Tiba sahaja waktu solat, pastinya azan akan didengari umat Islam seluruh negara. Bermacam gelaran yang diberikan kepada insan penting ini sama ada muazin, tukang azan dan tok bilal. Lenggok suara yang mendayu-dayu, memanggil semua untuk meninggalkan apa sahaja tugas yang dilakukan untuk menghadap Allah Yang Maha Esa.
Dari pandangan manusia, peranan muazin dilihat tidaklah begitu besar jika dibandingkan dengan jawatan imam atau pengerusi di sesebuah masjid. Disunatkan juga untuk melaungkan azan meskipun seseorang itu sekadar solat bersendirian di rumah.
Memetik berita dari Harian Metro, seorang pesara tentera nekad untuk mengelilingi Semenanjung Malaysia demi merealisasikan impiannya untuk melaungkan seruan azan di 99 masjid atau surau setiap negeri yang dikunjunginya.
Jika ada terjumpa lelaki ini di mana-mana, hulurkan kata-kata semangat atau apa-apa bantuan kepadanya. Ayuh kita bagi sokongan!
Berbekalkan motosikal Yamaha LC, seorang pesara tentera nekad untuk mengelilingi Semenanjung Malaysia demi merealisasikan impiannya untuk melaungkan seruan azan di 99 masjid atau surau setiap negeri yang dikunjunginya.
Ads
Malah, Murad Mohd Kassim, 52 yang berasal dari Parit, Perak dan menetap di Putrajaya berkata, tujuannya melaksanakan Kembara Solo Hijrah Merdeka 2022/1444 Hijrah adalah sebagai usaha menghijrahkan dirinya dalam mendekatkan diri dengan Allah SWT.
“Sebenarnya perancangan ini sudah lama dilakukan dan saya melihat tempoh bersempena dengan kedatangan Awal Muharam dan Hari Kebangsaan nanti adalah sebagai waktu terbaik untuk saya melakukan usaha murni ini.
Ads
“Pemilihan angka 99 itu juga sebagai mengingati 99 nama Allah. Namun, saya tidak memilih masjid atau surau tertentu untuk dikunjungi kerana saya akan singgah di mana-mana masjid atau surau di sepanjang perjalanan,” katanya ketika ditemui di perkarangan Masjid al-Hussain atau dikenali sebagai Masjid Terapung Kuala Perlis.
Katanya, selain mendekatkan diri dengan Allah SWT, usaha ini juga sebagai satu disiplin kepada dirinya untuk sentiasa istiqamah dalam melaksanakan solat fardu lima waktu dan solat Jumaat.
“Saya hanya berbekalkan wang saku sendiri sekitar RM1,000 sahaja yang mana RM200 dibelanjakan untuk pengisian petrol sepanjang kembara ini,” katanya.
Ads
Dia berkata, selepas Perlis, dia akan berkunjung ke Masjid al-Fateh di Jitra, Kedah sebelum meneruskan ke masjid atau surau di setiap negeri dalam kembara itu seperti Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Dewasa ini banyak sangat kes kita dengar kes membabitkan sumbang mahram antara ayah dengan anak. Adik dengan abang atau cucu dengan datuk. Dalam kes ini, mangsa yang masih kecil (kanak-kanak perempuan) sering menjadi mangsanya. Oleh kerana usia masih kecil dan rasa takut, segala perbuatan itu akan hanya disimpan sahaja.
Kadang-kadang tanpa kita sedari walaupun dalam rumah ada batas aurat yang perlu kita jaga. Maklumlah segala perlakuan sumbang mahram ini memang banyak bermula dari rumah lagi. Mungkin keadaan rumah yang kecil dan tidak selesa menyebabkan abang atau bapa atau datuk yang liar matanya memandang aurat anda walaupun ia adalah muhrim.
Malah pengertian tentang aurat juga menyebabkan faktor ‘haruan makan anak’ ini yang semakin berleluasa di negara kita. Ini ditambah dengan pengaruh asing dalam dunia fesyen yang mudah mempengaruhi kaum wanita hingga meminggirkan soal-soal agama.
Apa yang kita fahami tentang aurat. Melalui penerangan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), aurat diambil dari perkataan Arab ‘Aurah’ yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.
Di dalam Islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat Islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu.
Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 33 yang bermaksud :
“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai “Ahlu Bait”, dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).”
Daripada penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.
Dengan menutup aurat, wanita Islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.
ASAS AURAT
Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita. Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya :
Aurat Ketika Sembahyang
Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat Ketika Sendirian
Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.
Aurat Ketika Bersama Mahram
Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.
Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatasusila wanita terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku.
Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.
Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :
Suami
2. Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa
3. Ayah mertua
4. Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan.
5. Anak-anak suami
Dalam perkara ini Islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa.
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya.
8. Anak saudara daripada saudara perempuan.
9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama.
10. Hamba sahaya.
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat.
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.
PAKAIAN DALAM ISLAM
Dalam membicarakan soal pakaian wanita, Islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita Islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:
i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat.
ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.
Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.
Suatu hari Rasulullah S.A.W bertanyakan Usamah : “Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?” Usamah menjawab :” Saya telah berikan kepada isteri saya”. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda kepada Usamah :” Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)”.
iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.
Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.
iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.
v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.
Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina”.
vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.
Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekali gus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita.
Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam akan mendapat keredhaan Allah S.W.T dan lelaki akan memandang mereka dengan penuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.
Nampaknya gaya tudung bawal kembali bakal jadi pilihan untuk digayakan sempena Syawal nan mulia nanti. Dengan material fabrik yang ringan dan tidak panas serta menjadikan wajah nampak menarik untuk digayakan dan sangat ‘on point’.
Tidak dinafikan ramai dalam kalangan selebriti atau orang kenamaan yang gemar bertudung bawal sama ada dari fabrik cotton atau satin. Salah seorang darinya adalah Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau memang senang sekali menyarung bawal, terutama polos setiap kali dalam apa jua majlis dihadiri. Tanpa gaya berlebihan hanya disimpul sahaja di bahagian depan menjadikan stail hijabnya ringkas tetapi sangat menarik.
Bukan beliau sahaja meminati tudung bawal, anak kesayangannya, YB Nurul Izzah juga turut gemar menyarung bawal. Hijab yang sama tetapi suntikan moden menjadikan stail digayakan sangat eksklusif.
Pernah ditanya katanya kenapa tidak beralih kepada selendang, penggayaan tudung bawal jadi pilihan kerana memudahkan setiap pergerakan dan tidak panas.
Kesilapan memilih produk penjagaan wajah kadangkala boleh membawa keburukan. Tambahan pula sudah banyak kes di luar sana di mana kulit wajah akan menjadi rosak dan bermasalah. Disebabkan itu, anda perlu berhati-hati sebelum menggunakan sesuatu produk kosmetik tempatan.
Seperti yang terjadi pada wanita bernama Syafikaa Izzati di mana kulit mukanya menjadi semakin teruk dan dinaiki jerawat. Malah, bila pegang muka pun dah rasa sakit dan pedih. Nasib baik Syafikaa cepat bertindak dan kini dia berjaya merawat kulit wajahnya.
Nak tahu apakah tip Syafikaa untuk mendapatkan kulit yang mulus, ikuti perkongsiannya. Semoga bermanfaat untuk anda semua.
Padah Pakai Produk Lokal
Since 2013, muka aku start breakout masa aku menggatal tangan pakai tabita dengan gatal pergi buat laser dekat kelantan. Masa tu kulit normal.
Dari 2013, aku memang give up try any local product tapi makin lama skin makin worst. Menangis weh aku pun stop la lepas dah tengok 2014 makin teruk.
Cara Semula Jadi Juga Tak Menjadi
Since 2014, memang takde harapan. Kejap elok kejap tak. Stop using local product ke high end product ke ape. Aku guna natural product je.
Tenyeh aloe vera, kunyit, madu lah kayu manis lah tapi sama je. Tapi orang cakap beauty is pain. Kesabaran kena tnggi. Orang ejek ke tanya buat pekak je.
Muka Pedih & Sakit
Masa September 2017, aku pergi Bangkok awal bulan. Sana panas nak mati, muka yang suam-suam kuku aku ni naik jerawat menggila! Sampai nak pegang muka sakit, pedih!
Aku pun tekad. Tekad nak pergi jumpa doktor. Aku buat research, tengok video sebab trauma kes pernah jumpa doktor, muka jadi lagi teruk. Masa tu aku sengsara.
Nekad Jumpa Doktor
Aku pun pergilah jumpa doktor ni untuk consult dan dikenakan bayaran sebanyak RM50 untuk buat analisis skin untuk dengar dan tahu punca terjadinya masalah kulit aku ni.
First dia cakap kulit aku berminyak pada asalnya. Tetapi jadi kering sangat bila pergi Bangkok kena panas without pakai protect apa-apa dekat muka. Burn! Jerawat naik.
Rawatan yang doktor suggest adalah chemical peel dan injection. Aku pun macam takut-takut je. Yela trauma tak habis. Tapi aku percaya dengan saranan doktor bertauliah ini memang patut diikut.
Ikut Pantang Larang
Aku tak fikir apa terus buat. Tapi muka jadi merah. Aku beli skincare doktor, sunblock dan paling penting ikut PANTANG LARANG dia! Aku memang jaga.
Untuk kulit berjerawat dan berminyak, please stop using moisturizer! Ini sebenarnya musuh utama even kau tak guna makeup ke apa. Kenapa? Sebab muka kau berminyak then kau bubuh lagi moisturize untuk melembap. Sebenarnya kulit muka hanya perlu apa yang perlu! Ini apa yang Doktor Alina beritahu dan kalau nak tahu, Doktor Alina ini ada kelulusan dari Cardiff University.
Please, please and please use sunblock! Benda ni tolong jangan tinggal kalau korang nak recover. Lagi-lagi muka tengah berjerawat, minyak, kering dan lain-lain lagi. Dulu aku guna sunblock bila nak sukan atau pergi tempat panas terik je. Tu muka tak elok. Lepas tu gatal bubuh moisturizer. Tengok balik tu jadi apa. Lepas aku buat chemical peel, aku guna skincare dia je. Skincare dia sebenarnya banyak membantu aku! Serius aku cakap.
Jaga pemakanan! Aku stop makan seafood, bersusu, kacang, berminyak, kurangkan gula dan musuh utama aku adalah seafood sebab aku resdung teruk.
Ni set skincare aku guna. Dua ketul je ada. Facial wash gel dengan toner. Dah settle.
Ni sunblock aku guna! The best sunblock in the world.
Routine Skincare: Pagi nak pergi kerja pakai facial wash, toner, sunblock dan bc cream. Malam guna facial wash dan toner. Settle.
Kalau korang follow tips ni, kulit korang confirm improve dgn izin Allah swt.
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...