Isi Kandungan
ToggleMasalah biasa yang dialami kaum wanita adalah senggugut setiap kali datang bulan. Jika sakit ini menyerang, memang serba tak kena dibuatnya. Seakan mahu berehat sahaja di atas katil tanpa ganggguan. Sekurang-kurangnya bila tidur kesakitanyang dihadapi akan reda atau hilang terus. Tetapi ada juga yang mengalaminya hingga berhari-hari. Terdapat pelbagai cara untuk mengatasinyanya dan salah satu adalah dengan mengamalkan doa yang disarankan dalam Islam.
Cara-caranya:
Mintalah ayah, abang kandung atau kawan terdekat buatkan air bacaan. Ambil segelas air kosong dan bacalah ayat-ayat di bawah ini dengan niat yang baik. Kemudian dtiupkan pada air setiap kali membacanya. Minum 3 kali dan sapukan di bahagian perut. Insya-Allah dengan izinNya sakit akan hilang
Bacaan:
- Selawat – 3 X
2. Al-Fatihah -1 X
3. Ayat Kursi – 1X
4. Surah Al Nahl: Ayat 65 – 3 X
5. Surah Al-Imran: Ayat 5,6 – 3 X
ARTIKEL BERKAITAN: Lepas Alter Doa Jadi Lebih Tenang & Ikhlas
SUMBER: TV DAKWAH.MY
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Deep Perkongsian Zul Yahya: Kisah Nabi Ibrahim Bila Ditanya Apa Hak Allah Yang Telah Disempurnakan
Allah SWT mengurniakan manusia pelbagai nikmat di dunia ini. Nikmat harta misalnya, diberikan Allah SWT bagi menjamin kepentingan manusia supaya mereka dapat hidup dengan baik dan sempurna.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Tidakkah kamu perhatikan, sesungguhnya Allah memudahkan untuk kepentinganmu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat-nikmat-Nya yang zahir dan batin.” (Surah al-Luqman, ayat 20)
Telah banyak nikmat yang Allah berikan kepada manusia namun manusia masih belum lagi betul-betul ‘mengenali’ Allah. Berikut perkongsian deep daripada Zul Yahya.
Apabila Nabi Ibrahim a.s ditunaikan hajat baginda oleh Allah SWT untuk mendapatkan anak pada usia baginda 80tahun, maka Allah SWT bertanya kepada Nabi Ibrahim a.s bahawa apa hak Allah yang telah disempurnakan oleh baginda Ibrahim a.s?
Maka pada ketika itu Nabi Ibrahim a s merasa cemas dan bertanya kembali kepada Allah SWT “apakah ketaatanku tidak menyempurnakan hak Mu wahai Allah?” maka dijawab Allah SWT “sesungguhnya begitu ramai manusia di luar sana masih tidak mengenali Ku maka perkenalkan kepada mereka.
View this post on InstagramA post shared by Zul Yahya (@zulyahya70) on
Kisah Nabi Ibrahim ini menyedarkan kita dari lena betapa Allah mengurniakan banyak nikmat namun adakalanya kita lupa untuk mensyukurinya. Kita leka, sehingga ‘terlupa’ untuk menyempurnakan hak Allah yang sepatutnya menjadi kewajipan.
Sumber kredit: Zul Yahya
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berniaga Sambil Bersedekah, ‘Carwash’ Lelaki Ini Tawar Khidmat Cuci Van Jenazah Percuma, Rezeki Luas Kini Miliki 14 Lori!
Berniaga merupakan salah satu cara untuk mencari rezeki yang halal, namun ia juga mempunyai banyak cabaran seperti kebergantungan kepada ekonomi dan kos barangan.
Dalam ekonomi yang tidak menentu kini, pasti ramai peniaga yang ingin menyelamatkan perusahaan atau perniagaan yang diusahakan masing-masing selama ini. Bahkan, berniaga sambil bersedekah kini tidak lagi dianggap relevan. Namun, berbeza buat insan ini.
Yusuf Abd Latif, 37, merupakan pemilik sebuah carwash yang masih lagi percaya akan konsep berniaga sambil bersedekah. Dia bersama isterinya Salina Yatiman, 36, sering memberikan cucian percuma untuk van jenazah di sekitar Segamat, Johor.
Ingin berbakti kepada masyarakat setempat.
Menurut Yusuf, idea untuk memulakan usaha terbabit tercetus secara spontan, dan dianggap sebagai salah satu cara untuk berkhidmat kepada penduduk setempat.
“Kami sudah lama memberikan cucian percuma buat van jenazah. Tetapi sebelum itu, kami tidak berkongsi di media sosial risau dikecam kerana mahu menunjuk. Kebetulan baru-baru ini masa cuci van jenazah, isteri ambil gambar. Jadi kami kongsi di Facebook.
“Selalunya apabila van jenazah datang untuk mencuci, saya memang tak ambil duit. Lagi-lagi kalau musim hujan, van jenazah kotor selepas masuk ke tanah perkuburan. Bila keluar, habis terpercik lumpur pada van jenazah” katanya menerusi mStar.
Artikel berkaitan: Sedekah Atas Niat Yang Betul Bukan Bermegah, Ikuti Adab Yang Patut Di Contohi
Disebabkan itu, dia tidak lokek untuk memberikan servis cucian secara percuma. Bahkan, dia juga tidak mengambil upah mencuci kereta peronda polis.
“Selain van jenazah, saya juga tak ambil duit kalau kereta polis yang ronda tu datang nak cuci. Sebab mereka pun meronda, jaga ketenteraman di sini. Ibaratnya dia jaga kita, kita jaga dia,” ujar Yusuf.
Apa yang menarik perhatian penulis adalah lelaki ini memang mempunyai minat yang mendalam untuk berbakti kepada masyarakat setempat. Mana tidaknya, dia yang turut mengusahakan khidmat pengangkutan turut berkongsi pernah menggunakan lori miliknya untuk mengangkut barangan mangsa banjir.
“Selain itu, kalau terjumpa motor rosak tepi jalan, saya juga memang akan bantu mereka. Saya dah terasa benda ni, Allah bayar cash. Bila kita tolong tanpa mengharapkan wang, banyak urusan dipermudahkan.
Lelaki yang memiliki cahaya mata seramai empat orang ini memanjatkan rasa syukur dan mengakui bahawa perniagaan carwash yang diusahakan sejak tahun 2012 itu mendapat sambutan baik daripada masyarakat setempat. Dia juga berharap perniagaannya akan lebih maju pada masa akan datang.
“Alhamdulillah, sambutan okay di sini. Kita pula terletak di pekan. Belakang ni estet. Jadi bila kereta-kereta dan motor dari estet nak keluar ke bandar, mereka datang cuci dulu kesan tanah merah yang melekat.
Disebabkan sibuk dengan khidmat pengangkutan yang diusahakan, perniagaan carwash tersebut telah diambil alih oleh isterinya. Hasil daripada amalan ‘bersedekah’ dan sering membantu orang ramai, Yusof kini telah memiliki 14 buah lori secara keseluruhan.
Artikel berkaitan: ‘Bukan Semua Yang Kita Miliki Itu Adalah Milik Kita’- PU Amin Kongsi Manfaat Jadikan Sedekah Sebagai Lifestyle
Sumber: Mstar
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hadir Berpakaian Seperti Elsa, Bella Tetap Senyum Dan Ceria Di Mahkamah
Kes perbicaraan mengenai kes penderaan seorang remaja perempuan yang menghidap Down Sindrom di kenali sebagai Bella masih lagi di teruskan dan belum selesai. Namun begitu, kehadiran Bella yang hadir ke mahkamah untuk memberikan keterangan menjadi perhatian ramai.
Meski pun kisahnya yang menghayat hati itu merupakan satu perkara yang amat sedih untuk di dengari orang ramai, Bella kelihatan sangat ceria apabila dia pula mengenakan baju sebuah karakter kartun Elsa yang cukup terkenal di kalangan kanak-kanak malah orang dewasa.
Hadir dengan senyuman manis
Bella yang tampil menghadirkan diri bersama beberapa orang yang mengikutinya bersama telah menjadi perhatian orang ramai. Dia di minta untuk hadir sebagai saksi pendakwaan ke-18 dengan tujuan membantu prosiding bagi memberikan keterangan mengenai kes penderaan yang di alaminya.
Ketibaan Bella di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira jam 9 pagi itu telah menambat ramai hati rakyat Malaysia apabila melihatnya masih kekal tersenyum dan tampak lebih gembira berbanding apa yang kita di lihatkan keadaannya apabila di jumpai di rumah penjagaan yang di dera. Pemakaian Bella yang seakan Puteri Elsa di dalam cerita Frozen itu menjadi simbolik untuk kekuatannya.
Pujian demi pujian apabila ramai yang melihat Bella berjalan masuk ke dalam bangunan mahkamah sambil memegang beg dan tongkat mainan di tangannya. Walaupun begitu, mahupun rata-rata warganet memberikan pujian kepada Bella, ada juga segelintir yang sebak dan sedih bila mengenangkan penderitaan yang remaja Down Sindrom itu lalui dan dia tetap terus kuat berjuang menegakkan keadilan di bantu beberapa orang aktivis dan peguam.
Meninjau ruang komen, ramai yang memberikan semangat dan juga kata-kata yang sebak apabila mengetahui Bella bakal memberikan keterangan buat kes penderaannya sendiri. Meski pun dia menghidap penyakit Down Sindrom, ramai yang yakin akan kebolehannya untuk memberikan keterangan lanjut mengenai kesnya.
“Kuasa Allah SWT, seorang kanak-kanak (remaja) Down Syndrome boleh menjawab segala pertanyaan yang di ajukan dengan baik. SubhanAllah Allahuakbar…dan bila Allah SWT berkehendak, segala yang mustahil akan menjadi tidak di sangka! We are all with you, nak Bella. Ya Allah permudahkanlah, akhirilah derita emosi/fizikal yang di tanggung Bella…amin ya Mujib,
“Setiap doa kami sentiasa mengiringi Bella dalam perjuangan ini. You are special in your own way Bella!
“Terus kuat adik Bella. Semoga Allah sentiasa melindungi adik Bella dan mendapat keadilan yang sebaiknya.
“…Percayalah anakanda Bella…di sebalik setiap langkahmu menuju kamar bicara, jutaan rakyat Malaysia mendoakan kemenangan Bella kepada Yang Maha Esa…” begitulah coretan yang di kongsikan oleh warganet apabila mengetahui perbicaraan ini akan di lakukan secara tertutup dan ia melibatkan adik Bella sendiri.
Pada sesi pagi prosiding di mahkamh itu, Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas memberitahu, Hakim Izralizam Sanusi bahawa perbicaraan kes itu di jalankan secara tertutup kerana Bella merupakan mangsa dan salah seorang saksi kanak-kanak yang keterangannnya tidak boleh di laporkan oleh media dan mana-mana pihak.
Artikel berkaitan: Pinta Untuk Diberi Perlindungan Dari Kesusahan, Kesakitan & Penderitaan, Bacalah Doa Al-Afiyah.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI