Kecantikan

Dengan Kos Murah, Kulit Boleh Jadi Cerah Berseri Bila Guna Masker Betik. Buat Sendiri Je!

Share

Buah betik memang sangat lazat untuk dimakan apatah lagi yang sudah masak ranum. Mengandungi pelbagai khasiat di dalamnya, betik juga sesuai dijadikan sebagai masker bagi mengatasi masalah wajah yang dialami sekaligus menyerikannya.

Betik memiliki enzim yang berfungsi untuk menghilangkan & menghalang segala radikal bebas. Bersifat untuk mencerahkan wajah, menyamarkan noda hitam dan juga bekas jerawat.

Ini cara-caranya:


Ambil beberapa potong betik masak.
1-2 sudu madu ( sesuai dengan banyak mana isi betik)
Hancurkan kedua bahan, kacau sebati.
Lumurkan pada wajah dan leher.
Bila dah kering, bilas dengan air bersih.
Photo by alleksana from Pexels

Macam menarik bukan? Kalau anda mahu serikan kulit tanpa memerlukan bajet yang banyak, bolehlah mencuba cara ini.

Published by
QIST