Kisah pasangan romantis, Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar memang sentiasa mendapat perhatian ramai sejak sebelum nikah lagi.
Ramai yang gemar mengikuti perkembangan mereka sehinggakan Mira dan Emir membuka akaun saluran YouTube sendiri, #EmirAmirah, di atas permintaan ramai yang mempunyai lebih 120,000 pengikut sehingga kini.
Banyak aktiviti menarik yang dilakukan bersam yang dikongsi dalam video-video mereka seperti yang terbaharu iaitu apabila Emir diberi cabaran menyolek wajah isteri sendiri supaya kelihatan seperti Jennie Blackpink.
Menariknya, ramai yang tidak menyangkakan Emir dapat melaksanakan cabaran itu dengan baik sehingga Mira sendiri terkejut dan berpuas hati dengan hasil air tangan suaminya itu yang baru pertama kali menata rias wajah jelitanya itu.
Emir ternyata mendengar dengan baik arahan yang disampaikan oleh isterinya yang tercinta itu sehingga menghasilkan suatu solekan yang menarik.
Di ruang komen, ramai yang terhibur dan kagum dengan cara Emir menyelesaikan tugasan yang berikan. Peminat juga tidak sabar untuk menantikan kandungan video pasangan ini yang akan datang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Resepi Buat ‘Banana Pancake’ Original Macam Di Thailand. Makan Panas-Panas, Fuh!
Isi Kandungan
ToggleKalau pergi ke Thailand, tak sah kalau tidak menikmati lempeng pisang atau Banana Pancake yang terkenal di sana. Dijual di jalanan, rasanya sangatlah enak apatah lagi ketika dinikmati sewaktu masih panas.
Agak mustahil itu mendapatkannya pada waktu ini namun jangan risau kerana sebenarnya anda boleh membuat sendiri sahaja di rumah.
Rasanya mungkin agak berbeza seperti yang di Thailand tetapi sedikit sebanyak ia dapat mengubati kerinduan anda terhadap hidangan yang lazat ini. Ikuti resepi mudah yang telah dikongsikan oleh gadis yang bernama Aiman ini di twitter.
Anda hanya memerlukan beberapa bahan sahaja untuk menghasilkannya!
Ye, tahu excited nak makan. Tapi jangan lupa defrost dulu sis! Keras kejung pulak paratha tu nanti…
Haaa susun je pisang atas paratha tu!
Jangan risau jika tak cukup bahan. Anda boleh olah resipi yang ada. Jika tiada butter, anda boleh tukarkan kepada alternatif lain seperti majerin ataupun minyak.
Taburkan sedikit gula sebagai penambah rasa. Jangan lupa terbalikkannya!
Tiba-tiba dah siap! Sekejap je kan?
Makan pagi boleh petang boleh!
Mudah sangat resepi yang dikongsikan ini. Anda semua bolehlah mencuba membuatnya sebagai hidangan berbuka nanti. Selamat berpuasa semua!
kredit: twitter @aimartian
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Tak Salah Makan & Tengok Wayang Sendiri’-Fazura Kongsi Cara Untuk Yakin Dan Sayangi Diri
Kaum wanita mesti pernah mengalami perasaan rendah diri bukan? Rasa tak yakin pada diri itu pasti pernah menyelubungi diri lebih-lebih lagi bila apabila kita merasakan diri penuh dengan kekurangan berbanding orang lain.
Usah terlalu negatif sis! Pastinya bukan hanya kita malah ramai wanita di dunia ini mengalami masalah yang sama. Jangan terlalu memandang rendah pada dirimu. Banyak yang ada dalam diri kita yang boleh diserlahkan pada dunia. Cuba dengar dahulu tip dari pelakon terkenal, Fazura ini untuk membina keyakinan tinggi dalam diri!
Sayangi dirimu!
View this post on InstagramA post shared by Nur Fazura (@missfazura) on
Tip untuk menyayangi diri sendiri dan tindakan yang perlu dilakukan segera!??.
- Percaya dengan takdir Tuhan. Segala terjadi bersebab. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah berdoa, kerja keras, sentiasa bersabar dan menunggu keajaiban berlaku pada waktunya. Ia memerlukan kepercayaan yang tinggi jadi anda perlu selalu percaya pada naluri anda. Hati anda tahu apa yang perlu dilakukan.
2. Duduk, tarik nafas dan ambil masa untuk menulis segala yang hebat mengenai diri anda. Ingat betapa baiknya, pemurah, kuat dan bersemangatnya anda pada waktu yang sama. Cari keburukan dalam diri anda. Jika ada banyak kebencian terhadap orang lain, itu bermakna anda hanya ada banyak kebencian terhadap diri sendiri. Gantikannya segera dengan rasa kasih sayang.
3. Senyum dan sentiasa ingat akan nilai diri anda. Semestinya anda tidak rasa seperti seorang mangsa lagi kerana anda tidak pernah menjadinya. Ceriakan dirimu!
4. Jika kata hati anda berkata tidak pada suatu perkara, hormatinya dan ikut sahaja gerak hatimu. Teruskan sahaja dan katakan tidak padanya.
5. Makan sendiri, tonton wayang sendiri dan hiburkan hatimu. Lakukan sahaja kerana siapa yang pedulikannya? Anda yang sayangi diri anda sendiri! Anda juga layak untuk rasa gembira dengan menjadi diri sendiri.
6. Maafkan diri anda dan juga orang lain. Walaupun mereka tidak memintanya. Hanya selepas itu, anda akan rasa tenang dan gembira semula!
7. Jangan pernah bandingkan diri anda dengan orang lain. Anda adalah istimewa dengan cara yang tersendiri. Cari kehebatan dalam dirimu dan bawakannya dengan penuh gaya. Tiada siapa boleh mengambilnya daripada anda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menangi Pas Percuma Ke Tayangan Perdana Filem NOBODY Bersama Hijabista
Setelah sekian lama, wayang Hijabista kini kembali lagi. Membawakan filem bergenre aksi, filem Nobody mengisahkan tentang Hutch Mansell lakonan Bob Odenkirk yang merupakan seorang suami dan bapa yang sering dipandang rendah kehidupannya.
Ketika rumahnya dimasuki pencuri pada suatu malam, Hutch tidak mempertahankan keluarga dengan harapan dapat mengelakkan keganasan yang lebih besar terjadi. Perkara itu membuatkan anaknya, Blake serta isterinya, Becca kecewa dengan tindakan yang dilakukannya.
Namun, kejadian itu semakin lama semakin menjentik api kemarahan dalam dirinya dan telah mendorongnya ke arah kekejaman yang tidak dijangka. Dalam situasi yang mendesak, Hutch mesti menyelematkan keluarganya daripada musuh berbahaya dan menjaga maruah dirinya agar tidak dipandang hina lagi.
Diarahkan oleh Ilya Naishuller, filem ini turut dibintangi pelakon hebat seperti Connie Nielsen, RZA, Aleksey Serebryakov dan Christopher Lloyd.
Bakal ditayangkan di seluruh negara pada 13 Mei ini, anda boleh menjadi penonton terawal dengan memenangi tiket ke tayangan perdananya pada 4 Mei ini dengan hanya menjawab soalan mudah di bawah ini. Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI