Dibawa Ambulans Sangkanya Pergi Berjalan-jalan, Ibu Sebak Anak Usia 3 Tahun Ada Simptom Covid-19

Share

Ramai netizen menonton video ini tersentuh hati, dari riak wajah si kecil sangkanya nak dibawa berjalan-jalan. Menerusi Twitter Intan Nurdiyana, walaupun keputusan ujian saringan Covid-19 dia sekeluarga masih belum diketahui, anaknya itu mempunyai simptom demam panas sehingga memaksa pihak kesihatan merujuk kes ini ke hospital.

Video anaknya menaiki ambulan itu mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen mendoakan kesihatan anaknya itu. Luluh hati seorang ibu apabila anak seawal usia 3 tahun yang mempunyai simptom wabak Covid-19 perlu di bawa ke hospital menaiki ambulan seperti pesakit lain.

Suhu badan anaknya dikatakan meningkat naik selepas menjalani ujian swab Covid-19. Hal ini memaksa doktor untuk merujuk anaknya ke hospital. Menerusi video di laman twitternya Intan, kanak-kanak ini kelihatan sihat dan ceria kerana tidak mengetahui bahawa dia bakal dibawa ke hospital.

Aisy dapat keluar hospital

Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan apabila salah seorang ahli keluarga dibaw oleh ambulans kuarantin disebabkan penyakit tular ini. Sentiasalah berda di rumah sebab kita tidak tahu kemungkinan yang kita hadapi.

Kawasan tempat tinggalnya dikatakan berada dalam zon merah dan diperintahkan ‘lockdown’. Oleh sebab itu, kanak-kanak yang mempunyai simptom demam panas akan terus dirujuk ke hospital. Tambahnya lagi, penjaga kepada kanak-kanak boleh menemani pesakit tetapi mengikut had umur.

Walau bagaimanapun, perkembangan terbaru mengenai anaknya mendapati bahawa anaknya dibenarkan keluar dari hospital. Keputusan ujian saringan mereka sekeluarga masih belum diketahui namun dia berdoa agar keputusan ujian tersebut negatif memandangkan anaknya dibenarkan keluar.

Kata-kata semangat

Rata-rata netizen mendoakan segalanya dipermudahkan. Hati mana yang tidak terusik apabila kanak-kanak mahupun warga emas yang dibawa ambulans dan kita tidak dapat menemaninya. Semoga kita semua dalam lindungan Allah SWT dan di jauhi dari wabak covid-19. Amin Ya Allah Ya Mujib.

Sumber: Intan Nurdiyana

Published by
SH