Ramai yang terlepas pandang mengenai aspek penjagaan tubuh badan seperti bahagian ketiak kerana lebih mengutamakan penjagaan kulit wajah. Hanya kerana ia tidak kelihatan, tak bermakna ia tidak penting sis.
Walaupun orang lain tak nampak, malu juga rasanya jika ketiak menjadi semakin gelap. Jika anda mahu bahagian tersebut menjadi semakin cerah, ikuti tip yang telah dikongsikan oleh Sharifah Hajar
ini. InsyaAllah menjadi jika anda konsisten mengamalkannya.Pertama sekali anda perlulah lakukan skrub di bahagian ketiak. Bukan hanya di kaki dan tangan, daki-daki di bahagian ketiak juga perlu ditanggalkan sepenuhnya! Amalkan rutin ini dalam 3 hari sekali.
Deodorant saja tak cukup! Seperti di kulit wajah, toner yang mengandungi bahan bersifat asid seperti AHA dan BHA juga mampu mencerahkan bahagian ketiak. Tuang saja di beberapa titik di kapas kemudian sapukan rata ke ketiak anda sebelum menggunakan deodorant.
Seterusnya, pilihlah deodorant yang mempunyai fungsi mencerahkan yang sesuai dengan kulit anda. Setia dengan satu pilihan deodorant
dan jangan sesekali cukur bulu ketiak kerana ia akan menjadikannya menjadi lebih gelap.kredit: @sharifahhajar