Di Atas PENTAS Dia Memang Raja Lawak, Tapi Ada Satu Perkara Boleh Buat NABIL Marah. Isteri Dedah RAHSIA Peribadi!!

Share

Setiap kali mendengar atau menonton rancangan yang dihostkannya, pasti akan membuat ketawa. ada saja lawak yang dibuat hingga tak kering gusi. Rezeki Nabil Ahmad dalam bidang pengacaraan lebih menyerlah berbanding jadi pelawak ataupun pelakon. Dia yang baru-baru ni kehilangan kereta masih boleh bersikap selamba dan tenang. Tidak mempunyai akaun Instagram sendiri, tetapi segala aktvitinya dikongsi melalui laman IG menggunakan nama @nabilzira.

Kebanyakan status dimuat turut oleh isterinya yang juga bekerja sepenuh masa sebagai suri rumah. Bukan itu sahaja selain menjaga dua anak

mereka, Zira juga turut bertindak seperti ‘pengurus’ dalam menjaga penampilan Nabil.

Ternyata keserasian pasangan suami isteri ini memang cukup menyenangkan. Kedua-duanya dilihat cukup sporting terutama Zira yang sering menjadi manga usikan Nabil jika sedang mengacarakan sesuatu program.

Apa agaknya rahsia kemesraan mereke berdua yang dilihat bukah dibuat-buat tetapi menggambarkan sikap sebenar sebagai pasangan suami isteri. Mereka berdua juga gemar sekali pergi bercuti membawa anak-anak.

Dalam temubual bersama Majalah KELUARGA, Nabil sendiri mengakui tidak boleh bercuti tanpa membawa anak-anaknya. Walaupun sudah membawa anak-anaknya

ke beberapa destinasi, percutian ke Tokyo Disneyland di Jepun paling menggembirakan anak-anaknya.

Untuk melihat sejauh mana keduia-duanya ada ‘chemistry’ telah diuji dalam satu video ‘Serasi Challenge’.

Artikel Lengkap: Nabil Tak Mampu Bercuti Tanpa Anak-anak, Kongsi Tip Anak Tak Meragam Bila Bercuti

Dalam video itu Zira mendedahkan sifat sebenar Nabil dan ada satu perkara yang boleh menyebabkan Nabil marah. Rupanya dalam sifat lawaknya, ada ketegasan bab masa dan dia memang jenis yang tidak suka lambat. Sikap itu boleh membuat dia marah dan hal ini diakui oleh isterinya Zira.

Walaupun semua kerja rumah dilakukan oleh Zira namun satu perkara yang Nabil tidak lupa di mana percutían pertama dia membawa keluarga. Ini sudah cukup membuktikan pelakon, pelawak tinggi lampai ini memang begitu menyayangi keluargaya.

Jom Tonton Video Serasi Challange NABIL & ZIRA:

 

 

 

SUMBER: MAJALAH KELUARGA

Published by
Siti Zurina