Rumah yang berbau wangi akan buatkan minda kita rasa tenang apabila memasukinya. Kebiasaannya kita akan menggunakan pewangi untuk mengekalkan kesegaran bau di rumah. Namun, masalahnya pewangi ini akan cepat habis dan harganya juga agak mahal.
Jangan risau sis, kalau nak rumah sentiasa wangi tak semestinya kena beli pewangi. Apa kata sis cara yang dikongsi ini. Harum sangat. Murah pun murah!
Tips nak rumah sentiasa wangi
Kalau nak rumah sentiasa wangi & tak payah beli pewangi mahal2.. Gunalah cara ni..
Beli sabun mandi (RM2.. 3biji…beli beberapa jenis.. Banyak jual kat Eco) dan letak dalam bakul comel2 mcm ni.. Confirm rumah bau harummm semerbak…. Boleh tahan berbulan2.. Susun untuk dijadikan deco pun boleh.. Pilih ikut warna n bau kesukaan masing2.. Nak naikkan bau just spray sikit air.. Nanti bau akan naik balik..
Selamat mencuba..
Kredit: Asri Meris Anthony ( AsriSitiDeco )
Senangkan sis? Kalau sis tahu cara ni dulu, awal-awal lagi sis dah cuba!
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/MlX4wMweymk
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Instafamous VIRAL Yang Teruk Dikecam Netizen Bagi TIP Nak Jana Pendapatan ‘PAID REVIEW’ Sehingga RM10K
Isi Kandungan
TogglePerkembangan dunia digital yang semakin meluas ini menjadikan ramai hijabi muda mahu bergelar instafamous dengan mempromosi dan mempopularkan sesuatu barangan. Ini kerana kerjaya instafamous ini sebenarnya mampu menghasilkan pendapatan lumayan jika kena cara review yang dilakukan. Ada yang menjadikan kerjaya ini sebagai pekerjaan tetap tetapi ada juga melakukanya secara sambilan. Jangan tak tahu hanya dengan membuat paid review sahaja seseorang instafamous itu mampu peroleh pendapatan mencecah RM10K sebulan.
Memang lumayan dan inilah yang diraih oleh antara instafamous paling viral Nur Humaira. Walaupun baru berusia 19 tahun tapi kemunculan gadis ini di laman sosial memang menjadi bualan hangat netizen gara-gara dek kerana video ‘over’ dalam setiap review yang dibuat
KONGSI TIP
Baru-baru ini ketika dijemput menjadi artis undangan dalam rancangan Motif Viral, Humaira sempat berkongsi tip bagaimana seseorang instafamous itu mahu mendapat pendapatan mencecah hingga ribuan ringgit.
“Biasanya orang review hanya akan cakap-cakap. Tetapi Mira nak pesan jika mahu menjadi reviewer yang baik di instagram, korang kena jujur dan jadi diri sendiri. Tak boleh tiru orang. Depan kamera buat apa yang korang suka dan buat apa yang korang rasa nak buat. Buat untuk jadikan ia viral dan secara tak langsung view itu akan naik sendiri.
Menurutnya, walaupun video review yang dilakukan memang over tetapi cara demikian menyebabkan sesuatu video itu akan mendapat tontonan yang tinggi di laman sosial. Walaupun mendapat kecaman netizen dengan perlakuan video pelik yang dilakukannya, tetapi Mira akui gembira melakukannya dengan cara tersendiri.
“Saya akan jujur setiap kali saya review sesuatu produk contoh makanan. Saya akan cakap perkara sebenarnya mengenai produk itu. Kalau pedas saya akan cakap pedas. Dan kalau tak sedap pun saya akan katakan juga.
“Biasanya jenama itu tak akan marah langsung dan tidak peduli asalkan produk mereka diketahui ramai, jadi viral dan view akan meningkat naik. Malah mereka juga akan berterima kasih kepada saya kerana mempopularkan jenama mereka dengan cara tersendiri. Itulah yang kita namakan strategi,” ujarnya.
TAK SANGKA JADI VIRAL
Humaira sendiri sebenarnya tidak menyangka dirinya akan menjadi viral sebab dia melakukannya hanya sekadar suka-suka. Dia yang sudah melakukan kerjaya ini tidak sampai 1 tahun dan dengan usia masih muda telah memperoleh pendapatan cukup lumayan tidak sepadan umurnya.
Dia mengakui kaedah yang dilakukan dalam instagramnya memang unik dan berbeza dengan review yang biasa dilakukan instafamous lain. Biarpun dikecam kerana dirinya perempuan dan dianggap perlakuannya tidak senonoh tetapi Mira tidak kisah dan teruja melakukan setiap aksi dalam lamam instagramnya.
Mira juga mengakui walaupun dirinya sudah terkenal sebagai instafamous ini, tetapi dia ada juga terfikir untuk menyambung pelajarannya. Tetapi memikirkan sudah rezekinya ke arah apa yang dilakukannya sekarang, jadi dia memang mencari wang pendapatan dengan kerjayanya sekarang ini.
Mempunyai follower di instagram 344K dengan menggunakan nama akauan @nrhwz. Selain produk makanan, Humaira juga turut membuat paid review seperti produk kecantikan, makanan, fesyen dan gajet.
Malah jika dilihat dalam setiap video dipaparkan mendapat view hingga ratusan ribu. Wow, cukup menakjubkan dan mengalahkan page selebriti. Juga tersenarai antara 11 instafamous yang terkenal dengan bakat gila-gila dalam membuat perniagaan review online ini.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NRHWZ
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Neelofa Teruja Jumpa Kembar Cilik, Respon Si Cilik Mencuit Hati, “Comel, Cantik, Susu”
Kuasa viral akhirnya menemukan seorang kanak-kanak perempuan comel yang mempunyai raut wajah yang sama dengan ikon fesyen, selebriti dan juga usahawan, Neelofa. Minggu lalu melalui satu perkongsian di Twitter, Sara telah berkongsi gambar anak saudaranya dan ia mendapat perhatian selebriti popular berkenaan.
.
.
Hasilnya mini Lofa telah dijemput ke studio MeleTOP. Maka bertemulah Neelofa dengan si cilik bernama Che Naura Auni dalam satu segmen khas rancangan temu bual MeleTOP. Kanak-kanak berusia 5 tahun ini walaupun nampak sedikit gementar namun respon dan gayanya yang bersahaja menghiburkan hos dan penonton di studio.
mini ME ! They finally found the new host for @meletop
A post shared by Neelofa (@neelofa) on Dec 17, 2019 at 6:49am PST
SALING TAK TUMPAH SEPERTI NEELOFA WAKTU KANAK-KANAK
Sambil memangku kanak-kanak itu akui Neelofa wajah kanak-kanak itu persis dirinya ketika zaman kanak-kanaknya. Kebetulan negeri kelahiran mereka juga sama.
.
.
Majoriti netizen juga turut mengakui bahawa adik Che Naura Auni memiliki iras wajah seakan sama dengan selebriti terkenal itu.
.
.
.
Sumber kredit: Neelofa dan Meletops
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Petua Untuk Menentukan Saiz Kasut Semasa Membeli-Belah Dalam Talian!
Sudah menjadi kebiasaan untuk kita berasa keliru apabila ingin membeli kasut dalam talian. Sudah tentu, kerana anda tidak boleh mencubanya dengan segera, anda teragak-agak untuk menentukan saiz yang betul. Cara untuk mengetahui saiz kasut anda agak mudah, anda tahu?
Kami mempunyai beberapa petua untuk membantu anda menentukan saiz kasut yang betul supaya anda tidak lagi keliru apabila anda ingin membeli kasut dalam talian.
Artikel Berkaitan : Kelihatan Hebat Dalam Sepasang Denim, Perlu Tahu 7 Peraturan Asas Sebelum Membelinya
- Ukur Panjang Kaki Dengan Pembaris Atau Pita Pengukur
Jika anda sudah mempunyai tapak kaki anda pada sekeping kertas, ukur panjang kaki anda dengan pembaris atau pita pengukur. Jangan lupa untuk menambah panjang tambahan untuk meninggalkan ruang antara kaki dan kasut anda. Kemudian bandingkan keputusan dengan carta saiz kasut standard antarabangsa.
- Lukis ‘jejak’ Kaki Pada Sekeping Kertas
Tidak perlu rumit, anda boleh menggunakan bahan yang anda ada di sekeliling rumah seperti kertas, pen, pembaris atau pita pengukur untuk menentukan saiz kasut anda. Mudah sahaja, cuma lukis penanda pada sekeping kertas. Lukiskan garisan dari bahagian atas kaki hingga ke tumit. Setelah selesai, langkah seterusnya ialah mengukur panjang kaki anda.
- Semak Panjang Kaki Dengan Saiz Kasut Standard Di Kedai Dalam Talian
Jika anda sudah mengetahui panjang dan lebar kaki anda, anda boleh menyemak saiz kasut standard di laman web kedai dalam talian tempat anda membeli kasut tersebut. Sebagai contoh, saiz kasut tipikal yang biasa digunakan dengan panjang kaki 24.5 cm ialah saiz 39.
- Lihat Jadual Piawaian Saiz Kasut Antarabangsa
Jika kedai dalam talian tempat anda akan membeli kasut anda tidak menawarkan saiz kasut standard, anda boleh membandingkan panjang kaki anda dengan carta saiz kasut standard antarabangsa. Anda juga boleh melihat perbandingan saiz kasut dalam saiz EU, AS dan UK yang berbeza. Jadi anda boleh menukar saiz kasut anda dengan mudah.
Artikel Berkaitan : Berjalan Sakan Di Hari Raya Bersama Kasut Yang Selesa Daripada LARRIE!
- Kami Mengesyorkan Mengukur Panjang Kaki Pada Sebelah Petang
Jangan salah faham, saiz kaki boleh berubah tau. Masa terbaik untuk mengukur panjang kaki adalah pada waktu petang. Ini kerana saiz kaki akan lebih besar pada masa itu.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI