Pelakon ‘K-Drama’ terkenal yang juga duta perlancongan Korea Selatan, Lee Jae Wook telah berkunjung ke Malaysia untuk bertemu para peminatnya di PJPAC, One Utama semalam.
Menariknya pada sesi temuramah dan sidang media, Jae Wook memaklumkan bahawa dia berharap agar mempunyai lebih masa untuk menerokai Malaysia, memandangkan ini merupakan kali pertama dia menjejakkan kaki ke negara ini.
Peminat Ajak Lepak Mamak!
Lebih menarik lagi pada sesi ‘meet and greet’ bersama peminat, Jae Wook sempat berkongsi di antara makanan tempatan yang dia mahu cuba ialah nasi lemak.
Bagaimanapun, para peminat berteriak bahawa makanan yang terbaik di Malaysia adalah ‘Mamak’ sebelum berseloroh mengajak pelakon itu turun padang ‘lepak mamak’ bersama-sama.
@1031angeline LEE JAE WOOK SOOOO CUTE AND SHY🫶🏻🥰 Jom lepak mamak🇲🇾 #annyeongkawanwithleejaewook #annyeongkawan #alchemyofsouls #fyp #leejaewook #jangwook ♬ original sound – Angeline🦋
Sebelumnya penyanyi K-Pop terkenal, Jackson Wang yang telah datang ke Malaysia baru-baru ini berhasrat ingin melepak dan menikmati makanan di mamak. Dan perkara itu menjadi sorotan peminat sehingga mencadangkan perkara sama kepada Jae Wook.
Jelas Jae Wook lagi, sebaik sahaja dia menerima pelawaan menjadi duta Korea dan berkunjung ke Malaysia tahun ini, dia merasa begitu teruja.
Dek kerana keterujaan mahu bertemu peminat itu, Jae Wook sanggup melakukan ‘research’ terlebih dahulu, sebelum mendapati Malaysia mempunyai beberapa persamaan dengan Korea Selatan.
“Saya rasa Malaysia dan Korea ada banyak persamaan terutama dari segi landskap dan keindahan yang ditawarkan di kedua-dua negara.
“Saya harap mempunyai masa untuk menerokainya kelak.
“Bahkan di Korea juga ada banyak tempat cantik yang saya tak tahu pun wujud.
“Saya mengetahuinya melalui penggambaran drama dan filem yang saya lakonkan seperti sebuah tempat bernama Mungyeong,” katanya kepada Hijabista sewaktu ditemui pada sidang media semalam.
Selain itu, Jae Wook turut mendedahkan tujuan beliau mengambil peluang sebagai duta hub pelancongan dunia itu adalah untuk lari seketika dari kesibukkan dan hiruk pikuk kota.
Artikel berkaitan: Sentiasa Ramping & Menawan! Ini Rahsia Diet Selebriti KPOP, Pasti Buat Anda Teruja.
Dipilih Sebagai Duta Pelancongan Korea Selatan
Untuk rekod, pada 20 Disember 2022, Jae Wook terpilih sebagai duta pelancongan Korea Selatan, sekaligus mengalas tanggungjawab mempromosikan negaranya agar lebih ramai pelancong berkunjung ke sana.
Malaysia merupakan destinasi pertama yang dipilih bagi kempen ‘Annyeong Kawan’ sebaik sahaja Korea Selatan mengisytiharkan tahun 2022 dan 2023 sebagai tahun melawat Korea.
“Kami benar-benar berbesar hati mempunyai Lee Jae Wook sebagai Duta Kehormat Pertubuhan Pelancongan Korea. Dengan pelantikannya, kami berharap dapat meningkatkan lagi Korea sebagai destinasi pelancongan utama serta mewujudkan lebih banyak peluang untuk rakyat Malaysia berkunjung ke Korea bersama Lee Jae Wook,” kata Yang Kyung Soo, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Pelancongan Korea.
“Kami teruja untuk mempamerkan pengalaman unik dan menarik Korea melalui satu siri video di saluran media sosial menerusi sesi pertemuan bersama peminat(meet and greet session). Kami berharap menerima sambutan yang positif dari peminat di Malaysia terutamanya peminat K-drama dan K-Pop.” tambahnya.
Ketibaan pelakon, Alchemy of Souls itu disambut meriah dengan kehadiran 500 orang peminat membanjiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pada Isnin lalu.
Artikel berkaitan: 5 Hijabi Muslim Korea Cantik Berhijab & Bergaya Macam Artis Kpop. Rugi Kalau Tak ‘Follow’ Di Laman Sosial!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Siti Rela Jadi ‘Zombie’ Masa Berpantang Semata-Mata Mahu Pastikan ‘Baby’ Aafiyah Dapat Susu Badan Secukupnya
Buat pertama kalinya Datuk Seri Siti Nurhaliza hadir ketika majlis pelancaran cawangan butik CreacionBySiti Nurhaliza di Melawati Mall semalam. Nyata penampilannya lebih cantik, menawan dan langsing dari sebelumnya. Rupanya Siti sudah hilang hampir 22 kilogram berbanding berat sebelumnya, iaitu 92 kilogram. Mengamalkan diet secara konsisten sepanjang berpantang punca utama penurunan berat badan yang cukup ketara. Malah beliau juga tidak kisah menjadi ‘zombie’ gara-gara berjaga malam bagi memastikan Siti Aafiyah mendapat susu badan sepenuhnya.
A post shared by Creación by Siti Nurhaliza (@creacionbysitinurhaliza) on
Menurut Siti, beliau memang betul-betul mengamalkan cara pantang sebaik sahaja melahirkan anak pertamanya, Siti Aafiyah 1 Rejab lalu.
“Siti memang mengutamakan soal diet dengan mengambil pemakanan secara sihat. Siti tak ambil makanan bergoreng, sebaliknya gantikan dengan rebus dan bakar sahaja. Nasi pula Siti ambil beras perang dan kuantiti juga tidak banyak.
“Selain itu, seperti ibu-ibu yang melahirkan anak, Siti turut amalkan proses bertungku, sauna dan juga urut. Dan Siti juga turut memanjangkan tempoh berpantang dari 44 hari kepada 74 hari,” ungkap Siti ketika ditemui di majlis pertunjukan fesyen busana Creacion & Simplysiti by Siti Nurhaliza 2018 serta pelancaran pembukaan cawangan butik Creacion By Siti Nurhaliza yang ke lapan di Melawati Mall.
BUAT TUNGKU, SAUNA & URUT
Menurut penyanyi tersohor negara ini juga berkata beliau berpuas hati dengan perkhidmatan ibu berpantang dari Natalis yang disediakan sepanjang menjalani tempoh berkenaan.
“Saya memang puas hati dengan perkhidmatan Pakej Penjagaan Berpantang dari Natalismothercare . Hasilnya dari hari pertama hingga kini, Siti dan berjaya turunkan berat badan sebanyak 22 kilogram. Daripada 92 kilogram dan kini berat Siti hanya 70 kilogram.
“Insya-Allah Siti kalau boleh nak turunkan lagi hingga mencecah 59 kilogram. Walaupun tahu sukar untuk mendapatkan berat seperti itu, tetapi Siti akan berusaha. Maklum sahaja kerjaya sebagai penyanyi memerlukan kita tampil menarik ketika di atas pentas membuat persembahan,” tambahnya yang mengakui gembira dan bersyukur dengan perubahan dirinya setelah bergelar ibu.
Siti turut berkongsi pengalamannya menjadi ‘zombie’ kerana terpaksa berjaga malam disebabkan baby Siti Aafiyah.
“Siti Aafiyah jenis siang hanya tidur dan berjaga pada waktu malam. Biasanya tiga kali dia akan terjaga untuk minum susu. Walaupun memang memenatkan, tetapi bagi Siti bila setiap kali lihat baby Aafiyah terus hilang penat.
“Rasa puas dapat melihat setiap inci perkembangan tumbesaran Siti Aafiyah depan mata. Alhamdulillah Siti juga dapat memberi penyusuan penuh susu ibu kepada baby Siti,” tambahnya lagi.
TAK BUAT STOK SUSU
Oleh kerana sentiasa memberi susu badan menyebabkan beliau sering rasa lapar, dahaga dan mengantuk.
“Itu memang siptom yang biasa ibu-ibu alami sepanjang tempoh penyusuan. Justeru Siti akan sentiasa sediakan makanan. Bagi memperbanyakkan susu pula, Siti akan makan sarang burung, lobak putih, salmon dan beberapa makanan bersesuaian.
“Buat masa ini Siti tidaklah buat stok susu, sebaliknya akan beri jika ada permintaan. Oleh kerana Siti Aaafiyah masih kecil, jadi tidak ada momen lucu sepanjang breastfeed, cuma Siti memang tak puas lihat dia senyum dan gelak dalam dunianya tersendiri,” jelas Siti yang turut berdoa agar bulu mata anaknya panjang dan lebat seperti suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa ketika tempoh mengandung.
“Itu memang saya doa ketika mengandung dan alhamdulillah bulu mata Siti Aafiyah seperti ayahnya. Panjang dan tebal. Ramai yang datang tengok kata Siti Aafiyah ikut muka saya dan ada kata ikut muka suami. Saya tak sabar nak tunggu dia berusia 5 bulan ke atas untuk lihat perkembangannya itu,” cerita Siti yang turut mengambil kira pesanan ibunya dalam menjalani fasa baru ini.
Artikel Berkaitan: Langsing lepas 37 Hari Berpantang, Siti Makin Berseri-Seri
“Apa yang Siti alami inilah apa yang emak Siti lalui dulu. Emak Siti pesan, jadi ibu ini perlukan kesabaran yang cukup tinggi. Setiap kali ada kesusahan, perlu hadapinya dengan tenang. Memang pengorbanan seorang ibu itu sangat besar dan selagi ada ibu kita perlu hargai mereka,” jelasnya lagi yang turut mengamalkan makan jamu untuk kelihatan kekal sihat dan bertenaga. Siti mengamalkan pengambilan jamu di akhir tempoh berpantang.
Penampilan Siti buat kali pertamanya itu semalam di khalayak nyata mendapat sambutan cukup menggalakkan dari peminatnya. Rata-rata ada yang hadir seawal pagi dan ada juga datang dari luar Kuala Lumpur.
Masing-masing tidak sabar menanti kehadiran Siti dan ternyata biarpun sudah bergelar ibu, persembahan Siti petang itu cukup menghiburkan.
Sempena pembukaan cawangan butik ke lapan, ini, tetamu yang hadir juga turut dipersembahkan dengan pertunjukan fesyen koleksi Syawal terbaru Creation by Siti Nurhaliza yang berkonsepkan blossom.
Koleksi kali ini tampil dengan 39 rekaan menarik yang termasuk 8 rekaan premium series dan salah satunya merupakan istimewa ‘Design by Siti Nurhaliza’.
A post shared by Creación by Siti Nurhaliza (@creacionbysitinurhaliza) on
Menurut Siti juga, walaupun ketika rekaan ini dihasilkan beliau dalam tempoh hamil tetapi turut mengambil tahu setiap perkembangan koleksi ini.
“Siti cukup puas hati dengan koleksi yang dihasilkan ini. Sebelum ini tidak lihat semua depan mata, tetapi bila lihat hari ini Siti memang puas hati.
“Kali ini kita memilih tema kuntuman-kutuman bunga yang dihasilkan dari fabrik broked sifon plain serta mainan warna yang cukup menarik. Malah rekaan dihasikan ini juga bertujuan mencipta nostalgia indah dan beri pengalaman istimewa penggayaan busana elegan di pagi Syawal nanti,” terang Siti lagi yang membayangkan akan bekerjasama untuk menghasilkan koleksi kanak-kanak dan juga baju kasual penyusuan untuk kaum ibu.
Beliau juga teruja pembukaan cawangan ini adalah di lokasi cukup strategik dan sesuai menjadi tempat beli belah untuk warga bandar dan penduduk sekitarnya.
Koleksi Syawal Creacion by Siti Nurhaliza ini akan ada di butik secara berperingkat-peringkat dan boleh didapati pada harga serendah RM199 dan ke atas.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM CTDK & CREACIONBYSITINURHALIZA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Anda Ke GENTING HIGHLANDS, Jangan Lupa Pergi Ke 5 LOKASI Menarik Ini. RUGI Kalau Tak Pergi!
Genting Highlands, sebuah kota keriangan dan lokasi percutian yang paling popular di Malaysia. Dengan cuaca yang sejuk serta pemandangan yang indah, ia sering menjadi pilihan anak muda untuk menghabiskan masa bersama keluarga dan BFF anda.
Boleh dikatakan ia merupakan satu tempat menarik di Pahang yang wajib anda kunjungi. Anda boleh ke Genting Highlands dengan memandu kereta sendiri atau menaiki kenderaan awam seperti bas. Buat anda yang inginkan sedikit kelainan, anda boleh menaiki kereta kabel yang disediakan untuk naik ke atas.
Hujung minggu ini, apa kata luangkan sedikit masa untuk melupakan segala penat lelah serta kesibukan kerja dengan bercuti ke Genting Highlands. Bukan jauh sangat pun dari Kuala Lumpur kan? Hijabista kongsikan 5 lokasi yang wajib anda kunjungi di sana. Rugi kalau tak pergi!
1. Alive Museum
Muzium ini sangat sesuai untuk anda yang suka bergambar! Alive Museum mempamerkan trick art, object art dan karya seni lain yang sangat menakjubkan. Karya seni melalui pengalaman 3 dimensi pasti membuatkan anda terpegun dan teruja. Setiap gambar yang diambil akan nampak macam ‘real’. Tentu akan mendapat banyak likes di media sosial.
2. Ripley’s Believe It or Not! Odditorium
Jangan terkejut bila anda masuk ke dalam muzium ini kerana terdapat pelbagai koleksi yang tidak masuk akal dipaparkan di sini. Anda tentu akan terkejut melihat kesabaran yang dimiliki oleh manusia dalam usaha mewujudkan perkara-perkara tersebut. Barangan yang dimiliki memang ‘gila’ dan pelik.
3. Zombie Outbreak
Kalau anda suka pergi ke tempat yang seram, cuba jejakkan kaki di Zombie Outbreak dan rasai sendiri pengalaman dikejar zombie di sini. Secara jujur, Hijabista sendiri terasa seram memasuki rumah zombie ini. Dengan suasana yang gelap serta bunyi zombie yang bermain-main di telinga anda, anda pasti akan lari seperti tidak cukup kaki.
4. Snow World
Sekiranya anda mahu merasai suasana sejuk seperti berada di negara bersalji, jom singgah ke Snow World. Tak tipu, memang sejuk habis! Dengan salji yang turun membuatkan anda terasa betul-betul berada di luar negara. Sejuk sampai ke tulang!
5. Medan Selera Berkonsep Moden Mewah
Terbaru di Genting Highlands, medan selera ini telah dibuka di SkyAvenue, Resorts World Genting. Pelbagai pilihan makanan serta masakan menanti para pengunjung di medan selera ini. Apa yang pasti, ia sangat selesa dengan persekitaran yang santai dan mudah diakses. Anda sendiri boleh membuat pilihan makanan yang terdiri daripada Nasi & Rempah-Ratus, aneka mi, Laksa, hidangan Timur Tengah dan kentang goreng rangup. Medan Selera ini terletak di Aras G, SkyAvenue dan dibuka bermula daripada jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Hijabista sudah rasai sendiri hidangan makanan di sini dan tidak dinafikan memang sedap belaka!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bintik Gelap” Cacatkan Wajah, Selami Cara Tangani Masalah Cela Ini Dengan Produk Terbaik
Apabila ia berkaitan dengan penjagaan kulit, anda jarang akan menemui petua atau produk yang “satu saiz untuk semua.” Kecuali perlindungan matahari yang universal! Sesetengah orang bergelut dengan jerawat, yang lain kekeringan, beberapa kemerahan, kombinasi senarai itu diteruskan. Tidak kira apa pun kebimbangan yang anda hadapi, mungkin terdapat beberapa punca yang berbeza, bermakna penyelesaian terbaik untuk anda tidak semestinya paling sesuai untuk orang lain.
Sama seperti jerawat, bintik hitam mempunyai senarai punca yang panjang dan berbeza-beza dan sama sekali rawatan yang berbeza. Untuk menjadi jelas, “bintik gelap” ialah istilah umum, digunakan dalam penjagaan kulit untuk menggambarkan tanda berubah warna pada kulit. Di sini, pecahan tentang bintik-bintik gelap bersama-sama dengan punca dan rawatan terbaik daripada pakar dermatologi. Jom selami!
Bintik hitam cela wajah hijabi
Apakah bintik gelap? Tompok gelap selalunya disebabkan oleh kumpulan sel dalam kulit yang menghasilkan berlebihan pigmen melanin, atau hasil daripada melanin yang dimendapkan dalam epidermis dan dermis sekeliling. Walaupun itu secara amnya merangkumi bintik hitam, puncanya berbeza-beza. Sesetengah bintik hitam disebabkan oleh pendedahan UV, manakala yang lain dicetuskan oleh kulit mengelupas atau keradangan, seperti jerawat, gigitan pepijat, atau ruam dan disebabkan oleh faktor hormon.
Secara keseluruhannya, tidak setiap bintik gelap adalah sama, walaupun ia dirujuk sedemikian. Adalah penting untuk mengetahui apa yang menyebabkan ia untuk menentukan rawatan terbaik.
Punca bintik hitam
Pendedahan matahari
Bintik-bintik gelap boleh disebabkan oleh pendedahan UV. Terutama apabila kulit anda tidak dilindungi lebih khusus, anda tidak memakai SPF, risiko bintik-bintik gelap menjadi lebih besar. Selain itu, melupakan SPF boleh menjadikan bintik-bintik gelap itu menjadi lebih gelap.
Tompok gelap akibat matahari sering dirujuk dengan beberapa nama berbeza secara sepintas lalu. Tompok matahari, bintik hati dan bintik penuaan adalah nama biasa untuk bintik gelap yang timbul akibat pendedahan matahari atau katil penyamakan. Ini biasanya muncul di kawasan yang menerima paling banyak matahari, seperti belakang tangan, muka dan lengan.
Hormon
Perubahan hormon boleh menyebabkan bintik hitam juga. Satu bentuk biasa ialah melisma. Melasma ialah keadaan kulit yang membawa kepada tompok perubahan warna kulit yang lebih besar, berbanding bintik-bintik kecil. Matahari pasti boleh mencetuskan melasma, tetapi hormon terutamanya semasa kehamilan, haba dan produk penjagaan kulit yang merengsa boleh memburukkan lagi.
Kulit meradang
Jerawat, gigitan pepijat, dan rambut yang tumbuh ke dalam semuanya boleh membawa kepada apa yang dipanggil oleh pakar dermatologi sebagai hiperpigmentasi selepas keradangan. Tompok-tompok ini adalah akibat daripada keradangan yang berlaku.
Ruam
Selain keradangan yang disasarkan seperti yang dinyatakan di atas, ruam juga boleh mencetuskan bintik hitam. Ruam boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, tetapi yang paling biasa, hiperpigmentasi berasal daripada “dermatitis atopik, dermatitis kontak, psoriasis, letusan dadah dan prosedur kosmetik.
Bagaimana untuk menghilangkan bintik hitam
Retinol
Pertama, kita mempunyai retinoid dalam semua bentuk. Kedua-dua retinoid gred preskripsi dan produk retinol over-the-counter (OTC) boleh membantu memudarkan bintik hitam. Retinoid menghalang pemindahan melanosom kepada keratinosit dan ia juga mempercepatkan pusing ganti epidermis. Retinoid membantu mempercepatkan proses membuang sel kulit mati yang berubah warna dan membawa yang baru ke permukaan.
Bagi mereka yang mempunyai kulit berjerawat, retinoid juga boleh membantu dalam menguruskan jerawat juga. Oleh itu, jika bintik hitam anda disebabkan oleh jerawat sebelumnya terutamanya jika jerawat tersebut masih kerap, anda mungkin ingin mempertimbangkan retinol sebagai rawatan bintik gelap.
PRODUK CADANGAN:
KIEHL’S Micro-Dose Anti-Aging Retinol Serum with Ceramides and Peptide
Serum retinol yang kuat dalam dos mikro yang jelas mengurangkan kedutan, menegangkan kulit, menyekatakan tona kulit dan menghaluskan tekstur dengan ketidakselesaan yang minimum. Tanpa paraben dan tanpa pewangi.
Serum antioksida
Penyelidikan menunjukkan bahawa serum vitamin C topikal, apabila digunakan secara konsisten, boleh membantu mencerahkan bintik-bintik gelap yang disebabkan oleh pendedahan matahari dan hiperpigmentasi selepas keradangan. Lebih-lebih lagi, vitamin C bertindak sebagai antioksidan, melindungi kulit anda daripada tekanan oksidatif dan perubahan warna, akibatnya.
Radikal bebas boleh datang daripada faktor persekitaran seperti pencemaran, pendedahan UV dan juga faktor dalaman seperti tekanan. Sekurang-kurangnya, ia agak sukar untuk dielakkan, jadi melindungi kulit anda dengan antioksidan adalah satu langkah ke arah yang betul, sama ada anda berhadapan dengan bintik hitam atau tidak.
PRODUK CADANGAN:
The Ordinary EUK 134 0.01%
Ini adalah serum antioksidan yang berpotensi tinggi, yang mengandungi molekul penjanaan semula yang jarang ditemui yang dipanggil EUK-134. Mampu menghilangkan hidrogen peroksida, menukar spesies oksigen reaktif kepada air dan oksigen malah mampu menghilangkan radikal bebas. Serum ini tidak boleh digabungkan bersama-sama produk yang mengandungi asid kuat, seperti asid askorbik.
AHA & BHA
Kedua-dua asid alfa-hidroksi dan asid beta-hidroksi (AHA dan BHA) boleh membantu memudarkan bintik-bintik gelap. Ia adalah produk yang berbeza, tetapi ia berfungsi dengan cara yang sama. AHA, seperti asid laktik, asid glikolik, dan asid mandelik, sebagai contoh, membantu mencerahkan bintik-bintik gelap dengan hanya mengelupas kulit. Walau bagaimanapun, ia boleh menjengkelkan, dan kerengsaan boleh memburukkan beberapa jenis keradangan, terutamanya dalam warna kulit yang lebih dalam.
Jika kulit anda agak sensitif terhadap AHA, pertimbangkan untuk memilih mandelik daripada asid glikolik atau laktik. Bahan ini lebih lembut tetapi masih akan membantu memudarkan bintik-bintik gelap dari semasa ke semasa. Malah, rejimen penjagaan kulit yang mengandungi asid mandelik dan vitamin C dikaitkan dengan peningkatan 73% dalam penampilan hiperpigmentasi dan melasma selepas keradangan.
BHA, seperti asid salisilik, digunakan secara tradisional untuk merawat jerawat tetapi boleh digunakan untuk mencerahkan bintik-bintik gelap, terutamanya yang disebabkan oleh hiperpigmentasi selepas keradangan. Ia melakukannya dengan mengelupas kulit, tetapi ia juga anti-radang. Oleh kerana strukturnya, ia menyukai kawasan berminyak, seperti zon T.
PRODUK CADANGAN:
Drunk Elephant T.L.C. Framboos Glycolic Night Serum
Dengan penarafan 4.5 bintang di Sephora, Drunk Elephant T.L.C. Framboos Glycolic Night Serum adalah salah satu pembetulan bintik gelap terbaik. Ia mengandungi bahan penting untuk meminimumkan bintik hitam seperti AHA dan BHA. Selain itu, teh putih, bearberry, dan chestnut kuda berkesan menenangkan kulit, membalikkan tanda-tanda penuaan dan mengawal pengeluaran sebum. Bangun dengan kulit yang berseri dan kelihatan lebih licin.
Pengelupasan fizikal
Pengelupasan fizikal ialah proses mengelupaskan sel kulit mati secara manual melalui skrub, kain lap, berus muka atau sebarang alat lain yang menggosok pada kulit. Bolehkah ini membantu memudarkan bintik hitam? Jawapannya adalah dua kali ganda. Ia adalah mitos bahawa jika anda mempunyai bintik-bintik gelap, menggosok kulit akan menghilangkannya. Skrub yang keras seperti garam tidak boleh digunakan.
Walau bagaimanapun, jika anda mesti mengelupas menggunakan cara fizikal, lakukan dengan berhati-hati. Kain lap adalah pilihan yang baik untuk pengelupasan fizikal yang lembut, dengan syarat anda lembut dan tidak menggosok terlalu kuat.
Pengelupasan fizikal tidak akan membantu mencerahkan bintik-bintik gelap seperti pilihan yang dinyatakan di atas, tetapi sekiranya anda memutuskan untuk menggunakan produk fizikal, pastikan anda tidak keterlaluan. Jika kulit anda merah dan lembut selepas itu, itu adalah petanda yang pasti anda harus mengurangkan tekanan.
ARTIKEL BERKAITAN: Sebelum Membeli Pad Solekan Guna Semula, Pastikan Anda Ketahui Kebaikan & Keburukan Pad Ini.
Asid kojic
Jika tompok melasma menjadi kebimbangan semasa anda, asid kojik mungkin menjadi pertaruhan terbaik. Walaupun rawatan yang sangat pekat mungkin berkesan untuk hiperpigmentasi selepas keradangan atau bintik matahari, tompok melasma memerlukan pendekatan yang lebih lembut memandangkan kawasan permukaan yang lebih besar.
Ramuan lembut namun berkesan berasal daripada kulat yang ditapai dan telah diuji dengan hasil yang memberangsangkan. Kajian ini menunjukkan keupayaan asid kojic untuk mencerahkan kulit dan memudarkan bintik-bintik gelap, kedua-duanya hasil yang sesuai untuk tompok melasma khususnya. Selain itu, ia berfungsi sebagai antioksidan.
PRODUK CADANGAN:
Caudalie Vinoperfect – Radiance Serum Complexion Correcting
Serum berkuasa ini, mencerahkan dan meratakan kulit sambil membetulkan bintik-bintik gelap. Kedua-dua berkesan dan semula jadi, serum anti-bintik gelap ini mengandungi Viniferine yang dipatenkan yang 62 kali lebih berkesan daripada Vitamin C untuk meningkatkan keserian dan menyerikan kulit.
Arbutin
Arbutin telah ditunjukkan untuk meringankan hiperpigmentasi. Arbutin adalah bahan yang mengurangkan aktiviti tyrosinase. Tyrosinase ialah sekumpulan enzim dalam kulit yang menyumbang kepada proses pigmentasi kulit. Tetapi agen pencerah ini sedikit lebih lembut daripada pendahulunya yang biasa terima kasih kepada proses pelepasan yang perlahan.
Lidah Buaya
Formula ultra-menghidrat yang menyuburkan penghalang kulit anda, tersedia dalam neroli tanpa wangian. Secara khusus, kajian menunjukkan bahawa aloesin sebatian semula jadi dalam tumbuhan gaharu telah terbukti berkesan memudarkan hiperpigmentasi selepas jerawat. Laporan lain menunjukkan bahawa penggunaan topikal aloesin secara langsung boleh menghalang kulit hiperpigmentasi daripada menghasilkan lebih banyak melanin-sekali lagi, hiperpigmentasi bermaksud pengeluaran melanin yang berlebihan dalam kulit anda, jadi menjaga sel-sel penghasil pigmen daripada menjadi terlalu aktif adalah penting.
ARTIKEL BERKAITAN: Kembalikan Kesempurnaan Kulit Anda Dengan 14 Produk Aloe Vera Gel Ini
Rawatan muka
Rawatan muka boleh membantu apabila ia berkaitan dengan rawatan bintik gelap juga. Secara umumnya, jenis rawatan muka terbaik untuk merawat bintik-bintik gelap biasanya diklasifikasikan sebagai rawatan muka yang mencerahkan, kerana ini akan membantu mengelupas kulit, menghalang pengeluaran melanin, dan meningkatkan pusing ganti sel untuk membantu menghilangkan cela yang tidak diingini itu.
Laser
Laser membantu mencerahkan bintik-bintik gelap melalui mekanisme yang berbeza dengan menghilangkan pigmen yang menyebabkan ia mengelupas. Rawatan laser yang betul akan bergantung pada pelbagai faktor, termasuk jenis kulit, warna kulit, pendedahan matahari baru-baru ini, serta apa yang menyebabkan bintik gelap di tempat pertama.
Terdapat banyak pilihan di luar sana untuk merawat bintik-bintik gelap melalui terapi laser, tetapi tidak setiap laser sesuai untuk setiap orang. Adalah penting untuk berunding dengan profesional apabila memutuskan pilihan rawatan yang sesuai untuk anda dengan kesan sampingan yang paling sedikit.
Lampu LED
Secara umumnya, lampu LED tidak akan membantu mencerahkan bintik gelap secara langsung. Walau bagaimanapun, ia adalah kunci untuk mencegah bintik-bintik masa depan, terutamanya yang disebabkan oleh jerawat. Ia membantu dalam proses penyembuhan pelarian dan dalam membantu mencegah pelarian di tempat pertama. Jadi jika anda bosan dengan bintik-bintik selepas jerawat yang menjengkelkan itu, alat lampu LED mungkin boleh membantu. Anda boleh sama ada melawati profesional untuk rawatan muka terapi cahaya LED atau memilih alat lampu LED di rumah.
Walaupun istilah “bintik gelap” dilemparkan ke kiri dan kanan, ia sedikit lebih bernuansa daripada yang anda fikirkan. Tompok hitam boleh disebabkan oleh jerawat, pendedahan matahari, ruam, hormon, dan keradangan kulit umum. Nasib baik, terdapat banyak kaedah untuk memudarkan bintik-bintik ini, beberapa daripadanya sudah biasa anda gunakan sekarang.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI