Dalam video ‘Q and A Time with Rosix, Bella & Lofa’ di saluran YouTube Rosix & Bella, Noor Nabila atau lebih mesra disapa Bella telah mendedahkan ciri-ciri lelaki idaman adiknya iaitu Neelofa.
Jelas Bella, Neelofa seorang wanita yang tegas dalam bercinta dan mahukan lelaki yang boleh memberikan tazkirah setiap malam Jumaat selain memiliki fizikal berjanggut.
“Lofa seorang yang sangat komited, bekerja keras dan tegas.
“Dia tak tahu masak, tapi sekarang dah pandai. Dia pernah tidur dengan mekap.
“Dalam keluarga dia bukan seorang paling bersih. Dia sangat menyayangi anak saudara dia. Kalau bercinta dia sangat tegas dan berpendirian.
“Lelaki idamannya yang boleh membawa ke syurga, boleh beri tazkirah pada malam Jumaat dan berjanggut. Janggut kena simpan, sunnah,” ujar Bella.
Selain itu, Rosix pula berpendapat bahawa Neelofa seorang individu yang sentiasa menepati masa dan rajin bekerja.
“Dia sangat bekerja keras. Mana dia dapat tenaga itu pun tak tahu.
“Dia bangun awal, tepati masa dan berpegang pada kata-kata. Kalau dia kata itu, itu lah. Pendek kata strict
.“Dia boleh nampak apa nak buat pada masa depan. Dia tak kelakar, tapi dia memberi dan sangat memberi sokongan,” katanya.
Kisah percintaan Neelofa hangat diperkatakan baru-baru ini apabila berita dia telah dirisik oleh PU Riz menjadi tular pada hari Ahad lepas.