Rumah yang berbau wangi akan buatkan minda kita rasa tenang apabila memasukinya. Kebiasaannya kita akan menggunakan pewangi untuk mengekalkan kesegaran bau di rumah. Namun, masalahnya pewangi ini akan cepat habis dan harganya juga agak mahal.
Jangan risau sis, kalau nak rumah sentiasa wangi tak semestinya kena beli pewangi. Apa kata sis cara yang dikongsi ini. Harum sangat. Murah pun murah!
.
Tips nak rumah sentiasa wangi
Kalau nak rumah sentiasa wangi & tak payah beli pewangi mahal2.. Gunalah cara ni..
Beli sabun mandi (RM2.. 3biji…beli beberapa jenis.. Banyak jual kat Eco) dan letak dalam bakul comel2 mcm ni.. Confirm rumah bau harummm semerbak…. Boleh tahan berbulan2.. Susun untuk dijadikan deco pun boleh.. Pilih ikut warna n bau kesukaan masing2.. Nak naikkan bau just spray sikit air.. Nanti bau akan naik balik..
Selamat mencuba..
Kredit: Asri Meris Anthony ( AsriSitiDeco )
.
Senangkan sis? Kalau sis tahu cara ni dulu, awal-awal lagi sis dah cuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah Ada Hanya RM50 Je Dalam Bank, Asyalliee Syukur Kini Mampu Miliki Kereta Mewah & Rumah Sendiri
Suatu ketika dulu instafamous atau influencer ini pernah viral gara-gara satu video ‘Macam Cantik Je, Macam Comel Je’ yang dimuat turun. Bermula dari situ, dia yang mula-muka dikenali dengan nama Syasya Solero kemudiannya menukar nama kepada Asyalliee. Sejak itu dia mula mencipta nama di media sosial dan kini mempunyai pengikut melebihi satu juta di laman instagram.
Dia juga pernah viral dengan beberapa isu, antara pernah dikatakan mahu menjual beberapa barangan peribadinya kerana ketiadaan duit. Juga dikatakan menciplak satu rekaan fesyen yang dihasilkan satu jenama popular lain.
Tetapi kini menghampiri penghujung tahun 2018, influencer ini mampu tersenyum lebar kerana segala impian tahun ini telah tercapai. Bukan sahaja mampu membeli kereta mewah tetapi juga memiliki rumah yang dibeli dengan hasil duit sendiri.
Menceritakan pengalamannya sebelum berjaya seperti hari ini, influencer yang juga model sambilan ini berkata, rezeki mereka sekeluarga menjadi lebih murah sejak kelahiran anak sulungnya.
Dari situ dia dan suami memulakan bisnes walaupun tanpa ada duit modal dalam bank. Malah suaminya juga sanggup menjual motor kesayangannya hanya untuk mendapatkan permulaan modal bisnes yang diusahakan.
Walaupun pelbagai dugaan dihadapi, namun segala yang dirancang dipermudahkan oleh Allah. Menyedari semuanya adalah pinjaman dari Allah Asyallie turut berkongsi bagaimana membina kejayaan dalam tempoh yang dimahukan.
Selain berusaha dan bekerja kuat, dia juga memberi pesanan kepada followernya agar sentiasa menjaga solat, menjaga hubungan dengan keluarga dan paling penting jangan lupa bersedekah.
Tidak lupa juga diingatkan untuk sentiasa berdoa pada Allah dan insya-Allah segala yang diimpikan akan tercapai.
Alhamdullilah Alhamdullilah Alhamdullilah Target 2018 yang terakhir telah tercapai
Rasa macam tak sangka dapat beli rumah dengan hasil duit sendiri , yelah sebab sebelum ni saya dan husband kerja dekat DC comic ioi citymall masing masing naik motor pergi kerja . Hujung bulan ngam ngam duit untuk makan . Setelah berkahwin dan pada awalnya pun masih ada ujian dihimpit dengan kekurangan duit, duit pernah ada rm50 je dalam bank . mcm2 dugaan fitnah sana sini.
Tapi sejak lahirnya anak kami Haider, rezeki tu datang mencurah curah , Alhamdullilah dengan rezeki yang Allah SWT berikan kepada kami sekarang . Kami start business pun bukan ada duit dalam bank . Suami saya rela jual motor kesayangannya untuk modal business kami .
Memang saya dah azam kuat untuk teruskan usaha mencari rezeki Allah SWT supaya anak anak kami dan juga keluarga kami hidup dengan senang . Sebab saya dan suami pun bukan dari keluarga yang berharta
Walauapapun ini semua pinjaman dari Allah SWT untuk kami sekeluarga . Yang penting jaga solat , jaga hubungan dengan keluarga dan juga jangan lupa bersedekah . Dan membantu yang lain lain
Target tahun ni semua dah capai seperti ANAK , KERETA , OFFICE dan juga RUMAH . Now usahakan untuk capai target 2019 pula. Doakan tau! Saya doakan awak semua pon boleh capai impian masing2 yg penting jgn berhenti berusaha dan berdoa okk
Netizen turut gembira dengan pencapaiannya itu.
nruljannh__ congrat asyallie
zulaikah_hjfakih Alhamdulillah allahu, cantinya rumah awakk
shafikaaaa_ tahniah kak @asyalliee. saya follow akak since akak mula2 famuos dulu. masih sekolah lagi. saya bangga dengan kejayaan akak. semoga berjaya di dunia dan juga di akhirat. aamiin.
dessyverawati Alhamdulillah, Congrats @asyallieebarakallah always happy family
wahidaaah Alhamdulillah, semoga selalu dilancarkan rezekinya, kak asya beserta keluarga. Aamiin
Artkel Berkaitan: Asyalliee Kongsi Pengalaman Lahirkan Anak Pertama
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ASYALLIEE
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Harga Tak Sampai RM 100, Vakum Ini Viral Kerana Kualitinya Setanding Yang Ribuan Ringgit
Aktiviti mengvakum rumah boleh memberikan seribu satu kepuasan pada seseorang individu. Tambah-tambah lagi apabila dapat melihat segala habuk disedut. Fuh! Puas sungguh rasanya apabila rumah menjadi bersih dan bebas daripada habuk.
Di twitter, seorang pengguna iaitu Solehah Mardhiyah telah berkongsikan pada semua mengenai vakum yang berkesan untuk menyedut segala habuk di rumah dan juga kereta. Biarpun murah, namun kualitinya tidak langsung mengecewakan!
Selain itu, netizen juga turut mencadangkan jenis-jenis vakum terbaik yang ada di pasaran dengan harga yang berpatutan.
Yang ni pun best!
Vakum yang ini pun boleh tahan.
Kekurangan vakum ini mungkin hanyalah pada bunyinya yang disifatkan agar kuat oleh pengguna. Namun, jika anda tidak kisah dengannya, ia tidak akan menjadi masalah besar buat anda.
sumber: twitter @solehahMM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Bergurau Tu Boleh, Tapi Perlu Ikut 10 Tip Ini Supaya Ada Yang Tak Terasa Hati
Setiap hari, pasti ada sahaja gurauan anda bersama teman-teman. Tentunya hambar hari-hari anda jika tidak bergurau senda bersama teman-teman ataupun ahli keluarga.
Namun dalam pada anda bergurau, kadangkala ada juga individu yang terasa hati dan terguris dengan gurauan anda. Disebabkan itu, anda dinasihatkan berhati-hati ketika bergurau.
Jadi, Hijabista paparkan 10 tip yang boleh anda ikut ketika mahu bergurau senda agar tiada yang berkecil hati.
- Jauhi daripada menipu ketika bergurau.
- Tiada penghinaan mahupun fitnah dalam gurauan.
- Jangan berlebihan dalam bergurau, hanya secukup rasa sahaja. Jika berlebihan, dikhuatiri ada yang terasa dan berkecil hati.
- Letakkan mesej yang baik ketika bergurau.
- Jangan bergurau yang menakutkan seperti menggunakan senjata yang berbahaya.
- Selitkan gurauan dalam berdakwah agar lebih santai dan menarik untuk didengari para pendengar.
- Tidak memasukkan unsur-unsur lucah.
- Tidak bermain dengan perkara agama seperti menghina atau memperlekehkan kedudukan agama yang suci.
- Jangan mengaibkan ketika bergurau. Contohnya, ambi gambar kandid kawan yang sedang tidur. Hukumnya berdosa.
- Elakkan daripada membuat orang lain terasa hati.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI