Akhirnya teka teki yang berlegar dikalangan para peminat pemain JDT, berhubung majlis perkahwinan Safawi Rasid dengan pelakon Syifa Melvin yang juga adik kepada Syatilla Melvin telah terjawab malam ini.
Apabila dengan sekali lafaz sahaja, Syifa kini sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak Harimau Selatan itu.
Syifa Dan Safawi Sah Bergelar Suami Isteri
Majlis akad nikah yang berlangsung secara tertutup di Hotel Hilton Petaling Jaya sekitar jam 8.46 malam tadi dalam sebuah majlis serba sederhana.
Majlis ijab qabul dan resepsi berkenaan dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan terdekat kedua belah pihak dengan tema menutup aurat dan serba putih.
Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah dinikahkan oleh Ustaz Khairil Nizam sebagai wali hakim dengan disaksikan oleh bapa kandungnya, Amirol Melvin dan pelakon Shaheizy Sam.
Artikel berkaitan: “Penat kami simpan rahsia tetapi kantoi juga!” – Kad Kahwin Tular, Syifa Melvin Akui Kesal
Usai majlis akad nikah berkenaan, pengantin lelaki Muhammad Safawi Rasid menyerahkan sebentuk cincin yang merupakan mas kahwin kepada isterinya Syifa Melvin.
Menerusi live streaming di Youtube pasangan itu, Hijabista mendapati antara selebriti yang hadir memeriahkan majlis adalah Uyaina Arshad, Raja Syahiran, Riena Diana, Lia Natalia, Zamarul Hisyam dan Diana Rafar.
Untuk rekod, pada Isnin lalu Hijabista ada melaporkan berkenaan video tular di laman sosial apabila Safawi dikejutkan oleh penyokong JDT dengan nyanyian lagu Selamat Pengantin Baru yang berkumandang di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru.
Selepas itu tular pula, kad undangan majlis perkahwinan resepsi sebelah lelaki yang bertarikh 3 Disember depan yang memaparkan nama ibu bapa Safawi, Rasid Sulong dan Selemeh Abu Bakar.
Sumber: Youtube The Melvins
Artikel berkaitan: Akhiri Zaman Bujang, Safawi Dan Syifa Melvin Nikah 3 Disember Ini?
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI