“Dia Ingin Mempertahankan Hubungan Itu…” – Ustazah Asma’ Pernah Di Hubungi Puteri Sarah

Share

Jika disoal mengenai satu permasalahan dalam perhubungan, sudah tentu ramai pasangan yang inginkan solusi dan mengekalkan hubungan mereka. 

Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun, akui pernah dihubungi pelakon Puteri Sarah Liyana bagi mendapatkan nasihat mengenai isu pergolakan rumah tangganya.

Pernah mencari solusi buat seketika dahulu…

Ketika ditemu bual oleh Hijabista, Ustazah Asma’ Harun menerangkan Puteri Sarah sendiri menghubunginya untuk berjumpa bersama suaminya, Syamsul Yusof. Namun, kekangan masa membuatkan mereka tidak dapat bersua.

Ustazah Asma’ menjelaskan Puteri Sarah ingin memperbaiki serta mempertahankan hubungannya bersama suami. Dia juga banyak bertanya kepada ustazah sendiri beberapa perkara yang boleh dilakukan pada peringkat awal.

“Puteri Sarah berusaha pada peringkat awal untuk menyelamatkan rumah tangganya. Dia tanya apa yang boleh dia lakukan dan saya ada kongsi doa serta zikir,

“Dia ingin mempertahankan rumah tangganya, dia masih sayangkan suami….siapa tak sayang, ayah kepada anak-anak,

“Kemudian kesibukan masa, saya tidak sempat menyantuninya. Ketika itu, Puteri Sarah mengharapkan saya dapat berjumpa dia bersama suaminya. Saya kira ada hikmah dengan apa yang berlaku sekarang, itulah perjalanan yang telah ditakdirkan.” ujarnya.

Ramai artis menghadapi masalah sama…

Katanya lagi, ramai juga artis yang berhadapan masalah yang sama seperti Puteri Sarah. Rata-ratanya cuba mendapatkan nasihat dan solusi.

“Bukan Puteri Sarah sahaja, malah ramai juga artis yang menghubungi saya. Sebenarnya banyak artis yang mempunyai masalah rumah tangga,

“Tapi bila mereka menghubungi, saya lebih kepada mendoakan dan memberi tip apa yang boleh diusahakan. Dunia akhir sangat mencabar, pertahankan kebahagian…ketenangan sebab pergaulan dan budaya kerja yang terlalu terdedah,

“Maka buat para artis, untuk menjaminkan kebahagiaan rumah tangga…paling utama adalah letakkan pasak agama. Jangan tinggalkan Allah SWT dalam rumah tangga.” jawabnya.

Ustazah Asma’ Harun ditemui di Anugerah Nona Superwoman 2022 di M Resort & Hotel, Bukit Kiara, Petaling Jaya pada Rabu. Beliau juga memegang penganugerahan Nona Motivator Award.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee