Jika lihat media sosial usahawan terkemuka, Rozita Ibrahim, ibu kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman seringkali memuatnaik videonya bersama-sama dengan pekerjanya yang kelihatan ramah dan akrab.
Menerusi hantaranya dalam Instagram baru-baru ini, Rozita meluahkan rasa sayang dan syukurnya kepada salah seorang pembantu rumahnya, Yati yang kini sudahpun berhenti kerja. Biarpun Yati sudah berhenti, namun dia tetap mengenang jasa Yati yang banyak berjasa kepada diri serta keluarga Rozita.
Yati jaga arwah Mak saya 24 jam tanpa henti! Mandi makan basuh berak, usap Mak saya sebelum tidur! Sedangkan saya tak buat begitu pada Mak saya! Kemuliaan dia menjaga Mak saya sangat buat saya malu.
Ads
Tambah Rozita, dia menyayangi pekerjanya tidak kira berasal dari Malaysia atau Indonesia kerana dirinya, apabila mereka banyak menyumbang jasa, serta membuat baik dalam pekerjaan. Sebagai seorang ketua, dia benar-benar suka menguji kesetiaan para pekerjanya.
Kongsinya lagi, Yati merupakan anak yatim (kehilangan ibu) sejak dari kecil lagi. Oleh kerana itu, pembantunya itu sudah menganggap Rozita seperti keluarganya sendiri sehinggakan pakaian pun akan dipakaikan oleh Yati.
Ads
Yati ni semua dia nak pakaikan saya. Butang baju, kasut kalau boleh seluar dalam pun dia nak pakaikan. Dia sayang saya kerana dia tak pernah ada ibu sejak kecil.
Sebagai tanda penghargaan, Rozita menghadiahkan pembantu rumahnya itu seutas gelang tangan emas. Bagi Rozita, pekerjanya merupakan jiwa dan keperluan utama dalam kehidupannya.
Pelakon dan pengacara, Rafidah Ibrahim mengalami keguguran pada Jumaat lalu. Melalui perkongsian di laman Instagramnya semalam, pelakon dengan iras wajah Dato’ Siti Nurhaliza ini berkongsi berita duka tersebut.
Hanya sempat melalui pengalaman hamil selama empat bulan, Rafidah mengakui bahawa dia mengalami kesakitan di seluruh badannya. Dia cuba untuk menahan kesakitan itu sehinggalah dia mendapati janin bayinya terkeluar daripada rahimnya.
Berikut hantaran yang dikongsikan di laman Instagramnya.
Innalillahhiwainnalillah hiroji’un. Jumaat, 24 Jun 2022, sebelum masuk waktu Magrib, anak dalam kandungan saya, Abdullah bin Shahzemir yg berusia 4 bulan 7 hari telah pergi.
Petang, dari jam 5pm perut saya terlalu sakit dan saya sangkakan angin yg terlalu teruk dalam badan terutama di bahagian bawah perut. Saya biarkan dan berehat walaupun sakitnya hanya Allah saja yg tau.
Sebelum masuk Waktu Maghrib dan sebelum berwuduk, saya berhadas kecil, dan pada ketika tu terasa sesuatu ingin keluar. Saya terus memanggil suami dan cakap ada sesuatu nak keluar dan suami kata, biarkan.
Saya tadahkan tangan, pada waktu itu, janin keluar di atas tapak tangan saya dan saya ada rasa sedikit pergerakan sebelum suami memotong tali pusat (sekiranya berlaku pada anda, terus ke hospital ya dan jangan potong sendiri kerana itu akan lebih memudahkan proses cuci uri /placenta nanti).
Pada waktu tu, perasaan panik ada, nak nangis pon ada tapi bila saya pegang baby, SubhanAllah indahnya ciptaan Allah s.w.t. Perasaan panik & sedih tadi bertukar serta merta jadi gembira saat saya dan suami melihat keindahan ciptaan Allah itu walaupun belum sempurna tapi sudah cukup sifat.
Saya yakin para ibu bapa yg sudah menimang cahaya mata, perasaan itu sangat-sangat menggembirakan dan terubat segala rasa. Sementara suami tunaikan solat, saya bersiap dan kami terus ke hospital.
Seperti biasa, proses membersihkan uri dilakukan dan saya ditahan 1 malam di wad bagi tujuan pantauan. Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan bagi anak syurga ini. Jantina baby tak dapat dikenalpasti, tapi kami menamakannya Abdullah (hamba Allah).
Terima kasih Abi – Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi atas ‘guideline’ perkara yg perlu dibuat ke atas jenazah bayi kami dan juga atas nama yg diberi sbb kami memang dah niatkan jika anak kami lahir nak abi namakan.
Terima kasih juga buat para doktor, para misi, forensik dan semua warga Hospital Wanita & Kanak-kanak Kuala Lumpur (HWKKKL) atas keprihatinan anda, nasihat dan layanan yg sangat baik.
Tak lupa juga saya nak ucapkan terima kasih buat kejiranan yg membantu dan memudahkan pengurusan jenazah bayi saya Abg Lop (Syamil), Kak Rozi, Kak Timah.
Terima kasih juga buat Abg Rais yg membantu menggali kubur anak kami. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Ampang, bersebelahan kubur arwah mak dan arwah ayah saya.
Tidak ketinggalan buat para keluarga, sahabat, pengikut di setiap media sosial dan semua yg sentiasa mendoakan kebaikan saya, anak dan suami serta nasihat. Terima kasih sekali lagi buat semua yg terlibat secara langsung dan tak langsung.
Semoga Allah s.w.t sentiasa merahmati kita semua di dunia dan di akhirat.
Ini merupakan kali kedua Rafidah keguguran. Difahamkan bahawa kali pertama Rafidah keguguran pada November tahun lalu. Moga suatu hari nanti Allah mengurniakn rezeki zuriat buat Rafidah dan suaminya. Kita sama-sama doakan.
Menu yang biasa kita makan bila menjamu selera antaranya ialah Roti Kukus Sangkaya. Makan panas-panas sangatlah sedap. Pendek kata ini antara menu yang menjadi pilihan ramai setiap kali menjamu selera di Boat Noodle.
Bagi hijabi-hijabi yang gemarkan menu yang ringkas dan cepat tapi berselera bila makan, bolehlah cuba buat Roti Kukus Sangkaya ini.
Jom kita cuba buat Roti Kukus Sangkaya seperti yang dikongsikan oleh Ira Idris ini.
BAHAN-BAHAN:
BAHAN UTAMA:
1 buku roti putih
BAHAN SANGKAYA:
200 ml santan
2 cawan susu sejat
2 sudu besar susu pekat manis
1/2 keping gula melaka
2 sudu besar gula pasir
1 biji telur
2 sudu besar tepung jagung
8 helai daun pandan
1/2 sudu kecil pewarna hijau
CARA MEMBUAT:
1.Kisar daun pandan dengan sedikit air. Selepas itu tapis.
2. Campur semua bahan dan masak dengan api yang paling perlahan. Kacau hingga likat.
3. Panaskan periuk kukus. Kukus roti 5 hingga 6 minit sahaja. Hidangkan bersama Sangkaya tadi.
4. Bila hendak hidangkan Roti dan Sangkaya, tambahkan susu cair sedikit dalam Sangkaya.
Perasaan itu tetap ada walaupun figura ini telah membuat pelbagai persembahan, namun penyanyi Aina Abdul gementar menantikan konsert solo pertamanya di pentas berprestij, Istana Budaya yang bakal berlangsung pada 25 dan 26 Jun ini.
Aina berkata, dia juga tidak menyangka apabila konsert yang bakal diketuai Pengarah Muzik, Mac Chew dan Jenny Chin itu bakal dihadiri selebriti-selebriti terkenal tanah air.
“Alhamdulillah kurang dua minggu lagi saya bakal membuat persembahan di pentas yang cukup saya impikan selama ini. Ibarat mimpi jadi kenyataan apabila berpeluang mengadakan konsert solo di Istana Budaya.
Bukan mudah untuk melihat barisan hebat ini hadir ke konsert yang bakal berlansung, Aina mempunyai pengikut dari kalangan Penyanyi terhebat Negara yang bakal menyaksikan persembahannya.
“Namun apa yang membuatkan saya lebih teruja dan gementar adalah selain peminat yang sudah mendapatkan tiket menyaksikan konsert ini, pengurus saya memaklumkan ramai selebriti terkenal dan berpengalaman bakal menghadiri konsert ini.
“Antaranya ialah Ziana Zain, Anuar Zain, Ella, Datuk Nora, Nabil Ahmad,Datuk Hattan dan Hael Husaini serta ramai lagi sudah mengesahkan kehadiran mereka sekali gus memberi satu tekanan kepada saya yang masih baru mengadakan konsert ini untuk membuat persembahan di hadapan mereka,”katanya.
Menurut Aina, dia tidak putus berdoa agar segala persiapan menuju konsert A Night With Aina Abdul 2.0 berjalan seperti yang dirancang.
“Saya ingin mencipta momen manis bersama peminat di konsert ini. Saya mahu penonton yang hadir merasai dan terhibur dengan setiap lagu yang dipersembahkan.
“Konsert ini adalah untuk kita semua menghargai diri sendiri dan saya akan menghadiahkan segala anugerah yang Tuhan berikan .
“Alhamdulillah persiapan menuju konsert berjalan dengan baik. Saya sudah melakukan beberapa sesi latihan bersama Mac Chew dan pasukannya.
“Insha-Allah minggu depan saya akan mengadakan sesi latihan di Istana Budaya untuk mendapatkan ‘mood’ sebelum tarikh konsert,”katanya.
Dalam pada itu, Aina memaklumkan tiket konsert A Night With Aina Abdul 2.0 masih boleh didapati di laman web www.ticket2u.com.my manakala bagi mana-mana pihak korporat dan syarikat yang mahu membeli dalam kuantiti yang banyak, hubungi Azrul di talian 017-3006531 untuk harga istimewa.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.