Majlis yang penuh dengan mode k-pop, pelakon dan usahawan, Hanez Suraya telah melancakan produk pewarna bibir, Cake Pop serta mengadakan ‘baby shower’ untuk kelahiran anak keduanya di Hotel Grand Millennium, semalam.
Setelah 4 tahun Hanez Suraya cuba menyakinkan suami untuk mengeluarkan produknya sendiri kini impian telah tercapai. Produk pelindung bibir yang berwarna atau lebih dikenali dengan nama CAKE POP Lip Tint ini di bawakan khas untuk peminat setia drama Kpop.
Menurutnya lagi, dia mulai tergerak hati untuk memasarkan produk pewarna bibir kerana terpengaruh dengan solekan natural selebriti Korea yang sering ditonton di layar kaca.
“Sejak obses dengan perkara tersebut, saya sangat tertarik dengan solekan mereka. Kelihatan sangat semulajadi dan sangat segar.
“Disebabkan itulah, saya memilih untuk mengeluarkan pewarna bibir ini. Ia mempunyai tiga variasi warna bersama perisa berbeza,” katanya lagi yang turut menjelaskan, Cake Pop sudah pun boleh didapati mulai hari ini dan dijual di atas talian menerusi instagram cakepop.hq .
Mengakui secara tiba-tiba dia terlalu obses dengan drama-drama Korea dan muzik K-Pop sejak hamil anak kedua. Malah katanya kepada, dia sering menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen dan menyaksikan program hiburan dari negara berkenaan.
“Sebelum ini, saya memang meminati budaya dan industri negara berkenaan. Tetapi, tidaklah terlalu obses seperti apa yang saya alami sewaktu hamil.
“Sehinggakan, saya pernah mengajak suami saya untuk bercuti di sana. Memang minat sangat tetapi tidak hanya pada dunia hiburannya semata-mata,” katanya.
Pada majlis tersebut, Hanez yang kini hamil tujuh bulan turut mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada awal Julai ini. Duta rasmi Deeja Kosmetik ini juga dikurniakan kecantikan yang asli dan semulajadi walaupun tanpa mengenakan solekan.
Hijabista sempat mengajukan soalan adakah dia akan bersolek sementara menunggu untuk di bawa ke persalinan supaya penampilan lebih menyakinkan bagi berkongsi serta muat turun gambar selepas bersalin.
“Setiap orang berlainan pembawakannya. Bagi Hanez dari mengandung anak pertama lagi Hanez tidak bersiap apa-apa kerana tumpuan lebih kepada mahu bersalinkan anak kedua ini. Dan bayi yang bakal lahir ini juga belum tentu lagi pembawakannya bagaimana.
“Hanez yakin dengan penampilan diri sendiri walaupun tidak mengenakan sebarang solekan kerana saya jarang berkongsi di laman sosial.”
Hanez Suraya juga memilih doktor perempuan yang akan menyambut anaknya. Baginya dia lebih selesa dalam bilik bersalin bertemankan suami serta doktor dan pembantunya adalah perempuan. Ini kerana dia bimbang sekiranya semasa bersalin auratnya tidak terkawal.
Hanez Suraya cukup bertuah mempunyai badan yang cukup langsing namun telah sarat berbadan dua, tidak nampak perubahan yang ketara. Bagi mereka yang lepas bersalin pasti mempunyai masalah untuk turunkan bert badan, lain pula Hanez.
“Memang Hanez tiada masalah untuk turunkan berat badan, namun apa yang perlu Hanez titik beratkan adalah kesihatan dalaman. Jadi, Hanez akan berpantang betul-betul supaya badan kembali langsing seperti sebelumnya.
“Lepas bersalin Hanez akan pastikan elak minumam bergula dan juga akan amalkan minum air putih lebih banyak. Alhamdulilah selepas kelahiran pertama dahulu Hanez tidak punyai masalah dalaman,” tambahnya sebelum mengakhiri perbualan.