Tidak sampai seminggu lagi kita akan menyambut Syawal dan rasanya semua sedang sibuk membuat persiapan. Rata-rata jika lihat pelbagai jenama pakaian membuat jualan murah di sana-sini. Ada yang dijual pada harga berpatutan dan ada juga yang menjualnya dengan harga cukup tinggi. Baru-baru ini pengacara Diana Amir ada menyuarakan pendapatnya mengenai persoalan ini.
Dia yang memuat naik posting di laman instagramnya dan mendapat respon pelbagai dari netizen.
@iema_mss Alhamdulillah… Terima kasih atas peringatan… Semoga kite same ingat mengingati tegur menegur untuk kebaikan yg lebih berkat.. In sha Allah, semoga dipermudahkan semua urusan @dianaamir dan semoga diberkati
@nabila_heejab Salam sis diana.saya setuju. Saya jual baju cantik patuh syariah. InsyaAllah berpatutan. Boleh lawat ig saya untuk lihat2. Tudung patuh syariah pun ada.
@syaza_miraa akhirnyaaaa, ada yg bersuara. tq kak @dianaamir . nak cari baju punya susah, dah jumpa cantik warna pun ikut tema. tapi baju dia pendek pulak tak labuh dr punggung. pastu baju yg brand ni ada yg ikut badan. kenapa baju mahal2 tu tak menepati sebagai pakaian muslimah, dan org yg buat tu pun kan muslimah. Stress cari baju raya pun
Kriteria mana diperlukan untuk mencari baju raya
Bismillah.. dah start cari baju raya??
Ada 1 persoalan yang timbul dalam fikiran bila susah nak mencari baju raya yang memenuhi kriteria ni..
Harga mahal setanding kualiti atau ikut trend
Cantik, banyak sangat yang cantik, and harga pun cantik, RM400 ke atas tu dah macam biasa utk diletakkan pada baju.. Ada yang kita faham kenapa diletak harga macam tu sebab kualiti, hasil tangan, branding… tp, ada yang macam ??? Harga baju ikut trend ke ikut kualiti? .. camano den nak belanja baju cantik2 kat kaum kerabat ni.. cantik sikit ja harga terus ke langit.. (ok, x semua jangan marah )
Baju raya untuk Muslimah
and.. baju raya ditujukan saya rasa untuk muslimah.. wanita muslim, untuk dipakai pada hari raya, iaitu hari kemenangan umat islam selepas berjaya berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan dan menzahirkan ketaqwaan .. kan?
Tapi ada yang tak lambangkan pakaian untuk wanita Muslimah, malah turut bersimpati mereka yang jadi mangsa fesyen
Tapi fesyen yang dihasilkan tak melambangkan pakaian utk wanita muslim.. tak melambangkan pakaian utk hari kemenangan umat Islam.. die cam.. Ramadhan alhamdulillah berpuasa, bertarawikh.. then tiba2 masuk bulan seterusnya ramai yang akan pakai fesyen2 itu.. Kesian kat mangsa fesyen, kita faham nak orang nampak kita yang terpaling cantik.. tapi bagaimana pandangan Dia pada kita?
Diana turut mempersoalkan jika ada fashion designer yang boleh hasilkan baju menutup aurat
Kalaulah fashion designer yang hebat2 hasilkan karya benar2 mengikut maksud perayaan, alangkah indahnya busana itu . Rasanya tak susah pun baju yang menutup aurat ni.. labuhkan sikit depan dan belakang, panjangkan bahagian lengan.. dah terjaga aurat saudara muslimah kita
Sedang berbadan dua dan sukar mencari baju bersesuaian
anyways sekarang ni pun Diana tengah berbadan dua, dengan baju yang terbuka di depan, atau terpendek di belakang, lagilah susah pencarian baju raya ini .. hahahhaa…
mesti ada butik2 yang best tapi Diana je yg taktau, bolehlah tag diana cadangan butik2 yang cantik dan menutup aurat. bolehla sisters yg len tengok2 jugak
maafkan salah silap saya
Ramadhan Kareem
KREDIT FOTO: INSTAGRAM DIANA AMIR
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI