Buah betik memang sangat lazat untuk dimakan apatah lagi yang sudah masak ranum. Mengandungi pelbagai khasiat di dalamnya, betik juga sesuai dijadikan sebagai masker bagi mengatasi masalah wajah yang dialami sekaligus menyerikannya.
Betik memiliki enzim yang berfungsi untuk menghilangkan & menghalang segala radikal bebas. Bersifat untuk mencerahkan wajah, menyamarkan noda hitam dan juga bekas jerawat.
Ini cara-caranya:
Ambil beberapa potong betik masak.
1-2 sudu madu ( sesuai dengan banyak mana isi betik)
Hancurkan kedua bahan, kacau sebati.
Lumurkan pada wajah dan leher.
Bila dah kering, bilas dengan air bersih.
Macam menarik bukan? Kalau anda mahu serikan kulit tanpa memerlukan bajet yang banyak, bolehlah mencuba cara ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI