Demi Pertahankan Maruah Islam, PU Amin Seru Boikot Mereka Yang Mempermainkan Agama

Share

Pendakwah terkenal, Pencetus Ummah Amin atau lebih dikenali sebagai PU Amin menyeru kepada semua agar memboikot mereka yang mempermainkan agama Islam.

Ini susulan daripada tindakan seorang usahawan kosmetik terkenal yang sering melakukan kontroversi dengan berpakaian dan berkelakuan keterlaluan seperti seorang wanita hingga mencolok mata.

Tidak mahu agama Islam dipandang serong, PU Amin menggesa semua agar bersatu padu menentang mereka yang memperolokkan Islam.

Luah PU Amin di laman instagramnya…

Bangjat mengganas kembali. Sebenarnya aku malas dah nak buat benda sama, sejak 2018, benda sama yang berulang dan tak ada perubahan..

Kecam , ugut, ancam semua aku dapat dulu sebab tegur benda macam ni, tapi disebabkan tanggungjawab dan sayangkan anak keturunan aku, maka aku minta netizen dan seluruh pengguna media sosial BOIKOT dan REPORT IG bangjat..

 

Ingat lagi awal tahun dia pergi mekah, masa tengah saie dekat safa marwah aku nampak dia dengan kawan kawan dia dalam kawasan saie, dekat masjid quba di madinah aku nampak dia juga, pakai pakaian perempuan, aku doa agar Allah bagi hidayah. Aku report dekat pihak berkuasa, dia tetap sama dan kuat..

Walaupun dah cium kelambu kaabah sambil menangis dia tetap ulang benda sama. Ya Allah berilah pengajaran kepada manusia ini, dia sering mempermainkan dan merosakkan agama mu Ya Allah!..

Pelik dan ajaib masih ramai pengikut, masih ramai yang memuji , masih ramai yang membeli, sedangkan dia sedang merosakkan anak bangsa dengan uplod gambar gambar lucah ini. Jom lah kita sama sama boikot dia, dulu kita pernah buat dan berjaya , sekarang kita lancarkan kembali, ini tindakan sebaiknya, saya juga desak pihak berkuasa ambil tindakan dengan memadamkan semua media sosial bangjat dari alam maya. Berikan ruang pada dia untuk bertaubat dan kembali pada jalan Allah. Kita akan terus doakan dia dan dalam masa yang sama TINDAKAN tegas wajib dikenakan pada dia..

 

Pada Allah kami berserah! Ya Allah peliharalah anak anak kami, masyarakat kami, maruah kami dan akhlak kami! Berilah hidayah dan pengajaran pada bangjat Ya Allah!

Kita sama sekali tidak boleh memandang ringan isu ini kerana secara tidak langsung kelakuannya itu dapat mencemarkan nama baik Islam. Oleh itu, sama-samalah kita menjaga kesucian Islam dengan perkara yang sangat mudah iaitu memboikot.

Tidak susah pun sis. Selain itu, marilah kita turut mendoakan untuknya agar dibukakan pintu hati untuk bertaubat dan diberi hidayah oleh Allah. InsyaAllah.

 

Published by
Team Hijabista