Percutian sememangnya diperlukan oleh setiap individu untuk merehatkan minda dan melupakan segala stress di tempat kerja. Tidak kira bercuti di dalam atau di luar negara, paling penting inilah masa untuk anda menghabiskan masa bersama keluarga tanpa memikirkan sebarang anasir-anasir luar yang boleh merosakkan mood anda.
Jika dilihat di Facebook, terdapat banyak perkongsian tentang tempat menarik serta bajet yang diperlukan untuk bercuti ke tempat tersebut. Sememangnya ia sangat membantu kerana anda mampu membuat kira-kira sebelum anda pergi ke sana. Terbaru, terdapat satu perkongsian oleh Shakila Abdul Hamid tentang percutian ke Hatyai, Thailand dengan menaiki train dari Butterworth ke Padang Besar dan dari Padang Besar ke Hatyai. Sememangnya ia lebih jimat!
Shakila turut berkongsi 6 tempat yang wajib anda kunjungi apabila tiba di Hatyai. Menariknya, anda hanya memerlukan bajet tidak lebih daripada RM200 untuk kos perjalanan serta tempat tinggal di Hatyai. Tetapi, ia tidak termasuk kos makan dan shopping ya! Ayuh kita baca perkongsian daripada Shakila Abdul Hamid.
Sawadekappp! Setiap bulan balik kampung kan. Last month Krabi this month repeat Hatyai. Next month?
Okay malas cakap panjang setel dah bujang getaway! Sebab apa ni suka sangat turun Thailand?! Sebab makanan dia superrrbebbbbb. Sini I share bajet trip Hatyai 5.0 ??
Sumber: Facebook Shakila Abdul Hamid