Usahawan dan personaliti media sosial terkenal, Hafiz Mahamad berkongsi kisahnya dan keluarga yang terperangkap dalam banjir di Kuala Lipis, Pahang sewaktu sedang dalam perjalanan bertolak balik ke Kuala Lumpur dari Kelantan.
Jelasnya di laman Instagram, dia tidak menyangka dan begitu terharu apabila menerima pelbagai bantuan daripada orang sekeliling selepas dia membuat ‘instagram live’ bagi memberitahu perkembangannya dan keluarga buat mereka yang bertanya.
Cerita harini, sangkut banjir
Saya dari Kelantan ke KL, saya bergerak jam 10:30am tadi. Sampai Kuala Lipis, macam macam berita saya dengar. Orang kata raub jalan banjir & tutup
Saya teruskan perjalanan sebab raub depan tu je, nampak dah kiri kanan rumah semua tenggelam. Hati pun “alamak, risau dah”. Sampai area “Jeruas” saya nampak jalan depan dah stuck, saya nk pusing balik singgah masjid area situ nak jamak sekejap
Habis solat, saya nk patah balik ke Kuala Lipis. Nah, banjir jugak! Menghala ke Raub banjir, Nak patah balik pun banjir. Saya sangkut dekat tengah tengah area “Jeruas”
Check “susu & pampers” anak. Susu tinggal sikit & pampers tinggal 1. Menggelibas lah saya! Cari kedai area situ banyak tutup & tak ada air aduh..
“Saya risaukan anak, takut dia lapar”
Bila malam, saya dah start risau dah tapi memang tak boleh nak buat apa apa. Turn on live sbb ramai tanya update dari saya, tengah buat live tiba tiba ada akak datang “offer pampers” & ada abang datang “offer susu” Ya Allah!!! Cepatnya Allah bantu
Mereka baik sangat, sampai je KL nanti. Muka akak & abang ni saya takkan lupa. Saya nak jumpa mereka insyaAllah. Harini mereka tolong kita, esok esok kita tolong mereka!
Ads
Saya masih di Kuala Lipis lagi. Tidur dalam kereta sebab semua hotel & homestay full. Semoga esok semuanya okay.
Siapa yg dari pantai timur nak balik ke KL. Relax dulu, tunggu semua reda baru balik tau. Take care semua!
Terbaharu, Hafiz juga memuat naik bahawa masyarakat sekeliling juga telah membantu mendapatkan homestay buat dia dan keluarga. Masih tersekat dalam situasi banjir, kini Hafiz pula bertekad mahu membantu mereka yang memerlukan.
Semalam awak tolong susu & pampers anak saya
Semalam saya sangkut banjir, mereka tolong saya. Mereka carikan saya homestay, susu & pampers anak
Ads
Harini, saya tak boleh keluar lagi dari Kuala Lipis sebab banjir. Saya ada niat nak balas balik & nak bantu orang orang dekat sini tapi saya tak ada team. Saya dengan wife je.
Pagi tadi saya tengah breakfast, ada budak budak muda naik hilux lambai dekat saya sebab mereka kenal
Saya terus panggil diorang “tolong abang bantu orang harini” diorang terus kata “on bang”!
Ads
Saya pergi cari barang-barang makanan. Bila saya pergi dekat tempat banjir, Ya Allah kesian sangat
Ada yang anak anak terperangkap dalam rumah, ada yang pakcik hampir pengsan sebab ada dialysis & tak boleh nak bergerak ke hospital
Kesian tengok akak & abang abang dekat sini. Saya masuk sekolah & kawasan perumahan. Diorang lapar & happy sangat bila dapat bantuan
Ada yang kenal saya, syukur sangat mereka doakan saya.
Saya ada booking homestay juga untuk orang yang terkandas dekat sini. InsyaAllah semoga membantu.
Awak bantu saya semalam, saya hargai sangat. Harini, saya bantu awak pulak. Sama sama kita membantu, “sebab kita semua bersahabat”
Saya suka tengok reaksi muka mereka happy. Itu yg saya nak sebenarnya, “Kejayaan Demi Kebahagiaan”
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pelakon popular Farah Nadia Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Nad Zainal berkata, dirinya tidak risau jika rezekinya sempit setelah memutuskan untuk berhijab dan menutup aurat.
Jelas Nad lagi, dia mahu mencontohi Norkhiriah Ahmad Shapie sebagai ‘role model’ terdekat. Malah dirinya yakin bahawa dengan penghijrahan ini, dia mampu berjaya dalam karier lakonan dengan melakonkan pelbagai watak termasuk watak antagonis.
Nad Zainal, 32, menjadikan pelakon, Norkhiriah Ahmad Shapie sebagai contoh terbaik untuk selebriti bertudung yang terus berjaya dalam karier lakonan dengan pelbagai watak termasuk antagonis atau jahat.
“Saya sebenarnya memang dah lama berhasrat untuk bertudung, cuma tidak tahu bila. Saya perlukan masa, jadi saya harap tolong berikan ruang kepada saya kerana masih ada kerja yang perlu saya habiskan tanpa imej begini (bertudung).
Mengulas berkenaan mengapa dia memilih Noorkhiriah sebagai contoh, Nad menyatakan bahawa dia amat mengagumi keperibadian dan perwatakkan yang ditunjukkan oleh aktres itu. Tegasnya lagi keperibadian Norkhiriah wajar dicontohi oleh selebriti wanita bertudung lain.
Sehubungan itu, bertepatan dengan keputusan ini, Nad memohon agar para peminat merestui penghijrahannya dan mendoakan agar dirinya kekal istiqomah dengan penampilan berhijab. Tambahan pula, dia masih berada pada fasa belajar.
“Saya tidak mahu cakap banyak atau bercerita mengenai penampilan terbaharu ini. Saya masih lagi belajar. Mohon doakan saja yang terbaik untuk saya,” katanya di majlis pratonton Mega Drama, Cina Buta lakonannya.
Untuk rekod, dalam Drama Cina Buta terbitan Radius One Sdn Bhd yang diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin, Nad diberi kepercayaan memegang watak utama bergandingan bersama Ungku Ismail, Aliff Aziz, Puteri Aishah dan ramai lagi.
Rumah menjadi tempat utama melepaskan lelah setelah seharian berada di pejabat. Namun begitu, apa rasa jika kita balik kerja penat-penat rumah pula berselerak? Lagi-lagi kepada mereka yang dah berumahtangga dan ditambah lagi dengan kehadiran anak-anak kecil. Rumah jarang sangat berkemas, kan?
Hijabis yang workaholic balik lewat petang, mana lah nak ada mood nak mengemas rumah. Jawapannya hujung minggu waktu paling sesuai mengemas rumah. Belum lagi masa yang dipenuhi dengan aktiviti sosial di luar.
Tapi, siapa sanggup nak menghabiskan masa satu hari mengemas rumah sedangkan masa begitu boleh digunakan berekreasi bersama keluarga dan teman?
Jangan bazirkan masa dan penatkan badan. Hijabi kena bijak menguruskan masa dan paling penting kena bijak memilih peralatan rumah untuk meringankan beban. Jadi, bagaimana hendak elakkan perkara ini berlaku?
Tip Kemas Rumah Dengan Cepat Dan Menjimatkan Masa
1. Fokus Pada Ruang Paling Sukar
Tidak perlu bersihkan seluruh rumah, pastikan anda fokus pada tempat yang paling sukar. Maksudnya ialah tempat yang paling berselerak, atau tempat yang paling kita sukar hendak kemas. Caranya, pastikan kita buat kerja yang besar, yang jelas dengan mata kasar dahulu dan benda-benda kecil dan teliti, lakukan kemudian.
Contoh, bilik utama, kerana bilik ini selalu kita kunjungi dan menjadi ruang rehat hijabi. Manakala yang sudah berumahtangga, dahulukan ruang bermain anak-anak. Susun atur semua perkakas dan peralatan mainan. Percayalah, jika benda yang besar ni dah buat, maka benda-benda kecil ibarat ‘petik jari’ sahaja.
2. Pastkan Basuh Baju Setiap Hari
Jangan simpan baju hingga hujung minggu sebab kita sendiri tahu akibatnya kan? Hijabi yang bekerja kebiasaanya mesti tunggu hujung minggu nak buat semua.
Bosan dengan rutin ni, asal Sabtu sahaja mesti membasuh, menyidai dan melipat. Apa kata selepas ini cuba jadikan amalan; setiap petang atau malam, basuh baju. Kalau ahli keluarga ramai, banyak lah kan walaupun hanya sehari.
Jika baju terpakai tak banyak, buat 2 hari sekali. Kita sendiri akan nampak, rumah kita bersih & kemas dari timbunan baju terpakai dalam baldi atau belum dilipat. Untuk meringankan beban latih anak-anak dan suami buat aktiviti ini. Minta mereka lipat baju masing-masing dan simpan di tempat sendiri. Mudah kan?
3. Buka Tingkap, Biarkan Udara Dan Cahaya Masuk
Jika cuaca mengizinkan, buka tingkap dan biar udara dah cahaya matahari keluar masuk. Kadang-kadang udara yang tak segar ni boleh buat rumah kita nampak kotor. Jika ada tetamu nak datang dalam masa terdekat, boleh gunakan penyegar udara atau nyalakan lilin wangi di seluruh rumah kita.
4. Pilih ‘Pencuci’ Yang Mainkan Peranan Penting
Guna kelebihan produk pencuci yang ada dalam pasaran. Spray shower mandi, permukaan sinki, lantai, dinding dan biar dulu beberapa minit untuk bahan pencuci itu bertindak balas dengan kesan kotoran.
Buat kerja lain terlebih dahulu, kemudian selesaikan semula. Hasil tindak balas tersebut mungkin kita hanya perlu mengelap atau menyiramnya sahaja. Tak perlu susah payah menyental atau memberus.
Produk itu sendiri dah memainkan peranan memudahkan kerja dan menjimatkan masa kita. Selamat pada tangan, sangat berkesan pada kotoran dan semulajadi.
5. Cuci Kotoran dengan Segera
Jika ada kesan tumpah, cuci dengan segera. Kita hanya akan melibatkan sedikit masa menyental kotoran tersebut dibandingkan dengan kesan tumpah yang dah dibiarkan lama.
Begitu juga dengan kotoran pada pinggan mangkuk. Jangan biar ‘bermalam’ dalam sinki dapur. Selepas makan, buang sisa makanan dan basuh terus. Bayangkan jika kita biar tidak berbasuh semalaman.
Esok paginya, jadi kerja pulak nak rendam dulu supaya senang cuci. Haruman kurang enak akan merebak ke seluruh dapur. Bertambah pula kerja lain kan.
Dalam Islam pun ada menegaskan, jangan biarkan pinggan mangkuk yang dah digunakan tidak berbasuh. Sisa makanan yang dibiarkan di dalam bekas tidak berbasuh menjadi habuan syaitan, kerana syaitan suka makanan kotor dan busuk. Islam amat menggalakkan kebersihan dan benci pada sifat pengotor dan perkara-perkara yang boleh mendatangkan penyakit.
6. Pilih Gajet Sebagai Pembantu Rumah
Pilihan gajet rumah adalah tindakan paling bijak hijabi untuk menjimatkan masa dan mengurangkan bebanan kerja.
Pembersih Vakum Robotik Neatsvor, sebuah pembersih vakum pelbagai guna, sebuah inovasi yang diketuai oleh Neatsvor dan A&S, A&S oleh Pembersih Vakum Robotik Neatsvor boleh melakukan kerja-kerja seperti memvakum, menyapu dan membersihkan lantai. Dilengkapi dengan teknologi kecekapan pembuatan, pembersih vakum ini boleh melakukan lebih daripada satu kerja pada satu masa.
Kerjasama pertama A&S dengan Neatsvor ini juga memperlihatkan A&S memperluaskan kepelbagaian produk yang ditawarkan di pasaran. Dengan membawa nama A&S oleh Pembersih Vakum Robotik Neatsvor, A&S akan menangkap pasaran yang lebih luas, terutamanya di bandar dimana pengguna sering mencari alternatif dalam membantu mereka dalam melakukan kerja rumah.
A&S oleh Neatsvor Pembersih Vakum Robot V390 mempunyai berat sekitar 2.5kg, dilengkapi dengan ciri-ciri seperti penyapu atau penyeret pintar, persamaan mop, pengecasan automatik, perancangan pintar dan kawalan WiFi. Ia boleh menyesuaikan kuasa sedutannya secara automatik, mengikut mod pembersihan yang berbeza.
Sementara itu, A&S oleh Neatsvor Pembersih Vakum Robot X500 memiliki empat mod pembersihan yang direka untuk memenuhi keperluan yang berbeza. Ianya boleh dikawal dengan menggunakan aplikasi ataupun alat kawalan jauh. Ciri-cirinya termasuklah menyapu atau penyeret pintar, persamaan mop, kuasa sedutan yang kuat, perancangan pintar dan kawalan WiFi. Kedua-dua pembersih vakum mempunyai kapasiti 600ml kotak debu.
A&S juga akan melancarkan A&S Pembersih Vakum Tangan Tanpa Kord S100 dan A&S Pembersih Tanpa Kord Cleany A100. A&S Pembersih Tanpa Kord Cleany A100, yang beratnya lebih kurang 1.41 kg, mempunyai ciri-ciri seperti kuasa sedutan yang kuat (sekitar 8,000 Pa), pembersihan satu kunci, fungsi sentuhan, penapis HEPA, dan tanpa kord.
Manakala, A&S Pembersih Tanpa Kord Cleany S100 boleh diposisikan dengan baik dalam keadaan lurus bagi menyeimbangkan berat yang optimum dan mudah dialihkan. Seberat 1.42 kg, ia dilengkapi penapisan mesin HEPA keseluruhan dan sedutan yang kuat, lebih kurang 20,000 Pa. untuk membersihkan di mana sahaja. Ia juga mudah dipegang dan dibawa.
Mudahkan! Sekiranya hijabi bijak dalam merancang masa dan peralatan membersihkan rumah, semuanya akan berjalan dengan lancer tanpa bebanan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Benarlah kekuatan jalinan cinta dan ikatan dua hati antara dua manusia yang saling mengasihi mampu membuat kita menjadi apa sahaja yang tak pernah kita bayangkan sebelum ini!
Baru-baru ini tular perkongsian jemaah Malaysia yang sedang berada di tanah suci Mekah, yang tersentuh melihat pasangan suami isteri yang mencuri perhatian, apabila sang suami sanggup mengenepikan rasa malu demi keselesaan isterinya melakukan ibadah.
Sang suami sanggup ‘menadah’ bahagian belakang badannya sebagai kerusi agar isterinya dapat melakukan solat sunat tawaf dihadapan Kaabah.
Mungkin Isteri Alami Masalah Lutut, Sukar Solat Secara Berdiri
Perkara berkenaan dikongsikan oleh pengguna Facebook Fetrah Bt Abu Samah menerusi satu muatnaik foto, sejurus menyaksikan babak menyentuh hati berkenaan. Menurutnya, ia merupakan satu pemandangan yang menggambarkan ‘cinta dan kasih sayang’ yang indah.
“Pengorbanan seorang suami. Gambar ini saya ambil di depan Maqam Ibrahim, tempat jemaah melakukan solat sunat tawaf setelah selesai melaksanakan tawaf. Sangat-sangat menyentuh hati.
“Pada hemat saya isteri mungkin sakit kaki atau lutut dan tidak dapat sujud namun tiada kerusi disediakan di dataran kaabah. Atas kegigihan sang isteri melaksanakan tawaf 7 pusingan tanpa bantuan kerusi roda, akhirnya sang suami menghadiahkan belakangnya sebagai kerusi untuk isteri bersolat.
“Sungguh indah dan mengharukan pemandangan. Moga pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah. Juga amalan ikhlas semua jemaah (termasuk saya) diterima Allah saw,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Perkongsian berkenaan telah menerima sebanyak 10 ribu tanda suka dengan 1.3k dikongsikan di laman Facebook dengan 921 komen telah ditinggalkan oleh wargamaya setelah menyaksikan hantaran berkenaan.
Meninjau komen-komen yang ditinggalkan, Hijabista mendapati rata-rata wargamaya menzahirkan rasa kagum terhadap ketulusan ikatan cinta dan kasih sayang yang ditonjolkan oleh pasangan suami isteri ini.
Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan netizen yang berjaya menarik perhatian Hijabista.
Amina Adan merupakan model berhijab pertama yang menandatangani kontrak dengan agensi peragaan Denmark.Mempunyai gaya yang sungguh anggun dalam penggayaan hijabnya. Penampilannya juga sangat memukau...