Kajian pengguna global menunjukkan bahawa makanan snek menjadi rebutan ketika pandemik ini. Kajian State of Snacking 2020* yang dikeluarkan setiap tahun melaporkan pengambilan snek telah berkembang di seluruh dunia sepanjang tahun dengan catatan 88% responden dewasa mengatakan bahawa mereka mengambil snek lebih daripada ataupun dalam jumlah yang sama sebelum pandemik
Manakala kacang adalah antara pilihan snek sihat untuk mereka yang sedang diet. Sebenarnya kacang juga mampu menurunkan berat badan. Namun tidak semua jenis kacang sesuai dijadikan snek untuk diet anda. Terdapat beberapa jenis kacang yang telah dicampur dengan gula, tepung atau garam. Berikut 10 jenis kacang yang sesuai untuk dimakan ketika diet dan biskut antara snek sihat kegemaran semasa pandemik. Lihat sendiri apa kebaikan snek-snek sihat ini.
CERI KERING
Ceri kering mengandungi potassium dan vitamin A. Ceri yang dikeringkan mengandungi banyak melatonin yang membantu anda untuk cepat tidur.
KISMIS
Buah anggur yang telah dikeringkan merupakan sumber zat besi yang paling baik untuk tubuh. Kandungan seratnya sama ada yang larut ataupun tidak larut dapat membantu sistem penghadaman serta mengurangkan kolesterol dalam badan.
KURMA
Kurma mengandungi karbohidrat. Tiga biji kurma memberikan anda potassium yang tinggi. Tiga biji kurma hanya mengandungi 96 kalori.
KACANG GAJUS
Kacang gajus kaya dengan kandungan protein, karbohidrat, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin K dan phystosterol. Ia bermanfaat sebagai bahan antiseptik yang melindungi tubuh daripada serangan virus dan kuman.
KACANG HAZEL
Pengambilan kacang hazel dalam diet anda amat baik bagi membantu kelancaran sistem pencernaan. Antara nutrisi yang dibekalkan oleh kacang hazel adalah seperti thiamin, magnesium, beta-sitosterol dan phytosterol.
WALNUT
Walnut mengandungi magnesium, fosforus, beta karotena, linoleic acid dan phytosterosis. Kacang walnut dikatakan dapat membantu mengurangkan gejala darah beku selain berperanan dalam mengurangkan rasa gatal atau radang pada kulit.
PRUN
Buah prun amat kaya dengan serat, potassium dan antioksida. Lima biji buah prum adalah bersamaan dengan 100 kalori.
KACANG PISTACHIO
Kacang pistachio membekalkan karbohidrat, zat besi, magnesium, potassium, thiamin, vitamin B6, vitamin A dan beta karotena kepada tubuh. Khasiat yang terkandung di dalamnya turut memberikan manfaat pada tubuh di mana ia dapat membantu tubuh mengawal hipertensi dan memperkuatkan daya kekuatan mental untuk mengawal tekanan.
KACANG BRAZIL
Kacang Brazil kaya dengan khasiat magnesium, fosforus, zat besi, zink, selenium, thiamin, dan Vitamin E. Kacang Brazil juga merupakan di antara sumber terbaik bagi penghidap anemia.
KACANG BADAM
Kacang badam adalah di antara kekacang yang bertindak sebagai bahan antioksidan. Ia juga kaya dengan kandungan magnesium, fosforus, riboflavin, Vitamin E, phytosterol dan beta-sitosterol.
Makan Snek Sihat Untuk Tingkatkan Imuniti
Lebih daripada 50% responden menyatakan bahawa mengambil snek merupakan “talian hayat” untuk mereka, terutamanya dalam kalangan 69% responden yang bekerja di rumah.
Kajian trend pengguna global juga mendapati bahawa snek berperanan membolehkan pengguna di seluruh dunia untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dengan 64% daripada responden mengatakan snek memberikan khasiat kepada badan manakala 56% responden menyatakan snek yang meningkatkan imuniti diberi pertimbangan yang paling utama.
Trend pengambilan snek global ini menepati sentimen para pengguna di Malaysia yang turut berminat untuk mengekalkan pemakanan yang sihat dan secara aktif cuba untuk memperbaiki tabiat pengambilan makanan mereka sebelum pandemik, menurut laporan Food Industry Asia (FIA) 2019**. Dalam suasana pandemik seperti sekarang, pakar industri juga melihat trend peningkatan dalam memilih snek yang lebih sihat dan lazat dengan harga yang berpatutan di Malaysia.
Munchy’s baru-baru ini telah melancarkan biskut kraker (cream cracker) baharu yang diperkaya dengan 10 nutrien termasuk vitamin B dan C dan mineral Selenium dan Zink, yang boleh membantu menyokong sistem imun badan dari segi pertahanan halangan fizikal. Ramai warga Malaysia kini duduk di rumah untuk keselamatan, Munchy’s Crackers Plus BAHARU adalah produk berinovasi membantu pengguna menikmati snek yang sihat serta memenuhi permintaan untuk makanan yang lebih sihat, termasuk snek.
Biskut Munchy’s Crackers Plus baharu ini diperkaya dengan 10 nutrien seperti vitamin, asid folik, kalsium, zat besi, selenium, Zink dan lebih lagi. Biskut ini juga bebas kolesterol dan lemak trans, menjadikannya snek yang sesuai untuk dinikmati tanpa sebarang rasa serba salah! Jika anda mencari rasa dan tekstur yang sesuai, biskut ini dapat memenuhinya dengan keenakan yang rangup dan lazat berkrim dalam setiap hidangan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI