Dicaci Gemuk Lepas Kahwin, Anis Al Idrus Usaha Turunkan Berat Badan Dengan Workout

Share

Pelakon Anis Al Idrus ini memang cantik orangnya. Namun, ada sahaja yang mengecamnya penampilannya beberapa bulan lalu apabila berat badannya naik. 

Eh, tak baiklah begitu sis! Cantik itukan subjektif. Bukankah kita perempuan kena memberikan sokongan di antara satu sama lain?

Menerusi laman instagramnya, Anis meluahkan rasanya mengenai kecaman sesetengah orang terhadap fizikalnya dahulu.

Few months back. Ai pon nyampah tengok dengan double chin bapak labuh, lengan awie, muka besar pinggan. Time ni orang hepi la dok pakat kutuk ai, ANIS GEMS LAH SEKARANG, LEPAS KAWEN MEMANG CANI EH, TEROKNYA LEPAS KAWEN, MAK AIII GEMOK CANI PON NAK SHOOTING, MALAP XDE JOB AH PASNI KALAU GEMOK CANI, MUKA MENGHABISKAN MAKEUP LAH BESAR CANI, dan segala caci maki yang lain…⠀


•⠀
Well, ehhemmmmm

Menjawab pertanyaan pengikutnya bagaimana dia menurutkan berat badannya, dia mengamalkan eat clean, senaman dan juga banyakkan minum air kosong.

 

Haihh cantik je kita lihat Anis ni. Tak baiklah jika kita busuk hati dan mengata orang lainkan. Abaikan saja kata-kata orang itu Anis. Yang penting Anis tetap cantik, bahagia dan sihat gitu!

kredit: instagram @anisalidrus

Published by
Qistina