Denim memberikan rasa selesa, ranggi dan ‘cool’ buat si pemakainya. Tidak kiralah rekaannya sebagai kemeja, celana mahupun jaket, fabrik denim mampu untuk menyerlahkan gaya hijabi.

Denim Oh Denim! 5 Trik Fesyen Ini Serlahkan Gaya OOTD Nampak Ranggi & Cool!

Jenama-jenama mampu milik seperti H&M, Cotton-On, MONKI, ZARA dan Uniqlo sentiasa menghasilkan rekaan denim mengikut trend semasa. Daripada rekaan jenis ‘wide legs pants’ sehinggalah kepada ‘jumpsuit’, semuanya memberikan variasi tersendiri.

Denim Oh Denim! 5 Trik Fesyen Ini Serlahkan Gaya OOTD Nampak Ranggi & Cool!
Kredit Foto: Instagram Adibah Nadirah

Hijabista kongsikan 5 trik fesyen yang boleh hijabi cuba saat menyarungkan helaian denim.

Ranggi Bersama Kemeja Putih
Jika sis inginkan gaya fesyen yang santai, ringkas dan mudah trik ini pilihan terbaik. Pilih denim potongan ‘slim fit’ atau ‘skinny’ untuk memberi impak sofistikated.

Ads
Denim Oh Denim! 5 Trik Fesyen Ini Serlahkan Gaya OOTD Nampak Ranggi & Cool!
Kredit Foto: Instagram Farahdinana

Bagi sis yang plus size, potongan ini mampu memberikan gaya yang lebih ‘slim’ dan tinggi. Padankan bersama kemeja putih dan masukkan ke dalam celana agar lebih kemas. Less is more!

Aura ‘Lady Boss’!
Padanan yang sesuai bersama denim ialah ‘blazer’ jenis ‘oversized’ bagi mengelakkan imej yang bosan. Tampak lebih profesional dan berkerjaya.

Denim Oh Denim! 5 Trik Fesyen Ini Serlahkan Gaya OOTD Nampak Ranggi & Cool!
Kredit Foto: Instagram Bella Dally

Untuk hasil yang lebih menarik, sis boleh cuba dengan jenis fabrik denim yang kelihatan lusuh untuk sedikit impak ranggi!

Ads

Gaya ‘Sporty’
Raikan semangat wanita ‘sporty’ dengan padanan jaket denim bersama dengan celana denim! Triknya, pilih potongan jaket denim yang ‘oversized’ untuk menaikkan aura ‘sporty’ dalam gaya sis.

Denim Oh Denim! 5 Trik Fesyen Ini Serlahkan Gaya OOTD Nampak Ranggi & Cool!
Kredit Foto: Instagram Cik Manggis

Pilih juga rekaan celanan ‘jeans’ yang lusuh untuk gaya yang lebih ranggi persis bintang rock masa kini!

Denim Muslimah!
Hijabi boleh menyarungkan ‘outerwear’ seperti kardigan labuh. Agar tidak nampak terlalu berlebihan, pastikan ‘jeans’ yang dipakai ialah potongan ‘slim cut’ atau ‘skinny’.

Ads
Denim Oh Denim! 5 Trik Fesyen Ini Serlahkan Gaya OOTD Nampak Ranggi & Cool!
Kredit Foto: Instagram Vivy Yusof
Denim Oh Denim! 5 Trik Fesyen Ini Serlahkan Gaya OOTD Nampak Ranggi & Cool!
Kredit Foto: Instagram Adibah Nadirah

Elak memadankan ‘outerwear’ ini dengan celana jenis ‘wide leg pants’ kerana ia akan menampakkan sis besar dan stail berserabut!

Gadis Metropolitan!
Mahu bersiap dalam masa 5 minit, tetapi masih mahu nampak ‘cool’ dan bergaya?

Denim Oh Denim! 5 Trik Fesyen Ini Serlahkan Gaya OOTD Nampak Ranggi & Cool!

Sarungkan saja ‘jumper’ bersama dengan celana denim jenis ‘wide leg pants’ untuk memberikan gaya kasual yang ringkas, moden dan ‘trendy’.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI