Majlis yang penuh dengan mode k-pop, pelakon dan usahawan, Hanez Suraya telah melancakan produk pewarna bibir, Cake Pop serta mengadakan ‘baby shower’ untuk kelahiran anak keduanya di Hotel Grand Millennium, semalam.
Impian Mengeluarkan Produk Sendiri Selama 4 tahun
Setelah 4 tahun Hanez Suraya cuba menyakinkan suami untuk mengeluarkan produknya sendiri kini impian telah tercapai. Produk pelindung bibir yang berwarna atau lebih dikenali dengan nama CAKE POP Lip Tint ini di bawakan khas untuk peminat setia drama Kpop.
Menurutnya lagi, dia mulai tergerak hati untuk memasarkan produk pewarna bibir kerana terpengaruh dengan solekan natural selebriti Korea yang sering ditonton di layar kaca.
“Sejak obses dengan perkara tersebut, saya sangat tertarik dengan solekan mereka. Kelihatan sangat semulajadi dan sangat segar.
“Disebabkan itulah, saya memilih untuk mengeluarkan pewarna bibir ini. Ia mempunyai tiga variasi warna bersama perisa berbeza,” katanya lagi yang turut menjelaskan, Cake Pop sudah pun boleh didapati mulai hari ini dan dijual di atas talian menerusi instagram cakepop.hq .
Ads
Kehamilan Kali Kedua Obses Dengan Drama-drama KOREA
Mengakui secara tiba-tiba dia terlalu obses dengan drama-drama Korea dan muzik K-Pop sejak hamil anak kedua. Malah katanya kepada, dia sering menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen dan menyaksikan program hiburan dari negara berkenaan.
“Sebelum ini, saya memang meminati budaya dan industri negara berkenaan. Tetapi, tidaklah terlalu obses seperti apa yang saya alami sewaktu hamil.
“Sehinggakan, saya pernah mengajak suami saya untuk bercuti di sana. Memang minat sangat tetapi tidak hanya pada dunia hiburannya semata-mata,” katanya.
Ads
Tidak Perlu Bersolek Dan Tetap Menjaga Aurat Semasa Bersalin
Pada majlis tersebut, Hanez yang kini hamil tujuh bulan turut mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada awal Julai ini. Duta rasmi Deeja Kosmetik ini juga dikurniakan kecantikan yang asli dan semulajadi walaupun tanpa mengenakan solekan.
Hijabista sempat mengajukan soalan adakah dia akan bersolek sementara menunggu untuk di bawa ke persalinan supaya penampilan lebih menyakinkan bagi berkongsi serta muat turun gambar selepas bersalin.
“Setiap orang berlainan pembawakannya. Bagi Hanez dari mengandung anak pertama lagi Hanez tidak bersiap apa-apa kerana tumpuan lebih kepada mahu bersalinkan anak kedua ini. Dan bayi yang bakal lahir ini juga belum tentu lagi pembawakannya bagaimana.
Ads
“Hanez yakin dengan penampilan diri sendiri walaupun tidak mengenakan sebarang solekan kerana saya jarang berkongsi di laman sosial.”
Hanez Suraya juga memilih doktor perempuan yang akan menyambut anaknya. Baginya dia lebih selesa dalam bilik bersalin bertemankan suami serta doktor dan pembantunya adalah perempuan. Ini kerana dia bimbang sekiranya semasa bersalin auratnya tidak terkawal.
Tidak Risau Untuk Turunkan Berat Badan Selepas Bersalin
Hanez Suraya cukup bertuah mempunyai badan yang cukup langsing namun telah sarat berbadan dua, tidak nampak perubahan yang ketara. Bagi mereka yang lepas bersalin pasti mempunyai masalah untuk turunkan bert badan, lain pula Hanez.
“Memang Hanez tiada masalah untuk turunkan berat badan, namun apa yang perlu Hanez titik beratkan adalah kesihatan dalaman. Jadi, Hanez akan berpantang betul-betul supaya badan kembali langsing seperti sebelumnya.
“Lepas bersalin Hanez akan pastikan elak minumam bergula dan juga akan amalkan minum air putih lebih banyak. Alhamdulilah selepas kelahiran pertama dahulu Hanez tidak punyai masalah dalaman,” tambahnya sebelum mengakhiri perbualan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa tidak kenal dengan aktor kacak, Aidil Aziz yang pernah membintangi filem Evolusi KL Drift 2 yang juga suami kepada pelakon jelita, Fasha Sandha.
Terbaharu menerusi hantarn di laman Instagram miliknya, Aidil berkongsikan persiapan mereka untuk berangkat ke tanah suci buat kali pertama sebagai pasangan suami dan isteri, bagi mengerjakan ibadah umrah.
Menurut Aidil, meskipun sudah berpeluang banyak kali menjejakkan kaki ke tanah suci, namun ibadah umrah kali ini adalah yang paling istimewa bagi dirinya, kerana ditemani oleh ‘bidadari syurganya’ di akhirat kelak.
“Saya sudah beberapa kali menunaikan umrah, namun kali ini lebih istimewa kerana saya membawa isteri bersama-sama. Apatah lagi, pengalaman ini sesuatu yang baru buatnya.
“Sukar diungkap perasaan bakal menunaikan umrah bersama-sama isteri. Fasha usah disangkal lagi, memang teruja sejak awal lagi dan kami bersyukur semuanya dipermudahkan.
“Orang kata apabila menyimpan hasrat untuk menunaikan ibadah bersama, ada saja yang menawarkan diri untuk menjaga anak kami. Apatah lagi, ahli keluarga terdekat pula tu,” katanya.
Mengulas lanjut berhubung perancangan mereka ke tanah suci Mekah ini, Aidil menjelaskan bahawa ini bukanlah perancagan yang dilakukan secara tiba-tiba, malah ia adalah perlaksanaan niat yang tertangguh akibat pandemik Covid-19 tempohari.
“Memang niat dah lama namun inilah masa yang terbaik memandangkan Aisya pun sudah besar. Ini semua perancangan Allah SWT.
“Doakan semuanya dipermudahkan dan segala yang dirancang berjalan dengan lancar,” ujarnya lagi.
Selain itu, Aidil memaklumkan dia dan isteri, akan berangkat ke Tanah Suci Makkah pada hari ini, dan memohon agar orang ramai mendoakan kesejahteraan mereka sepanjang melaksanakan ibadah berkenaan.
Sekadar info, pasangan Aidil dan Fasha diijabqabulkan pada tanggal 30 Mac 2019, hasil perkongsian hidup selama lima tahun itu, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, bernama Aisha Amaira yang kini berusia dua tahun.
Aidil juga mempunyai dua anak tiri iaitu Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jemyma, 8 hasil perkahwinan Fasha yang terdahulu.
Anak bekas pengacara popular MeleTOP, Bilal membuatkan netizen geram tak keruan, apabila melihat gambar bersama ibunya yang dimuatnaik oleh Neelofa di Instagram baru-baru ini.
Dalam, hantaran sama Neelofa juga berkongsikan ganbarnya ketika masih kecil dan bersetuju bahawa dia dan Bilal saling tak tumpah, dan mempunyai raut wajah serupa sewaktu masih kecil.
“Ummi’s mini-me 🙃.”- Tulis Neelofa di ruangan kapsyen Instagram miliknya.
Sehubungan itu, hantaran tersebut telah dihujani dengan pelbagai komen dari para peminat dan rakan selebriti seperti Fouziah Gous, Mira Filzah, Yaya Zahir, Nabila Razali, dan ramai lagi yang bersetuju dengan kapsyen yang ditulis Neelofa.
Untuk Rekod, pada 27 Mac 2021, Neelofa telah mengakhiri zaman bujang bersama jejaka pikihan hatinya, pendakwah bebas yang juga pelakon, PU Riz di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur.
Pasangan merpati dua sejoli itu, kemudian dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022 sebagai penyeri hidup dan pengikat kasih sayang antara Neelofa dan Haris Ismail.
Selfie tidak salah. Tetapi kadangkala kita perlu ambil sehingga 10 ke 20 keping gambar baru ada yang berkenan atau cantik untuk di muat naik ke laman sosial. Bentuk wajah dan bentuk badan mungkin akan memberi kesan tetapi ianya bukanlah satu penghalang. Tetapi apa sebenarnya punca gambar selfie anda tidak cantik? Kesalahan solekan adalah jawapan yang paling tepat.
Ketahui antara kesalahan solekan yang boleh menjejaskan kualiti selfie anda:
1) Abaikan Kulit Wajah
Sebenarnya jika anda mahu ambil gambar selfie yang tampak natural, anda tidak perlu mengenakan bedak asas. Tapi paling penting, jangan tinggalkan pelembap dan primer.
Walaupun efeknya tidak kelihatan di dalam foto (seperti anda memakai bedak asas), tetapi ia membuatkan wajah tampak bermaya dan lebih segar. Sebenarnya, inilah rahsia kebanyakan selebriti yang mengambil foto selfie tanpa mekap.
Walaupun anda terasa ingin bermekap tebal, dua krim tadi harus anda kenakan pada wajah.
2) ‘Eyeliner’ Hitam
Tahukah anda, menggaris mata dengan warna hitam akan menyebabkan mata anda kelihatan kecil? Untuk menyerlahkan bentuk mata, gunakan penggaris mata rona tanah.
Lebih cantik jika anda gariskan mata anda dengan pembayang mata.
3) Tidak Menyapu Pelembap Bibir
Jika anda mengenakan gincu, jangan sesekali abaikan kesihatan bibir anda. Oleskan pelembap bibir terlebih dahulu sbeelum mengenakan gincu.
Gagal mengenakan pelembap bibir akan menyebabkan bahaian itu mengalami kekeringan dan kelihatan ‘pecah-pecah’. Oh, sangat tidak cantik!
4) Mata ‘Panda’!
Ramai yang bermekap tanpa meletakkan concealer di bawah mata. Ia sebenarnya sangat penting untuk membuatkan mata anda kelihatan ‘terbuka’ dan lebih cantik apabila anda menggunakan highlighter pada tulang pipi.
Gunakan concealer satu tona lebih cerah dari kulit asal anda untuk mencerahkan wajah anda. Hati-hati, jangan sampai nampak perbezaan dua warna pada kulit wajah anda.
5) Maskara Pada Bulu Mata Atas
Salah tu kalau anda hanya mengenakan maskara pada bulu mata atas. Seeloknya, jika mahukan solekan anda pop-out dan mata anda kelihatan besar, anda seharusnya mengenakan masakara pada bulu mata di bahagian bawah juga.
Oles dua kali maskara pada bulu mata atas dan satu lapis lagi pada bahagian bawah. Bila nak bergambar, rona maskara terbaik adalah hitam pekat. Pastikan olesan bermula dari akar sehingga hujung maskara.
6) Pemerah Pipi Atau Bronzer
Kalau tak nak kelihatan terlalu pucat dalam gambar, anda harus kenakan sedikit pemerah pipi pada tulang pipiu. Ia akan menyerlahkan bentuk tulang pipi dan membuatkan wajah anda tampak segar.
Tidak perlu terlalu merah, pilih rona yang bersesuaian dengan mekap anda ketika itu, jika mahukan rupa natural, maka merah jambu lembut buat si kulit cerah dan pic buat si hitam manis. Senang kan?
Moga anda akan lebih baik dalam ber’selfie’. Semoga berjaya! – hb
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sempena lebaran tahun ini, dua jenama fesyen tersohor iaitu Seth & Luna dan Shawlpublika melancarkan koleksi kolaborasi istimewa 'Shawlpublika x Seth & Luna Slay-Sa...