Menjadi penderma darah sejak tahun 1988 lagi, kini seorang warga emas ini diberikan gelaran wira yang banyak berbakti. Ramai yang kagumi atas pengorbanan dan konsistennya dalam menjalankan tanggungjawab menjaga sesama manusia!
Betul-betul Wira Sejati! Terima Kasih
Menerusi portal laman Facebook Pusat Darah Negara, seorang warga emas bernama Lum Kien Seng telah diraikan seusai dia menderma darah buat kali yang ke-356! Jumlah yang cukup mengagumkan.
Pendermaan darah kali ini juga merupakan titik pengakhiran buat rekod derma darahnya kerana dia bakal mencecah usia 70 tahun tidak lama lagi.
Dimaklumkan lagi, En Lum juga telah mula menderma darah dengan konsisten semenjak tahun 1988 lagi yang sekali gus menjadikannya sebagai penderma aferesis sejak tahun 2000 sehingga ke hari ini.
Artikel berkaitan: Si Cilik ‘Berhati Besar’ Bangga & Tak Malu Peragakan Uniform MPTI Ayah, Buat Netizen Tersentuh
“Encik Lum mula menderma darah secara konsisten semenjak tahun 1988 dan menjadi penderma aferesis sejak 2000 sehingga ke hari ini. Untuk berbuat demikian, beliau sentiasa mementingkan penjagaan kesihatan bagi memastikan beliau layak dan kekal sihat untuk menderma darah,
“Warga kerja Pusat Darah Negara merakamkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Encik Lum atas pengorbanan beliau dalam menjalankan tanggungjawab sosial ini tanpa mengharapkan sebarang balasan.” tulis oleh Pusat Darah Negara.
Mengambil kesempatan itu juga, En Lum sendiri memberikan komen terima kasih atas majlis kecil-kecilan untuk meraikan hari terakhirnya sebagai penderma darah aferesis. Kisahnya terbukti memberikan inspirasi buat ramai orang.
“Kepada warga kerja PDN saya ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas majlis meraikan hari terakhir pendermaan aferesis saya hari ini. Juga kepada semua warga penderma, saya amat gembira membaca komen-komen mengucapkan tahniah, like dan share. Kepada mereka saya mengucapkan jutaan terima kasih. Salah dan silap bahasa, saya memohon ampun dan maaf.” katanya En Lum di ruangan komen.
Meski pun kita sibuk dengan masa yang terhad untuk meluangkan bersama keluarga, kawan-kawan, kerja dan sebagainya–ingatlah ada ruang juga untuk anda sentiasa membuat kerja amal. Mungkin tidak untuk menderma darah, ia juga boleh berbentuk kepada sesuatu yang lain.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.