Salad & ayam masak stim

Selasa

Sarapan-Buah-buahan & 2 biji telur rebus

Makan Tengah hari: salad & ayam panggang

Malam: 2 biji telur rebus, salad dan oren/ limau

Ads

Rabu

Sarapan-Buah-buahan & 2 biji telur rebus

Makan Tengah hari: keju rendah lemak, tomato & roti/ sandwic

Malam: Salad & ayam masak stim/ sup

Diet Telur Rebus, Cara Paling Mudah Untuk Kurus & Ini Menu Dicadangkan Untuk 7 Hari Seminggu

Khamis

Sarapan-Buah-buahan & 2 biji telur rebus

Makan Tengah hari: Buah-buahan

Ads

Malam: Salad & ayam masak stim/ sup ayam

Jumaat

Sarapan: Buah & 2 biji telur rebus

Makan Tengah hari: sup sayur dan 2 biji telur rebus

Malam: Ikan bakar & salad/ ulam

Sabtu

Sarapan-Buah & 2 biji telur

Makan Tengah hari: Buah-buahan

Ads

Malam: Salad & ayam masak stim/ sup ayam

Ahad

Sarapan-Buah & 2 biji telur

Makan Tengah hari-ayam bakar/ ayam masak stim bersama salad/ sayur

Malam: Sup sayur

Diet Telur Rebus, Cara Paling Mudah Untuk Kurus & Ini Menu Dicadangkan Untuk 7 Hari Seminggu

Khasiat Telur Rebus

1-Sumber protein dan serat yang sihat, ia membuatkan perut kenyang lebih lama.

2-Membantu meningkatkan metabolisme tubuh

3-Dikatakan dapat membantu membakar lemak

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI