Kerana sayangnya pada adik, seorang abang tidak kisah dan sanggup berhabis duit bagi merealisasikan impian adiknya yang mahukan persalinan seperti Dato Seri Siti Nurhaliza di hari perkahwinannya.
Berkata kepada Mstar, Intan Najwa,26, tidak menyangka yang abangnya, Zuhil Qaiyum,34, menghadiahkan sepasang songket seperti busana Siti yang digayakannya sewaktu konsert jelajahnya yang lalu rekaan Rizman Ruzaini sebagai kejutan buat dirinya.
Jelas Intan, dia tidak menyangka rekaan busananya itu mirip rekaan asal yang dipakai oleh Tok Ti.
“Awalnya, saya tidak tahu dan tak pernah terfikir yang abang nak buat kejutan untuk saya. Sebenarnya abang saya yang minta baju macam Siti.
Seminggu sebelum majlis resepsi, baru abang maklumkan itu baju saya. Tak sangka dan tak pernah saya bayangkan akan pakai baju seperti Siti Nurhaliza. Dia memang peminat fanatik Siti Nurhaliza sejak kecil lagi. Setiap kali ada konsert dia akan pergi dan tidak pernah missed,” kata Intan.
Ads
Walaupun begitu, Intan mengakui pada awalnya dia berasa kurang keyakinan untuk mengenakan busana itu kerana sering disindir memiliki tubuh yang gempal.
“Awalnya saya takut untuk pakai baju itu kalau-kalau ia tak sesuai dengan saya. Tertanya juga adakah cantik jika saya pakai.
Sebelum ini ramai orang yang sindir kata orang gemuk tak cantik kalau pakai baju kahwin. Mungkin niat mereka nak melawak tapi mereka tak tahu perasaan saya bagaimana.
Ads
Tetapi, abang Ikmal berjaya membuktikan sebaliknya. Sebulan sebelum saya bernikah, saya nekad pergi berzumba untuk kuruskan badan. Alhamdulillah, saya berjaya turunkan 12 kilogram,” ujarnya.
Menurutnya, abang Ikmal atau nama sebenarnya Ikmal Mukmin ialah pereka yang mereka baju itu yang juga merupakan teman baik kepada abangnya.
Intan juga tidak pernah menyangka akan menggayakan busana seiras seperti Siti di hari bahagianya.
Ads
“Abang pernah tanya saya kalau-kalau saya nak pakai baju macam Siti masa bersanding nanti… siapa tidak mahu lebih-lebih lagi saya merupakan peminat Siti sejak kecil.
Masa saya pakai baju itu waktu fitting, barulah saya perasan baju itu hampir sama macam baju Siti.
Saya tak sangka mereka boleh buat baju itu seperti baju Siti kerana kalau mahu buat yang betul, harganya pasti mencecah RM 30,000. Saya pun bukanlah orang berkemampuan,” jelasnya yang bertugas sebagai jurujual di sebuah pasaraya di Alor Setar, Kedah.
Intan juga tak menyangka dengan pengalaman yang dimiliki oleh Ikmal, baju itu menjadi sangat cantik. Dia menyerahkan kepercayaan padanya. Walaupun takut dikatakan meniru, Intan tidak ambil pusing dengan kata-kata orang.
“Mereka sangat bersungguh-sungguh mengadakan majlis itu. Pengorbanan mereka mengadakan majlis itu tidak mampu saya balas,” jelasnya lagi.
Solekan dan wanita sudah tidak dapat dipisahkan, malah mereka yang obses tentang solekan sering mencari sesuatu di media sosial. Suapan pelbagai teknik dan godam kecantikan di aplikasi TikTok, membuat ramai wanita pandai bersolek.
Namun adakah ilmu solekan itu sudah memadai dengan belajar di atas talian sahaja. Cukup berbeza hasil sentuhan mereka yang anda panggil jurusolek selebriti dengan ‘mak andam’ (juru solek pengantin). Tetapi adakah taraf mereka sama di mata rakyat atau yang membezakan mereka adalah pengalaman dan hasil sentuhan?
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Di mana ‘level’ sebenar juru solek di Malaysia
Jika dilihat kerjaya juru solek di negara luar, mereka di pandang tinggi di mana keperluan solekan itu penting dalam dalam mewarnai industri.
“Di sini perlu ada kesedaran pada juru solek tempatan untuk meletakkan kerjaya mereka setaraf dengan kerjaya profesional lain seperti doktor, jurutera dan sebagainya”, ujar Dato Seri Alha Alfa dalam satu majlis menandatangai satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan MAHSA University (MAHSA).
Kerjasama antara MAHSA dan Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd (AARLSB) adalah bertujuan untuk memperkasakan kerjasama kemahiran dan akademik dalam pengajaran, latihan, penyelidikan dan pembangunan produk. Ia turut merangkumi program-program pengajian, pertukaran maklumat dan perkongsian kepakaran.
Kerjasama ini juga melibatkan pertukaran penyelidik, tenaga pengajar dan para pelajar di samping penganjuran persidangan kecantikan dan kesihatan di peringkat domestik dan antarabangsa.
Idea tercetus melalui pengalaman
Tercetusnya idea ini dari pengalaman sepanjang penglibatan kerjaya Dato Seri Alha Alfa sendiri sebagai juru solek selama 10 tahun. Beliau beranggapan kerjaya ini berpotensi besar untuk diangkat sebagai sebuah kerjaya profesional seprtimana karier profesional yang lain.
“Kekangan sebelum ini seperti stigma masyarakat yang mungkin melihat kerjaya ini sebagai ‘kerjaya jalanan’ atau mengelarnya sebagai ‘kerjaya mak andam’, perlu diubah sebagai sebuah kerjaya yang stabil dan mempunyai masa hadapan. Kerana itulah saya berpendapat perlunya sebuah pengiktirafan diberikan kepada kerjaya ini supaya dilihat sebagai prospek yang berkualiti demi memenuhi keperluan dan tuntutan industri.”
Menurut pengasas dan Pengarah Eksekutif AARL, Dato Sri Al Halim Bin Al Fadzil (Dato’ Sri Alha Alfa) , MoU yang dimerterai ini adalah merupakan sebuah permulaan ke arah kerjasama yang lebih besar di masa akan datang khususnya antara MAHSA dan Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd. Kerjasama ini mempunyai perancangan yang unik iaitu untuk mewujudkan sebuah program Diploma di dalam bidang seni solekan dan kecantikan bagi membantu para juru solek di Malaysia yang selama ini tercari-cari pengiktirafan akademik di peringkat universiti.
Metaliti akan merubah perjalanan kerjaya
Melalui bakat yang diasah dan berbekalkan pendidikan, metaliti perjalanan kerjaya mereka akan berubah, dengan cara berfikir dan bercakap pastinya lebih profesional. Usaha ini satu langkah menambah keyakinan mereka supaya kerjaya sebagai juru solek mampu pergi lebih jauh dari apa yang mereka jangkakan.
“Selain itu, kita sendiri dapat melihat bagaimana industri kecantikan di Malaysia, telah berkembang dan telah banyak juga menyumbang kepada kemampuan ekonomi negara.”
“Sebagai contoh, daripada AARL telah melahirkan para stokis, ratusan agent dan dropship yang telah mampu menjana pendapatan bulanan sehingga 5 angka. Malah kami juga telah melahirkan ramai anak didik dalam bidang solekan yang kini telah berjaya menjalankan perniagaan masing-masing.”
Ujarnya lagi, sudah tiba masanya untuk melakukan perubahan di awal rantaian, agar kitaran yang kita hasilkan adalah sebuah kitaran yang mengangkat martabat kerjyaa MUA secara khusus dan kerjaya Konsultan Kecantikan secara am.
Dalam erti kata yang lain, mesejnya adalah jelas kepada masyarakat, bahawa kesihatan dan kecantikan, adalah komponen yang sering berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan. Atas dasar itu beliau secara peribadi melihat kerjasama dengan Universiti MAHSA adalah pilihan yang tepat.
Usaha mendapatkan pengiktirafan
Sememangnya pengalaman dan kepakaran MAHSA dalam bidang akedemik tidak perlu diragui dan kepakaran itulah yang patut diyakini dalam merangka sebuah akedemi pathaway bagi kesinambungan kerjaya para pelajar.
Menerusi kerjasama antara MAHSA dan Alha Alfa Academy ini, anda boleh merencana masa hadapan yang lebih besar. Kerjasama ini bukan melibatkan soal pendidikan semata-mata, tetapi turut membabitkan soal perkongsian kepakaran, pengalaman dan idea, di mana ia akan digunakan dalam urusan penyelidikan pembangunan produk, integrasi pelbagai bidang yang mempunyai manfaat besar kepada industri kecantikan dan kesihatan di Malaysia.
Merencana pelan masa hadapan
Menerusi kerjasama ini, pelbagai perancangan telah dirangka oleh kedua-dua belah pihak sebagai usaha memaju dan merancakkan lagi industri kecantikan dan kesihatan negara ini, dan diharapkan menerusi kerjasama ini juga, ia akan membuka peluang untuk meneroka pasaran antarabangsa.
Bersempena dengan kerjasama ini, pihak MAHSA turut mengumumkan pelantikan Dato’ Sri Alha Alfa sebagai Adjunct Professor bagi menjayakan pengajian Diploma Kecantikan MAHSA University yang bakal bermula pada April 2022.
Sebagai langkah permulaan, pihak Alha Alfa Cosmetics dan MAHSA UNIVERSITY akan mengadakan bengkel-bengkel kecantikan kecil bagi tujuan menjelaskan lebih terperinci tentang program ini di seluruh Malaysia, bermula di Sabah dan Sarawak pada bulan Mac 2021 dan seterusnya ke seluruh semenanjung. Butiran lanjut tentang jelajah ini boleh didapati di platform media sosial Alha Allfa dan MAHSA.
Majlis menandatangani MoU itu telah dimerterai oleh pengasas Alha Alfa Rich Legacy, Dato’ Sri Alha Alfa bersama Pengarah Urusan Kumpulan MAHSA, Dato’ Dr Shahril, yang disaksikan oleh Pro-Chancellor dan Pengerusi Eksekutif MAHSA, YBhg Prof Tan Sri Datuk Dr Haji Mohamed Haniffa bin Haji Abdullah dan Pengarah Urusan Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd, Mohd Al Fareed bin Mohd Al Fadzil.
Melalui majlis yang sama juga, pihak MAHSA turut melantik Dato’ Dr Norhizan Ismail, mantan Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Perubatan, dan Dato’ Eswaran E. Perumal, pengasas Es Tutorial dan Munshi Dewan Bahasa Pustaka sebagai Adjunct Proffesor di MAHSA.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Jangan main-main ya dengan bucu tudung yang crumple dan tak terbentuk dengan elok. Bagi wanita berhijab kalau tudung tak ‘on point’ boleh rosakkan mood sepanjang hari tau!
Terutamanya, bila hijabi nak menghadiri majlis-majlis penting atau keramaian yang pastinya akan ada banyak sesi bergambar untuk disimpan sebagai kenangan. Kalau tudung buat hal time tu memang nahas.
Justeru, jom cuba gunakan dua teknik mudah ini, agar tudung hijabi kekal ‘on point’ walaupun ditiup angin taufan sekalipun.
Tip penggunaan hair spray ini dikongsikan oleh jurusolek terkemuka, Dato’ Alha Alfa sewaktu menatarias Ayda Jebat di hari pernikahan beliau.
Menurutnya, masalah utama yang acapkali dihadapi oleh peminat tudung bawal, khususnya tudung bawal jenis kain Satin Silk adalah kekangan untuk mengekalkan awning tudung terletak sepanjang hari. Ini kerana materialnya lebih nipis berbanding tudung lain.
Sehubungan itu, penyelesaian kepada masalah ini adalah dengan menggunakan hair spray yang sesuai. Terdapat pelbagai variasi dan ketahanan pada setiap hair spray yang membuatkan ia berbeza antara satu sama lain.
Oleh itu, hijabi disarankan untuk memilih hair spray yang mempunyai klasifikasi Extra atau Strong Hold, tanpa mengira jenama. Kerana hanya hair spray jenis ini akan membantu awning tudung bawal sis bertahan lama. Jenis lain belum tentu tau, jadi hati-hati memilih hairspray ya.
2. Gunakan Kanji Tudung
Selain dari guna hair spray, satu lagi tips yang berkesan untuk anda mendapatkan tudung yang terbentuk elok, adalah dengan menggunakan kanji untuk mengeraskan tudung atau lebih dikenali sebagai (hijab starch).
Kelebihan menggunakan kanji pada tudung ni, selain membuatkan awning tudung bawal anda kekal terpacak, hijab starch ni baunya pun lebih wangi, dan sudah tentu amat mudah untuk digunakkan!
Hijabi hanya perlu semburkan kanji tudung beberapa kali sebelum gosok tudung anda tu, tapi cara nak apply kanji tu pun kena betul tau, barulah dapat kesan yang baik bila pakai tudung bawal nanti.
Tiga Langkah Betul Untuk Apply Hijab Spray
Pertama, laraskan suhu seterika mengikut jenis material tudung yang anda ingin gayakan samada, Satin, Viscose, Cotton, Chiffon atau Moss Crepe agar suhu seterika bersesuaian, barulah tudung tak mudah terbakar.
Kedua, sebelum sembur kanji tudung tu, goncang botol kanji tu terlebih dahulu, biar larutan kanji tu sebati, kemudian semburkan pada jarak 6 hingga 7 inci di bahagian dalam awning tudung.
Ketiga, bila dah sembur bolehlah sis mula menggosok tudung secara rata guna seterika. Dah siap gosok, dijamin mudah untuk anda bentukkan awning tudung bawal anda tu dan gayakannya mengikut citatasa masing-masing.
Pasti ramai yang meminati kopi, hirupan di kala hujan dan sejukkan tekak dengan frappuccino dengan kehangatan siang hari. Mungkin ada kengkangan cuaca untuk menikmatinya di luar.
Salah satu jenama kopi yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, starbuck. Ahh! Secawan sahaja sudah menelan kurang dari RM20, nah labur sahaja dengan bahan-bahan mudah ini. Jom lakukan DIY kopi starbuck di rumah!
Mocha Frappuccino
Bahan-bahann:
8 – 10 ketul ais
240ml susu penuh lemak
1 sudu kecil Estrak vanila
3 sudu besar Serbuk gula
3 sudu besar Sos coklat
60ml kopi brew
Whipped cream
Cara-caranya:
Menggunakan pengisar, campurkan kesemua bahan kecuali whipped cream.
Kisar sehingga teksturnya halus atau yang diingini.
Tuangkan dalam cawan dan kemudian letakkan whipped cream serta drizzle dengan sos coklat di atasnya.
(Kopi brew boleh ditukarkan kepada bancuhan 2 sudu besar kopi segera 2 dalam 1 dan 1 cawan air panas.
Caramel Frappuccino
Bahan-bahan:
2 cawan ais
1 cawan kopi brew yang sejuk
3/4 cawan susu
1/4 cawan sos karamel
2 sudu makan gula
1 sudu kecil ekstrak vanila
Whipped cream
Cara-caranya:
Menggunakan pengisar, masukkan kesemua bahan kecuali whipped cream.
Kisar sehingga halus atau dalam tekstur yang diingini dan tuangkan ke dalam gelas.
Letakkan whipped cream dan drizzle sos karamel di atasnya.
(Kopi brew boleh ditukarkan kepada bancuhan 2 sudu besar kopi segera 2 dalam 1 dan 1 cawan air panas. Simpan dalam peti sejuk selama 15 minit.)
Java Chip Frappuccino
Bahan-bahan:
1/2 cawan ais
1/2 cawan kopi
1/2 cawan susu
2 sudu besar cip coklat
2 sudu besar sos coklat
Whipped cream
Cara-cara:
Menggunakan pengisar, masukkan kesemua bahan kecuali whipped cream.
Tuangkan ke dalam gelas dan letakkan whipped cream di atasnya.
Kemudian drizzle dengan sos coklat dan siap untuk dihidang.
Green Tea Frappuccino
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan susu
1 1/2 cawan ais
3 sudu besar Instant French vanilla pudding
1 sudu besar serbuk teh hijau Matcha
Whipped cream
Cara-cara:
Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar kecuali whipped cream.
Kisar sehingga halus atau tekstur yang diingini dan tuang ke dalam gelas.
Letakkan whipped cream dan taburkan sedikit serbuk teh hijau di atasnya.
( French vanilla pudding segera boleh digantikan dengan campuran 1 sudu besar tepung jagung dan 2 sudu besar gula)
Caramel Macchiato
Bahan-bahan:
1 sudu besar sirap vanila
177ml susu
30ml espresso
Sos karamel
Ais
Cara-cara:
Ambil satu cawan dan letakkan sirap vanila ke dalamnya.
Kemudian masukkan susu ke dalamnya.
Masukkan ais dan espresso.
Drizzle sos karamel di atasnya dan siap!
(Espresso boleh ditukarkan kepada kopi segera)
White Chocolate Mocha
Bahan-bahan:
1 cawan Susu
2 sudu besar sos coklat putih torani
59ml espresso
Whipped cream
Cara-cara:
Menggunakan milk frother, gabungkan sos coklat putih dan susu dan panaskan mengikut arahan frother.
Kemudian brew espresso (boleh gunakan milk frother sebagai gantian jika tiada mesin espresso).
Dalam satu cawan, tuangkan susu yang dipanaskan dan espresso.
Kemudian letakkan whipped cream di atas dan drizzle dengan lebihan sos coklat putih di atasnya.
(Sos coklat putih Torani boleh ditukarkan kepada sos coklat putih biasa.)
Chocolate Chip Cream Frappuccino
Bahan-bahan:
1 1/8 cawan susu
1 1/2 sudu besar gula pasir
1/3 cawan cip coklat
3 sudu besar sirap coklat
1 ½ – 2 cawan ais
1/4 sudu kecil ekstrak vanila
Serbuk kayu manis
Whipped cream
Cara-cara:
Menggunakan pengisar, masukkan kesemua bahan kecuali whipped cream.
Tuangkan ke dalam gelas dan letakkan whipped cream di atasnya.
Drizzle sedikit sirap coklat, dan taburkan cip coklat.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Meskipun perkahwinan yang terbina ini, merupakan perkahwinan kali kedua buat Yatt, namun Yatt akui bahawa dia amat seronok menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu kepada empat cahaya mata kerana...