Nama Puteri Ariani kini menjadi sebutan di seluruh pelusuk antarabangsa. Perjalanan karier seninya terus meluncur laju sebaik tamat program America’s Got Talent (AGT) 2023.
Antara momen paling diingati ramai ialah ketika Putri Ariani mendapat buzzer emas daripada Simon Cowell.
Terbukti, Putri berjaya membuatkan penonton dan juri kagum dengan bakat yang ditonjolkannyaa dalam nyanyian dan bermain piano.
Di sebalik populariti Putri Ariani, sebenarnya terdapat banyak fakta tersembunyi tentang kehidupan peribadinya terutama tentang keluarga.
Dilahirkan Pramatang
Putri Ariani merupakan anak kepada pasangan suami isteri, Ismawan Kurnianto dan Reni Alfianty. Pemilik nama penuh, Ariani Nisma Putri ini dilahirkan di Bangkinang, Kampar, Riau pada 31 Disember 2005. Dalam sebuah video yang pernah dimuat naik ke akaun Instagram peribadi pada 9 Mac 2020, Putri mengakui dia dilahirkan oleh ibunya pada usia kandungan 6 bulan 18 hari.
Puncanya, ibu Putri menghidap plasenta previa iaitu keadaan di mana plasenta berada di bahagian bawah rahim, meliputi sebahagian atau keseluruhan saluran peranakan. Semasa dilahirkan, keadaan paru-paru bayi masih belum sempurna dan memerlukannya untuk berada dalam inkubator selama tiga bulan.
Ads
Menghidap Penyakit Katarak
Puteri Ariani dikenali sebagai seorang yang buta sepenuhnya. Terdahulu, Putri disahkan menghidap katarak apabila keluar dari inkubator. Doktor yang merawatnya turut menyampaikan perkara ini kepada ibu bapanya. Lantas, mereka sekeluarga segera membawa Putri untuk rawatan ke Singapura.
Doktor di sana memberitahu Putri tidak mengalami katarak tetapi Retinopati Prematurity atau ROP. Doktor turut memaklumkan, sudah terlambat untuk mengambil tindakan. Bagaimanapun, doktor memberitahu masih ada peluang untuk Putri melihat.
Mata kanan Putri kemudiannya dibedah kerana peluang untuk melihat masih 50 peratus. Malangnya, tindakan itu tidak membuahkan hasil. Demi dapat melihat, ibu bapa Putri mencuba pelbagai ikhtiar termasuk rawatan alternatif. Ketika berusia tiga tahun, Putri berkata kepada ibunya, ‘Putri penat. Putri sudah selesa dengan keadaan Putri yang begini.”
Anak Sulung Dalam Keluarga
Putri merupakan anak sulung daripada tiga beradik dan cucu pertama dalam keluarga besarnya.
Ads
Putri mempunyai dua adik perempuan yang sangat rapat dengannya. Setiap momen indah bersama adik beradiknya diabadikan di Instagram dan TikTok miliknya.
Mewarisi Bakat Nyanyian Bapa
Terbukti bakat nyanyian Putri Ariani diwarisi daripada bapanya. Putri mengakui bapanya boleh menyanyi dalam sesi temu bual sebuah program yang disiarkan di sebuah stesen televisyen.
Di Instagram dan TikToknya, Putri ada berkongsi video dia dan bapanya menyanyi bersama.
Sokongan Kuat
Putri pernah dibuli sehingga membuatkan dirinya merasa down. Ia menjadi titik terendah dalam hidup Putri. Namun, Putri banyak mendapat yang menjadikannya lebih kuat.
Ads
Bagi Putri, sistem sokongan paling utama datangnya daripada ibu bapa, adik-adik, saudara mara, keluarga serta rakan-rakan terdekat.
Minat Menyanyi Sejak Usia Dua Tahun
Putri sangat sukakan muzik. Seawal usia dua tahun, Putri sudah mula menyanyi. Ketika itu, Putri menyanyikan lagu berbahasa Mandarin. Pada 2014, Putri memulakan karier nyanyiannya dengan menyertai pertandigan Indonesia’s Got Talent dan bergelar juara. Kemudian, Putri menyertai pertandingan The Voice Kids Indonesia Season 2 pada 2017.
Putri turut berpeluang menyanyi di Asian Para Games 2018 di Indonesia. Seterusnya, Putri menyertai pertandingan America’s Got Talent 2023. Selain menyanyi, Putri Ariani turut berkebolehan bermain piano dan mencipta lagu. Semasa di AGT 2023, Putri pernah mendendangkan lagu ciptaannya sendiri sehingga berjaya mendapat golden buzzer dari Simon Cowell dan bergelar 3rd runner up America’s Got Talent 2023.
Adiknya Keduanya Juga Pandai Menyanyi
Adiknya, Devina Elysia turut memiliki bakat nyanyian seperti Putri. Devina juga sering berduet bersama Putri serta memuat naiknya di Instagram dan YouTube.
Kredit Foto: Instagram Putri Ariani
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Berkahwin dengan orang yang kita cinta memang menjadi impian kita semua. Begitulah juga seperti pasangan ini iaitu pemain pertahanan tengah pasukan bola sepak Pahang, Muslim Ahmad dan Farah Anisah,20 atau lebih dikenali sebagai Faralisa yang juga seorang instafamous dan model.
Pasangan sama cantik sama padan ini telah selamat bernikah pada hari Jumaat yang lalu di Klang dan telah melangsungkan majlis persandingan di Ampang pada keesokan harinya.
Indah sekali busana yang dipakai oleh pasangan merpati dua sejoli ini.
Jemaah tabligh dikaitkan sebagai punca penularan virus Covid-19 yang kian meruncing, sehingga membuatkan ramai mula memandang serong terhadap mereka. Dalam pada itu, seorang staf nurse, Zulaikha Zaki berkongsi surat yang ditulis sendiri salah seorang tabligh yang dirawat di tempat di bekerja yang pasti membuatkan ramai terharu.
Isi Kandung kertas yang selit di kaunter
Pesakit ni discharge petang tadi. Seorang tabligh. Then before dia balik, dia selit surat ni celah-celah kertas kat kaunter wad dalam dan takda bagitahu sape-sape pun. Maybe dia tahu dia tak boleh sentuh or bagi kami apa-apa barang even kertas.
Terharu… Jangan kecam dorang. Dalam wad, dorang semua behave. Sangat dengar kata. Kita kecam orang alim dalam kita tak sedar bila akhir zaman ni Allah tarik manusia yang golongan baik dan arif dengan ilmu agama dulu.
Kongsi bacaan ikhtiar penyembuh dan berterima kasih pada pejuang
Assalamualaikum semua pejuang-pejuang yang kami sayangi sentiasa. Kami akan sentiasa ingat pengorbanan jihad anda sebab pantau kesihatan kami selama kami berada di wad 56 tingkat 5. Selamanya anda pejuang-pejuang layan kami dengan penuh kasih sayang.
Tujuan saya tulis ini ialah nak share beberapa amalan untuk pejuang semua. Sebab kami kasihan dan sedih lihat pengorbanan anda semua. Kami tahu anda letih dan bertarung nyawa untuk rawat kami. Anda pun ada family yang nak diuruskan tapi anda tetap bagi senyuman kat kami. Anda sembunyikan letih dan risau anda daripada kami.
(Kami tahu anda sembunyikan letih dan risau anda. Kami doakan anda semua kuatkan semangat, untuk Allah dan Rasul. Sentiasa dalam rahmat Allah, diberi sihat afiat, dimudahkan segala urusan begitu juga buat family anda semua. Allahumma Amin.
Amalan yang ulama share kat kita
BACA
Surah Taghabun (surah 64, juz 28) sampai habis (Ayat 1-18 beserta makna) setiap pagi, kalau sibuk cari masa free, sebaiknya dibaca pagi.
Mula – Selawat (3 kali),
Al-Fatihah (3 kali)
Al-Ikhlas (3 kali)
Hasbi Allah Wani’mal Wakil (313 kali)
Tutup dengan selawat (3 kali)
Tiup ke dalam minuman, insya-Allah, Allah bagi sembuh dan jaga kita semua. Wallahua’lam.
Penyakit itu adalah asbab Allah turunkan untuk sebuah keinsafan bagi umatNya. Ujian dipilih tidak kira siapa sahaja sama ada anda golongan ilmuan agama, kerabat di raja atau pun anda yang terkenal di dunia. Jadi hentikan kencaman pada mereka, jadikan ini asbab untuk kita renung dan dekatkan diri kita kepadaNya.
Jika anda mengikuti perkembangan anak kesayangan Dato Sri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah, anda pastinya familiar dengan pengasuh Aafiyah yang mesra dipanggil ‘Kakak’.
Cantik manis orangnya, ‘Kakak’ ataupun nama sebenarnya Dayah Zubit,24, sering berkongsikan aktiviti harian Aafiyah di laman Instagram sewaktu mengasuhnya. Pelbagai aktiviti menyeronokkan dilakukan bersama hingga Aafiyah rasa sunyi jika dia tiada bersama.
Dipetik daripada portal InTrend, ini merupakan 10 fakta menarik mengenai Dayah dan pengalamannya sewaktu diterima menjadi pengasuh Aafiyah.
1.Dayah berusia 24 tahun dan merupakan gadis utara yang berasal dari Padang Serai, Kedah.
Dia mempunyai diploma dalam bidang kejururawatan. Dayah mencuba nasib menjadi pengasuh selepas mendapat tahu mengenai Dato Sri Siti waktu itu sedang mencari jururawat peribadi. Namun pada ketika itu dia tidak mengetahui tugasannya adalah untuk menjaga Aafiyah.
Seterusnya, Dayah menghubungi pengurus Dato Sri Siti, Kak Rozi dan Kak Rozi menyuruh Dayah datang terus ke rumah Mak Iti (panggilan mesra untuk Dato Sri Siti) bagi sesi temuduga.
Gementar! Itu perasaan yang digambarkan Dayah sebaik tiba di rumah Mak Iti. Dayah kemudiannya ditemuduga oleh Mak Iti dan Datuk K.
5.“Dayah diberi pilihan sama ada mahu duduk sekali atau balik hari tapi kalau ikut daripada butir bicara Mak Iti, dia lebih mahukan Dayah tinggal bersama kerana Dayah perlu sentiada ada bersama Aafiyah walau ke mana Aafiyah pergi. Jadi, Dayah pun fahamlah,” jelasnya.
Bermulalah tugas baharu Dayah sebagai pengasuh kepada Aafiyah pada tanggal 21 Mei 2018.
“Tidak dinafikan, perasaan berampur-baur. Bukan apa, risaulahkan ini bukan tugasan mudah, kita diamanahkan menjaga anak orang, apatah lagi anak kepada orang terkenal. Risau kalau apa yang akan kita beri tidak menepati ‘standard’ yang dimahukan. Namun, perlahan-lahan, Dayah cuba membiasakan diri dengan tugasan baru itu dan semua orang di rumah itu memberi kerjasama yang baik dan memudahkan urusan Dayah,” katanya.
8.Pada awalnya dia berasa kekok namun dia bersyukur kerana diberikan majikan yang baik seperti Mak Iti dan Datuk K. Jelas Dayah, Mak Iti memainkan peranan penting dalam memastikan dirinya sentiasa berasa selesa umpama keluarga sendiri dan tidak terasing.
9.Menurut Dayah, Mak Iti merupakan seorang ibu yang lembut, sama sahaja seperti mana yang kita lihat di Instagram, begitulah cara dia melayani Aafiyah.
10.Dayah menerima tawaran dari KKM untuk jawatan tetap di Hospital Pulau Pinang namun hatinya berbelah bahagi dan akhirnya menolak tawaran tersebut kerana sayangnya terhadap Aafiyah.
Sopan menawan, gaya aktres Cut Syifa terima anugerah SCTV 2024 dalam persalinan dress biru rekaan Dimas Singgih raih pujian peminat.Selebriti Indonesia yang konsisten berhijab...