Bagi wanita berhijab, pemilihan jenis tudung amat dititik beratkan. Dari segi rekaan, jenis fabrik dan juga harga menjadi keutamaan dalam memilih yang terbaik untuk digayakan terutama bila ada majlis atau musim perayaan. Semalam viral dikatakan tudung bawal ini adalah hijab paling mahal di dunia bernilai RM50,000.
Dihasilkan sepenuhnya menggunakan kain jenis Voile, yang diimport dari Jepun dan bertatahkan lebih 10 warna batu kristal Swarovski.
Hijab paling mahal ini juga dihasilnya sepenuhnya di Austria dengan ilham padang pasir berbunga, sesuai dengan personaliti empunya tudung ini.
Menerusi laporan Sinar Harian tudung paling mahal ini dihasilkan oleh syarikat hijab mewah tempatan, Bawal Exclusive diperaga dan diserahkan pada pada majlis penyampaian tudung tersebut di Kuala Lumpur malam tadi.
Menurut pengasasnya, Haliza Maysuri tudung ini menjadi milik seorang ahli perniagaan dari Kuantan berusia 35 tahun yang menempahnya melalui butik premium, ByQiss by Bawal Exclusive di Pahang.
Walaupun terkenal dengan tudung mewah, namun Bawal Exclusive turut menawarkan pelbagai pilihan rekan dan warna tudung bermula dengan Bawal Tabur serendah RM57 sehelai.
Dia yang mula menjalankan bisnes sekitar tahun 1998 dengan berniaga gerai kecil di Jalan Tunku Abdul Rahman kini bukan sahaha memiliki bangunan sendiri, tetapi juga turut memiliki 10 butik premium dan 35 ejen jualan di seluruh Malaysia.
Sementara itu, pemilik butik ByQiss by Bawal Exclusive, Datin Hamizan Putih berkata, walaupun ada pihak yang mempersoalkan kewajaran membeli tudung bernilai ribuan ringgit, namun tidak salah untuk para wanita dihadiahkan atau menghadiahkan diri sendiri dengan tudung eksklusif tersebut.
“Sebagai wanita yang istiqamah dalam menjaga aurat, tidak salah rasanya untuk memakai tudung eksklusif ini kerana ia akan turut memberi motivasi kepada wanita untuk bekerja lebih keras terutamanya dalam kalangan wanita pantai timur yang terkenal dengan semangat keusahawanan mereka,” katanya.
KREDIT FOTO: FACEBOOK BAWAL EXCLUSIVE