Di Uji ‘Kehilangan’ Cahaya Mata Keempat, Nurul Izzah Berduka Dalam Redha! Yakin Aturan Allah Itu Terbaik

Share

Umum mengetahui, Nurul Izzah Anwar yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh baru sahaja menjalani alam rumahtangga sekali lagi selepas mendirikan perkahwinaan bersama jejaka pilihan hati iaitu seorang pengkaji daripada Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong.

Malah, perkahwinan yang baru berusia lima bulan itu turut diserikan dengan kehadiran cahaya mata sulung mereka, apabila Nurul Izzah menerima khabar gembira bahawa dirinya sedang hamil sebaik sahaja usai berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.

Namun, disangka panas sampai ke petang rupanya hujan ditengahari, semalam anak sulung kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mengumumkan khabar duka, bahawa dia telah mengalami keguguran.

‘The Little Boots’ Is Gone

Khabar duka berkenaan dimaklumkan oleh Nurul Izzah sendiri menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya.

Dalam hantaran berkenaan Izzah memuat naik foto dirinya yang sebak sedang berada dalam dakapan kedua orang tuanya, usai memaklumkan berita sedih berkenaan berhubung kehilangan cahaya mata keempat mereka.

“Sejak 19 November 2022, mungkin inilah kali pertama kami berpelukan.

Terlalu banyak yang telah kami lalui bersama – selesai berkempen, sempat pula menjangkiti covid buat kali kedua, mendapat berita kami mengandung anak keempat, kemudian, sedang sibuk menguruskan tugasan baru, ke sana ke mari, kembali ke Pulau Pinang, kemudian ke Putrajaya – dikejutkan pula dengan berita pemergian bayi yang dikandung. The little boot is gone …

‎إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

“Surely, we belong to Allah and verily to Him do we return,” tulis Izzah pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.

Menerusi hantaran sama, Izzah turut memikirkan bagaimana wanita-wanita cekal diluar sana berjaya melalui episod serta pengalaman getir yang sama sepertinya, walau mempunyai jalur kekuatan yang berbeza.

Bagaimanapun, disebalik kedukaan dan keperitan kehilangan yang dirasainya, Nurul Izzah tetap memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT diatas ujian dan dugaan yang diberikan kerana yakin proses ini akan menjadikan dirinya lebih kuat di masa akan datang.

Artikel berkaitan: Gagal Pertahan ‘Legasi Keluarga’, Nurul Izzah Berduka Pada Hari Lahirnya.

“Ungkapan mensyukuri nikmat dan kata-kata indah untuk Yang Maha Esa, yang kita ucap kan walau mengalir air mata, kerana kita hanyalah insan kerdil. Insan yang lemah dengan perasaan, hati, memori dan pengalaman.

“Kepada anda diluar sana yang juga diuji dengan merasai kehilangan, doa dan pelukan secara maya kami tujukan khas buat anda, namun ingatlah sesukar manapun ujian yang perlu ditempuh, kehidupan perlu diteruskan.

“Penyembuhan adalah satu perjalanan.. Dan jika anda perlu mengambil sedikit masa untuk bernafas pada masa ini, lakukan sahaja. Sebelum fasa kehidupan seterusnya bermula baru, InsyaAllah,” tulisnya lagi.

Sekadar info, pada 5 Ogos 2023, Izzah sekali lagi bergelar isteri selepas mendirikan rumah tangga kali kedua dengan seorang pengkaji daripada Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong.

Hasil perkahwinan terdahulu, Izzah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Raja Nur Safiyah, 15, dan Raja Ahmad Harith, 13. Manakala, Shao Loong juga mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan sebelumnya.

Artikel berkaitan: Nurul Izzah Anwar Dan Yin Shao Loong Selamat Diijabkabulkan

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Sumber: Instagram Nurul Izzah Anwar

Published by
Haifa Nasir