Sebut sahaja nama Bienda atau pemilik nama penuh Nor Razlinda Razli pasti ramai akan terkenangkan suara lunak merdu bekas penyanyi nasyid kumpulan Solehah pada era 90-an ini yang juga pernah dianggotai oleh isteri usahawan terlajak laris, Datin Nur Shahida Mohd.
Sekadar recap, Bienda memulakan kerjaya nyanyiannya seawal usia 12 tahun dengan menganggotai sebuah kumpulan nasyid wanita Solehah selama 5 tahun, bermula dari tahun 1998 hingga 2002. Pada tahun berikutnya, Bienda telah mengambil keputusan untuk keluar daripada Solehah dan mula bergerak secara solo.
Pasti ramai diantara peminat Bienda mahupun ‘Biendalovers’ yang tertanya-tanya apakah perkembangan terkini artis versatil yang pernah diangkat sebagai ikon fesyen, sehingga menjadi ikutan ramai gadis disebabkan imej berhijab serta gaya penampilannya yang begitu gypsy
satu ketika dahulu.Kini HIJABISTA, tumpang gembira melihat bisnes pau yang diusahakan Bienda mendapat sambutan ramai. Pernah menjadi penyanyi kumpulan nasyid, Bienda bagaimana pun tidak segan berniaga di tepi jalan dan mencari pelbagai peluang rezeki halal demi kelangsungan hidup.
Sejak perniagaan pau viral sekitar tahun 2022, Bienda berkata perniagaan ‘Papapau’ yang diusahakan bersama suami tercinta iaitu Kamarul Zariman Abdul Rahman pada hujung Disember 2021 masih mendapat sambutan dan mempunyai penggemar tersendiri.
Pau yang dijual selain gebu dan berinti penuh, terdapat pelbagai perisa ditawarkan termasuklah Pau Kaya, Pau Kelapa, Pau Kacang, Pau Coklat Beryls, Pau Kari Ayam Dara dan Pau Kari Daging Empuk.
Artikel berkaitan: 15 Tahun Menyepi, Bienda Kongsi Perkembangan Terkini Waheeda ‘Wassini’
Paling rare, perisa Pau Bolognese Mozarella Cheese dan Pau Carbonara Cendawan Subur.
Akui wanita cantik dan anak kepada penyanyi Sheeda ini, gerai jualan mereka dikunjungi ramai sejak gambarnya menjual pau di tepi jalan bertebaran di media sosial.
Selain rancak berniaga pau aneka perisa, Bienda juga menjual koleksi jubah dan busana wanita. Sampai hampir licin di pasaran. Alhamdulillah!
Malah ketika ditanya, adakah dia merasa kekok keluar dari dunia ‘glamour’ dan kini bergelar oarang kebanyakkan, Bienda menegaskan bahawa dia langsung tidak kisah berniaga di tepi jalan seperti yang diusahakannya bersama suami ketika ini. Asalkan produk yang dijual berkualiti dan sedap.
Untuk rekod, Bienda berkahwin dengan suaminya yang merupakan bekas penerbit sebuah stesen televisyen pada pada 10 Oktober 2009.
Hasil perkongsian hidup selama 15 tahun itu, kehidupan pasangan merpati dua sejoli ini telah diserikan lagi dengan kehadiran dua cahaya mata perempuan iaitu Lavienda Namiraz dan Laxiendra Namiraz.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Artikel berkaitan: “Sayang Sampai Syurga” BIENDA Bersyukur Dapat Tunai Hajat Arwah Adik Untuk Khatam Quran & Umrah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.