Pelakon ‘K-Drama’ terkenal yang juga duta perlancongan Korea Selatan, Lee Jae Wook telah berkunjung ke Malaysia untuk bertemu para peminatnya di PJPAC, One Utama semalam.
Menariknya pada sesi temuramah dan sidang media, Jae Wook memaklumkan bahawa dia berharap agar mempunyai lebih masa untuk menerokai Malaysia, memandangkan ini merupakan kali pertama dia menjejakkan kaki ke negara ini.
Lebih menarik lagi pada sesi ‘meet and greet’ bersama peminat, Jae Wook sempat berkongsi di antara makanan tempatan yang dia mahu cuba ialah nasi lemak.
Bagaimanapun, para peminat berteriak bahawa makanan yang terbaik di Malaysia adalah ‘Mamak’ sebelum berseloroh mengajak pelakon itu turun padang ‘lepak mamak’ bersama-sama.
@1031angeline LEE JAE WOOK SOOOO CUTE AND SHY🫶🏻🥰 Jom lepak mamak🇲🇾 #annyeongkawanwithleejaewook #annyeongkawan #alchemyofsouls #fyp #leejaewook #jangwook ♬ original sound – Angeline🦋
Sebelumnya penyanyi K-Pop terkenal, Jackson Wang yang telah datang ke Malaysia baru-baru ini berhasrat ingin melepak dan menikmati makanan di mamak. Dan perkara itu menjadi sorotan peminat sehingga mencadangkan perkara sama kepada Jae Wook.
Jelas Jae Wook lagi, sebaik sahaja dia menerima pelawaan menjadi duta Korea dan berkunjung ke Malaysia tahun ini, dia merasa begitu teruja.
Dek kerana keterujaan mahu bertemu peminat itu, Jae Wook sanggup melakukan ‘research’ terlebih dahulu, sebelum mendapati Malaysia mempunyai beberapa persamaan dengan Korea Selatan.
“Saya rasa Malaysia dan Korea ada banyak persamaan terutama dari segi landskap dan keindahan yang ditawarkan di kedua-dua negara.
“Saya harap mempunyai masa untuk menerokainya kelak.
“Bahkan di Korea juga ada banyak tempat cantik yang saya tak tahu pun wujud.
“Saya mengetahuinya melalui penggambaran drama dan filem yang saya lakonkan seperti sebuah tempat bernama Mungyeong,” katanya kepada Hijabista sewaktu ditemui pada sidang media semalam.
Selain itu, Jae Wook turut mendedahkan tujuan beliau mengambil peluang sebagai duta hub pelancongan dunia itu adalah untuk lari seketika dari kesibukkan dan hiruk pikuk kota.
Artikel berkaitan: Sentiasa Ramping & Menawan! Ini Rahsia Diet Selebriti KPOP, Pasti Buat Anda Teruja.
Untuk rekod, pada 20 Disember 2022, Jae Wook terpilih sebagai duta pelancongan Korea Selatan, sekaligus mengalas tanggungjawab mempromosikan negaranya agar lebih ramai pelancong berkunjung ke sana.
Malaysia merupakan destinasi pertama yang dipilih bagi kempen ‘Annyeong Kawan’ sebaik sahaja Korea Selatan mengisytiharkan tahun 2022 dan 2023 sebagai tahun melawat Korea.
“Kami benar-benar berbesar hati mempunyai Lee Jae Wook sebagai Duta Kehormat Pertubuhan Pelancongan Korea. Dengan pelantikannya, kami berharap dapat meningkatkan lagi Korea sebagai destinasi pelancongan utama serta mewujudkan lebih banyak peluang untuk rakyat Malaysia berkunjung ke Korea bersama Lee Jae Wook,” kata Yang Kyung Soo, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Pelancongan Korea.
“Kami teruja untuk mempamerkan pengalaman unik dan menarik Korea melalui satu siri video di saluran media sosial menerusi sesi pertemuan bersama peminat(meet and greet session). Kami berharap menerima sambutan yang positif dari peminat di Malaysia terutamanya peminat K-drama dan K-Pop.” tambahnya.
Ketibaan pelakon, Alchemy of Souls itu disambut meriah dengan kehadiran 500 orang peminat membanjiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pada Isnin lalu.
Artikel berkaitan: 5 Hijabi Muslim Korea Cantik Berhijab & Bergaya Macam Artis Kpop. Rugi Kalau Tak ‘Follow’ Di Laman Sosial!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.