Mungkin ada di antara kita yang rasa berputus asa untuk berdoa kerana merasakan doa-doa kita itu tidak dikabulkan Allah.
Subhanallah, satu perkara yang perlu kita ingat adalah Tuhan sememangnya mengabulkan segala doa-doa yang dipanjatkan itu dan menghadiahkannya di waktu yang terbaik.
Tidak kiralah cepat atau lambat, Allah sahaja yang mengetahuinya. Kita hanyalah perlu bersabar dan berharap dengan penuh keyakinan padaNya.
Bagi menitipkan rasa keyakinan itu dalam diri, anda bolehlah melakukan amalan ini selepas berdoa seperti mana yang diamalkan oleh Nabi Zakaria a.s dan Nabi Ibrahim a.s. seperti yang dikongsikan oleh Dr. Ahmad Sanusi ini.
Keyakinan Dalam Berdoa
=====
1. Ketika memohon agar dikurniakan anak, Nabi Ibrahim dan Nabi Zakaria menutup doa mereka dengan ayat yang menunjukkan keyakinan mereka bahawa Allah Maha Mendengar doa mereka.
2. Keyakinan mereka terhadap doa dan hubungan dengan Allah ini akhirnya membuahkan hasil. Nabi Ibrahim dan Nabi Zakaria dikurniakan anak walaupun dalam usia mereka yang sudah terlalu tua bahkan mereka sendiri mempersoalkan dalam dialog mereka. Kata Nabi Zakaria:
قَالَ رَبِّ أَنَّىٰ يَكُونُ لِي غُلَامٌ وَقَدْ بَلَغَنِيَ الْكِبَرُ وَامْرَأَتِي عَاقِرٌ
“Dia berkata: Wahai Tuhanku bagaimana mungkin aku dikurniakan anak sedangkan aku sudah tua dan isteriku tidak boleh mengandung.” (Surah Ali Imran: 40)
3. Begitulah doa oleh kedua orang Nabi ini mendidik kita bagaimana Allah berupaya memberikan rezeki pada seseorang sekalipun dalam keadaan yang tidak kita sangkakan. Pusatkan keyakinan kepada Allah dalam doa kita.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Oleh kerana itu, letaklah segala pengharapan dan keyakinan kita pada Yang Maha Esa kerana tiada siapa yang berkuasa melainkan Dia. Bersangka baiklah pada Allah selalu, nescaya anda akan dapat merasai nikmatnya.
kredit: ig @dramhmadsanusi
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee