Hidayah Allah datang tanpa diduga. Ada yang cepat dan lambat menerima hidayah dariNya. Seperti pelakon, pengacara dan usahawan kecil molek, Elfira Loy yang menjadi antara selebriti terawal menerima penghijrahan dari Allah. Dia melakukan penghijrahan dengan berhijab seawal usianya 21 tahun. Malah lebih mengharukan, Elfira berhijab dengan keinginan sendiri bukan paksaan dari seseorang. Lebih menggembirakan bakal Imamnya juga memang suka melihat dirinya berhijab.

Bercerita kisah penghijrahannya sempena Edisi Hijabersary, Elfira memberitahu sudah lebih 4 tahun dia berhijab sejak mendapat kunci kebebasan ketika usianya 21 tahun.

“Dia Suka Lihat El Berhijab…” Lagi Elfira Loy Dedah Rahsia Bakal Imam Yang Bakal Disatukan Januari Ini
Sejak usia 21 tahun telah berhijab.

Keinginan sendiri bukan paksaan

“Alhamdulillah El sudah hampir empat tahun berhijab dan sehingga saat ini tidak pernah terlintas sedikit pun untuk menanggalkannya. Malah El tidak rasa menyesal apabila memakai hijab lebih awal kerana ketika itu El merasakan ianya memang really good timing untuk berhijab.

“El berhijab ketika usia 21 tahun dan disebabkan oleh keinginan diri sendiri tanpa paksaan sesiapa. Waktu itu memang dada El berkobar-kobar menantikan saat untuk berhijab. Dan apabila pakai, El jadi insan yang paling happy sekali.

“Begitu juga dengan keluarga mereka turut happy dengan penghijrahan yang El lakukan. El cukup berbangga dapat berhijab hingga ke hari ini dan tidak pernah sekalipun terfikir untuk menanggalkannya. Insya-Allah,” ujarnya yang kelihatan cukup berseri-seri sejak jadi tunangan seseorang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ٢٤ | ?? | Selfie is ma thangg (@elfiraloy) on

Namun begitu sepanjang tempoh berkenaan, tidak mudah untuk Elfira atau mesra dipanggil El ini untuk kekel istiqomah. Dan dalam masa sama cara untuk lebih mendalami ilmu agama supaya dapat menjadi insan lebih baik.

“Memang bukan senang sebenarnya untuk kekal istiqomah tetapi semuanya terpulang pada diri kita sendiri. Cara kita berfikir dan jangan selalu anggap perkara negatif sebaliknya fikirkan soal positif sahaja.

Ads

“Untuk kekal berhijab tak susah kerana kita sepatutnya cari benda yang mudah untuk menutup aurat. Sementara itu bagi memenuhi pengisian ilmu di dada pula El banyak beli dan membaca buku.

“Kalau orang lain memilih membeli novel tetapi El lebih suka beli buku keagamaan kerana bagi El ia lebih intimate. Kita tidak boleh tipu diri sendiri dan bila kita baca kita sendiri akan faham dan ikut apa ilmu yang dikongsi,” tambahnya yang turut bertanya pada Ustazah jika tidak faham sesuatu hukum.

“Dia Suka Lihat El Berhijab…” Lagi Elfira Loy Dedah Rahsia Bakal Imam Yang Bakal Disatukan Januari Ini
Gembira bakal Imamnya juga suka melihat dia berhijab.

Tanya Ustazah jika tak faham sesuatu hukum

“Kalau tak faham sesuatu hukum saya akan tanya pada ustazah atau kawan-kawan mama di masjid. Sekarang ini memang El rajin ikut mama ke masjid dan selalunya lepas waktu Subuh memang banyak kuliah yang bagus disampaikan penceramah.

“Biasanya El akan kongsi di laman sosial bukan untuk berlagak sebaliknya mahu share perkara atau ilmu yang baik dengan orang lain. Tidak kisah apa orang nak kata apa yang penting nawaitu untuk kebaikan bersama.

Ads

“Jangan pertikai apa orang lain cakap dan jangan kita fikir jemaah di masjid itu hanya orang tua sahaja. Sebaliknya ramai yang muda dan ini menjadi pemangkin semangat untuk El rajin mengunjungi rumah Allah itu,” cerita Elfira lagi yang beruntung kerana bakal Imamnya itu sendiri gemar melihat dirinya berhijab. Pasangan ini akan disatukan sebagai suami isteri pada Januari.

“Dia Suka Lihat El Berhijab…” Lagi Elfira Loy Dedah Rahsia Bakal Imam Yang Bakal Disatukan Januari Ini
Tidak pernah terfikir untuk tanggal tudung.

Suka explore stail sendiri

“Dia tak letakkan apa-apa kriteria untuk menjadi isterinya dan dia juga bukan jenis judge orang itu sesuka hati. Dia juga jenis tak suruh seseorang itu berubah dan segalanya bergantung pada diri kita sendiri. Lagi satu dia memang suka tengok El berhijab.

“Sejak berhijab memang El gemar tukar stail yang digemari. Sebenarnya styling tudung El belajar sendiri. El jenis suka explore benda baru setiap hari. Dan siapa yang follow IG El akan perasan setiap kali OOTD styling tudung mesti berlainan.

“Biasanya El akan ikut gaya pakaian pada hari berkenaan. El juga tiada idola yang dijadikan inspirasi sebaliknya menjadikan diri sendiri sebagai inspirasi kerana setiap style adalah dari gaya El sendiri,” jelas Elfira yang juga turut membuka perniagaan tudung dan hanya fokuskan ketika musim perayaan sahaja.

Ads
“Dia Suka Lihat El Berhijab…” Lagi Elfira Loy Dedah Rahsia Bakal Imam Yang Bakal Disatukan Januari Ini
Elfira suka explore stail hijab baru setiap kali bergaya.

Kena pandai jaga diri & kekal istiqomah

Walaupun baru beberapa tahun berhijab namun Elfira tidak keberatan berkongsi sedikit nasiht buat hijabi di luar sana.

“Jangan takut untuk sentiasa explore new style. Be yourself dan find your way dalam cara paling mudah. Lagi satu kita harus sentiasa pandai jaga diri dan kekal istiqomah untu menutup aurat.

“Dan lagi satu kalau boleh hari demi hari berusahalah untuk menjadi Muslimah yang lebih baik,” ujarnya sambil tersenyum manis.

KREDIT FOTO: NANA  AZMAN

 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI